RESIPI LAKSAM PUTIH
Buat suri rumah yang ingin melunaskan kehendak suami mahupun anak-anak yang gemarkan menu dari Kelantan ini, apa kata anda ikut step by step yang telah dikongsikan oleh saudari ini di dalam Facebooknya. Selamat mencuba!
Antara makanan kelantan yang buat sis teringat-ingat. Sebab teringin, kita buat je lah sendiriAds
Bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)
Cara:
1) Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Kacau,Tapis adunan.
2) Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk).
3) Masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit.
4) Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis.
KUAH PUTIH :
1) Ikn kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)
2) Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)
3) Lada htam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil) – (Blend bersama ikan)
4) Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)
5) Bwg putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)
6) Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)
7) Ajinomoto jika mahu
8) Garam secukupnya
9) Air secukupnya ( dalam 2 cawan )
*campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih.
*doublekan bahan jika buat banyak
Bahan Ulam :
Kacang panjang – hiris
Bunga kantan – hiris
Daun kesum – hiris
Kobis – hiris
Timun batang – cincang dan hiris
Taugeh
( Gaulkan sekemua ulam)
Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
Belacan
Ciliboh
Garam
P/s : Kalau nk mkn jnis ada pedas2 skit, Kalau tak nak mkn laksam dgn ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada : Resepi – Ambil cilipadi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dlm mangkuk, letak sedikit cuka n air panas. Gaul rata.
Sumber: Tia Rizz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI