Raut wajah penuh kegembiraan dan kesyukuran jelas terpancar di wajah pelakon Hanna Aqeela tatkala sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, seorang akauntan, Muhammad Farid Sakri bertempat di Putra Glass Hall Shah Alam, Selangor pada 13 Mei lalu.
Hanna, 32, berkata, selepas menjalani hubungan jarak jauh bersama kekasihnya selama tiga tahun, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan dua minggu lalu.
Menurut Hanna lagi, mereka telah berkenalan sejak lapan tahun yang lalu dan melalui episod percintaan secara jarak jauh akibat pandemik dan Muhammad Farid bertugas di Labuan, Sabah.
“Alhamdulillah…Kami sebenarnya sudah bercinta hampir lapan tahun dan berdepan dengan LDR selama tiga tahun akibat pandemik. Akhirnya kami disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. Suami saya bekerja di Labuan, jadi kami buat masa ini terpaksa berjauhan seketika. Sekiranya dipermudahkan nanti, Insya-Allah, suami saya akan berpindah ke Kuala Lumpur.
Ads
Bersaksikan 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan sahabat terdekat, pasangan ini selamat dinikahkan pada 13 Mei lalu diikuti majlis resepsi pada keesokan harinya. Hanna tampak anggun dan manis mengenakan sepasang baju kurung moden rekaan Amaze dan didandan rapi oleh makeupbynurulmf.
Manakala dekorasi Putra Glass Hall Shah Alam pula mendapat sentuhan Melur Putih yang sememangnya terkenal dengan sentuhan dekorasi nan eksklusif dan elegan. Tema ‘Garden Wedding’ menjadi pilihan kedua mempelai memandangkan Hanna mengimpikan majlis perkahwinan tersebut untuk hari bahagianya.
Ads
“Saya sudah lama mengidamkan untuk berkahwin dengan tema ‘ala ala garden’ tetapi memandangkan cuaca di Malaysia ini tidak menentu, jadi saya membawa ‘outdoor’ itu ke ‘indoor’.
“Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan segalanya berjalan mengikut perancangan,” kata Hanna.
Ads
Sekadar info, walaupun mempunyai rupa paras yang cantik dan lemah lembut, Hanna sebenarnya seorang wanita yang lasak dan mencintai aktiviti luar antaranya bermain futsal dan hiking. Malah Hanna atau nama sebenarnya Hanna Aqeela Mohd Rosni mempunyai pasukan bola sepak sendiri dan turut menyertai beberapa pertandingan.
Malah antara wishlist pelakon berusia 32 tahun ini ialah mendaki Gunung Kinabalu sebelum bergelar isteri dan hajatnya tercapai apabila dia dapat menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu sebelum menjadi isteri Muhammad Farid!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang apabila keadaan terlalu mendesak, ada orang yang sanggup membuat penipuan dan melibatkan kerugian pada orang lain. Sekarang ini timbul pula kes tok kadi scam yang menikahkan pasangan yang ingin berpoligami tanpa kebenaran.
Menurut laporan daripada Harian Metro, 100 pasangan sudah dinikahkan oleh seorang jurunikah tanpa tauliah yang merupakan bekas kakitangan awam yang bersekongkol bersama isteri dan anak sehingga mampu meraih keuntungan sebanyak RM50,000. Alasan yang diterima daripada sumber JAIS, jurunikah tersebut ingin memudahkan urusan pernikahan ketika PKP ini.
Berikut adalah syarat-syarat poligami
Membatasi jumlah isteri
Syarat poligami seperti yang dinyatakan dalam firman Allah di dalam surah An-Nissa’ ayat ketiga, “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain : dua, tiga atau empat.”
2. Haram menghimpunkan wanita bersaudara sebagai isteri
Janganlah anda mengahwini wanita yang bersaudara. Dalam ertikata lain, mereka mempunyai pertalian adik-beradik, ibu dan anak atau anak saudara dengan emak saudara.
3. Adil
Sekiranya anda mampu berlaku adil kepada kesemua isterimu, bolehlah dipertimbangkan untuk berpoligami. Anda perlu adil terhadap:
Diri sendiri
Para isteri termasuklah adil terhadap hak mereka iaitu kemesraan, makanan, pakaian, tempat tinggal dan nafkah batin
Memberi nafkah
Penyediaan tempat tinggal
Penggiliran
Anak-anak
4. Tidak merosakkan kehidupan
Sebagai suami, anda harus yakin bahawa perkahwinan seterusnya tidak akan menjejaskan kehidupan isteri dan anak-anak. Ia diukur dari segi kemampuan, akhlak dan peribadi.
5. Mampu memberikan nafkah
Anda perlu lihat dari segala sudut kerana perkahwinan atau poligami ini memerlukan sokongan terbaik dari pelbagai sudut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Kiah Propa, selamat melangsungkan perkahwinan apabila kembali bergelar isteri kepada bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Kiah Propa Kahwin Semula
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil memaklumkan sebelum ini Nazri pernah menyatakan hasrat untuk bernikah semula dengannya.
“Lapan tahun, duda aku ajak aku nikah balik. Dia tak putus asa.
“Masa itu dia sihat, aku tak nak malah aku dah selesa hidup seorang tetapi jodoh aku dengan dia panjang pula,” ceritanya.
Niat Nak Jaga Sebab Dia Sakit Kanser
Kemudian, hati pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Kali ini dia sakit, aku terima dia sebab aku nak jaga dia dan batasan aurat.
Permintaan dia sebelum menutup mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan Kiah kerana sanggup menggalas kembali tugas sebagai isteri demi menjaga suami yang sakit.
Mana nak jumpa perempuan macam ni? Satu dalam 1000, biasa kalau sakit kena tinggal adalah.
Baiknya Kiah, semoga mendapat balasan syurga kerana menjaga bekas suami.
Sampai jodohnya, pelakon Sean Lee kahwin dan membuat kejutan apabila memilih wanita yang juga model, Bay Doucet sebagai isterinya.
Sean Lee Kahwin Mengejut
Perkara tersebut dikongsikan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto menunjukkan dia dan pasangan memakai sut dan gaun pengantin berwarna putih.
Tanpa perincian lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (terlalu comel untuk disimpan).”
Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin).
Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!