Buat anda yang tercari-cari lokasi percutian dan bulan madu yang di kelilingi alam semula jadi dengan konsep glamping (glamour camping/perkhemahan glamor) , Tiarasa Escapes bakal memenuhi impian anda. Jauh dari kesibukan kota, tenang dan mendamaikan jiwa kala bertandang ke sini dan merasai pengalaman bersatu dengan alam semula jadi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik, katak dan desiran air sungai yang mengalun indah.  Tatkala malam dan pagi suasana dingin membaluti diri dengan kabus menerjah di sebalik bukit bukau di persekitaran resort ini.

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

Resort semula jadi milik penerbit dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina ini sangat bermakna buat diri beliau. Hampir setiap perincian yang diilhamkan pada resort ini mendapat sentuhan peribadi dari beliau sendiri. Minatnya yang mendalam dalam hiasan dalaman serta pengalaman berkunjung ke luar negara banyak memberikan beliau idea dalam mencetuskan resort berkonsep glamping ini. Malah imbauan kenangan semasa kecil turut di ekspresi pada suasana resort ini.

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 Penginapan Istimewa Tiarasa Escapes

Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang ini berjarak hanya sejauh 57 kilometer dari Petaling Jaya. Di sini terdapat deretan 20  khemah vila safari dengan suntikan era White Rajah. Ruang dalaman khemah menghadirkan aura etnik chic dengan kemasan berkualiti daripada sentuhan peribadi pemiliknya. Kelihatan elemen fabrik Pua Kumbu dan artifak tradisional menghiasi ruang dalaman khemah.

Selain dirian khemah vila, terdapat lima treetop villa inspirasi zaman kanak-kanak iaitu rumah di atas pokok. Villa ini dilengkapi dengan ruang beranda yang luas serta menampilkan gaya boho chic dan Coacahella vibe. 

Terdapat tiga vila yang mempunyai cerita tersendiri tentang perjalanan peribadi dan minat pemiliknya iaitu The Maui Treehouse, The Lion Sands Tent dan The Marrakech Tent.

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

IKLAN

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

 Aktiviti

IKLAN

Menurut Puan Sri Tiara, di sini adalah tempat yang sesuai untuk melarikan diri untuk bermimpi di tepi sungai, mencari inspirasi di sebalik kecantikan alam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah Nature Walks dan Birdwatching. Di keluasan tanah tujuh ekar ini anda dapat menyaksikan spesies burung seperti Hornbill, helang dan lain-lain menggunakan binokular. Kelihatan juga spesies pepatung pelbagai warna dan pokok buah-buahan tempatan di sekitar resort ini. Bagi mereka yang khuatir akan keperluan asas di tengah-tengah hutan, jangan risau, segalanya telah disediakan mengikut keperluan anda

Suasana malam anda tidak berakhir di kamar sahaja. Selesai makan malam, anda boleh menyaksikan wayang pacak. Tidak kurang dengan kerusi disediakan malah turut di bentang tikar untuk keselesaan ketika menonton  sambil berbaring dan mulut leka mengunyah kekacang yang disediakan.

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

IKLAN

Piknik di tepi sungai

Anda juga boleh berpiknik santai di tepi Sungai Enderong dengan pilihan makanan tempatan seperti cekodok pisang, goreng pisang dan keledek goreng. Seleksi makanan sihat juga boleh disediakan bergantung pada cita rasa anda. Picnia Tea disediakan dalam mangkuk bertingkat , pinggan dan cawan berkonsep camping.

Uniknya sarapan di resort ini disediakan di dalam bakul yang dihantar ke bilik tetamu. Di dalam bakul tersebut tersedia nasi lemak , granola atau cereal, air jus dan juga susu segar.

Ternyata berada di sini buat anda lupa seketika kesibukan yang melanda dan panorama semula jadinya mencipta magis yang tersendiri dan meninggalkan memori yang abadi.

Buat mereka yang dahagakan suasana alam yang segar Tiarasa Escapes adalah destinasi wajib untuk mencuba pengalaman tinggal di dalam dusun yang lapang, berangin dan pemandangan bukit yang memukau.

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Lakar Memori Bulan Madu  di Tiarasa Escapes

 

Foto : Tiarasa Escapes

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI