Tak mudah nak ‘memandu’ dunia berumah tangga, ini 5 fasa perkahwinan yang anda akan lalui bersama sebelum menikmati rasa bahagia.
Bila dah bersatu sebagai suami isteri, perlahan-lahan laki bini akan lalui 5 fasa perkahwinan sebelum masuk dunia bahagia.
Dan kena ingat, dunia bercinta tak sama dengan alam perkahwinan sebab anda belum rasa jaga anak, tak rasa bebanan bayar itu ini bersama, dan tak masuk lagi bab bahagikan rezeki kepada adik beradik dan mak mentua bagai.
Jadi kuncinya di sini, fahami dan telan fasa-fasa yang bakal akan tempuhi dengan sabar…
Masa awal-awal semunya manis dan wangi. Bak kata pepatah, bau kentut pun wangi. Tambah pula pengantin baru, cinta sedang ‘mekar’ berbunga-bunga membuatkan anda dan pasangan akan bersikap romantik. Tahap ini, nak berjauhan pun tak sanggup! Dan lebih romantik, cawan guna satu dan berus gigi berkongsi pun boleh.
Tidur berpeluk dan tak pernah asing. Panggilan tak yah cakap, ‘anje’, ‘darling’, ‘yayang’, ‘sweety’, ‘sayang’, ‘baby’, ‘ucuk’ pun ada! Nampak tak punyalah manja…
Selepas beberapa bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri, anda akan nampak kesalahan pasangan. Laki bini mula merasakan hakikat sebenar perkahwinan dan perlahan-lahan telan rasa pahit.
Masing-masing mula menunjukkan sikap sebenar malah siap keluarkan perkataan yang tak manis. Ketika inilah anda akan mula mempersoalkan sikap pasangan yang mula berubah. Timbul keadaan saling menyalahkan, rasa marah dan kecewa terhadap pasangan, mahu menang dan merasakan diri mereka lebih betul daripada pasangan.
Ok, masa ni laki bini kena duduk bersama dan cari peluang untuk bercuti. Gali balik sisi kebaikan pasangan, yang kurang belajar melengkapi. Jangan asyik nak kata si dia tak macam dulu je! Nak pasangan layan baik, diri sendiri kena betulkan silap.
Kalau laki, mungkin anda kurang berkomunikasi, asyik balik lambat, jarang memberi sesuatu pada isteri atau tak pernah puji isteri.
Perempuan pula mungkin anda banyak sangat bebel, tak sambut laki balik kerja, suka bandingkan suami dengan laki lain (ini pemusnah cinta), kurang masak atau asyik nak menang.
Cuba betulkan diri sendiri dulu!
Bagi pasangan suami isteri yang tidak mampu berhadapan dalam fasa ini, mereka akan mengambil jalan perpisahan. Minta jauh semua ini berlaku.
Bagi pasangan yang mampu melepasi tahap ini bermakna mereka bukan sekadar mencari cinta semata-mata. Perkahwinan yang dibina semakin utuh dan cinta makin kuat dengan kehadiran anak-anak. Pada tahap ini pasangan mula meningkatkan kualiti dalam perhubungan mereka. Tak banyak menyalahkan dan mampu menerima seadanya.
Pasangan mula masuk dunia si dia, fokus jadi suami dan isteri terbaik, saling berusaha untuk memahami diri sendiri dan juga pasangan. Suami isteri yang berada di tahap ini mampu hidup bahagia lebih dari 30 tahun.
Ini yang kita mahu.
Masuk fasa ini tak ada dah perasaan rasa susah nak hadap perangai si dia, anda dah mampu menghargai apa yang si dia bagi. Anda akan membuktikan mampu menjadi pasangan yang ideal untuk si dia.
Kalau si dia jenis tak suka bersepah, anda boleh rajinkan diri kemas.
Jika si dia suka benda cantik atau sedap dipandang, anda boleh ubah penampilan.
Andai si dia tak suka kena bebel, anda boleh ubah sikap dengan beritahu awal-awal apa yang tak patut ada dalam diri si dia.
Sekiranya tak ngam dengan seseorang dalam keluarga, anda boleh belajar berhenti cari salah orang lain dan memaafkan apa yang berlaku.
Nak bahagia ni mudah, boleh dibawa bincang, selesaikan masalah dan kenapa nak keruhkan hubungan perkahwinan?
Pada tahap ini anda berdua mampu kaut kebahagiaan dalam perkahwinan. Tak ada keinginan lain selain nak habiskan masa bersama orang tersayang. Waktu yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk anda saling memberi perhatian. Lagi best tengok anak-anak makin membesar dan boleh berdikari. Maka, tamatlah dunia berperang dengan anak-anak kecil. Kalau ada yang bersambung jaga cucu, itu pilihan.
Ok, setelah memahami lima fasa dalam perkahwinan ini seharusnya anda lebih tahu bagaimana berhadapan dengan permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga. Banyakkan bersabar menjalani dan mengulangi setiap fasa perkahwinan yang anda alami. Paling penting, jangan keruhkan hubungan dengan mencari silap si dia.
Moga anda mampu jadi pasagan terbaik buat si dia!