Perkahwinan lewat, terutama dalam kalangan wanita boleh membawa kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, berikutan penurunan kadar kesuburan dan merencatkan pembangunan sosioekonomi negara.
Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan penurunan dalam kadar kesuburan wanita disebabkan berkahwin lewat.
Peningkatan kos sara hidup turut mempengaruhi pembentukan keluarga dan menambah bilangan anak.
Kajian LPPKN mendapati, biarpun 86.8 peratus penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun mempunyai hasrat untuk berkahwin, namun isu kewangan menjadi kekangan mereka.
“Perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, turut menjadi faktor penyumbang kepada aliran kahwin lewat.”
Ads
Kesukaran mencari pasangan sesuai dalam kalangan lelaki dan wanita bujang ini juga mendorong kelewatan mendirikan mahligai perkahwinan.
Tumpu kerjaya
Ads
Tumpuan kepada kerjaya dengan sasaran berjawatan tinggi dalam kalangan wanita turut menyumbang senario itu.
“Wanita bekerjaya mahu memiliki kehidupan yang stabil dari segi kewangan hingga mereka melupakan hasrat menamatkan zaman bujang.
“Data menunjukkan penyertaan tenaga kerja wanita meningkat dari 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun lalu. Ini membuktikan wanita mementingkan kestabilan karier dan kekukuhan kewangan.”
Ads
Penangguhan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun.
Penurunan kadar kesuburan juga berkait rapat dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa muda.
“Bagi ibu bapa muda pada hari ini, mempunyai anak bererti bersedia untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dari saat anak dilahirkan hingga tamat belajar pada peringkat tertinggi,” katanya.
Penurunan pesat kadar kesuburan penduduk dalam dekad yang lalu, mempercepatkan proses penuaan negara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susah hati bila melihat cermin, nampak bibir gelap dan kusam sahaja. Memang tertekan memiliki bibir hitam. Pastinya tidak cantik dan tidak menarik, rona wajah cerah akan tampil kusam jika bibir seksi anda berwarna hitam. Pastinya bibir yang kemerahan menjadi idaman setiap wanita diluar sana tambahan lagi, bakal-bakal pengnatin di luar sana. Gincu menjadi pilhan untuk wanita yang bermasalah seperti ini tetapi ia tidak kekal. Bibir yang merah dan munggil bukan mampu menggairahkan sahaja malah, bibir merah juga memiliki daya tarikan tersendiri. Bahkan senyuman anda akan lebih sempurna dengan lukisan bibir merah mengoda.
Siapa tak mahu bibir yang merah bak delima, kan? Mesti senang, tak payah susah-susah nak kenakan gincu lagi. Calitkan sedikit dengan ‘lipgloss’ saja sudah memadai.
KENAPA BIBIR MENJADI GELAP DAN KUSAM?
Sebenarnya, warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, kesan merokok, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semula jadi seperti ketidak seimbangan hormon.
Amalkan petua merahkan bibir di bawah, anda tentu akan dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.
RAHSIA MERAHKAN BIBIR YANG GELAP DALAM SATU MINGGU
1. CAMPURAN LEMON DAN MADU
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan. Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara dalam masa seminggu. Tiada gliserin? Tiada masalah. Anda boleh menggantikannya dengan gula kasar – ianya juga cukup berkesan!
2. GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI
Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub. Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.
3. GULA
Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran. Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:
1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)
2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.
4. ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR
Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah. Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila kering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.
5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Minum air kosong bukan sahaja untuk detox ye, ia juga boleh memerahkan bibir anda semula jadi, air kosong mampu membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semula jadi.
6. MINYAK ZAITUN
Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada gincu anda buat sementara waktu. Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu.
BIBIR MUNGIL BERSERI DALAM SATU MINGGU!
Amalkan langkah-langkah semulajadi ini dengan konsisten untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Percintaan jarak jauh seolah telah menjadi satu trend pada masa kini. Tidak dinafikan mereka yang sedang bercinta itu tidak mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Malah, ada juga sesetengah pasangan yang gemar dengan percintaan jarak jauh.
Apa sebabnya? Mungkin ada yang merasakan hubungan jarak jauh ini dapat mengelakkan diri daripada maksiat dan Ada juga yang berpendapat bahawa hubungan jarak jauh ini tidak boleh bertahan lama. Kami akan berkongsi mengenai beberapa tips bagi mereka yang sedang bercinta jarak jauh.
1. Harus saling mempercayai
Kepercayaan adalah elemen yang sangat penting bagi setiap pasangan dalam setiap hubungan. Lebih-lebih lagi sekiranya hubungan yang dibina berlandaskan dengan jarak yang jauh. Cuba kekal untuk setia dan jangan sesekali menghilangkan kepercayaan si dia pada anda.
2. Sentiasa berdoa agar hubungan diberkati
Walaupun pasangan anda berada jauh di mata, tapi anda mestilah sentiasa mendekatkannya di hati. Jika rindu, anda boleh mengirim doa kepada si dia agar diberikan kesihatan yang baik. Perlu diingat bahawa hubungan yang diberkati Allah SWT adalah yang sentiasa menuju keredaan-Nya.
3. Pentingnya komunikasi
Dengan hubungan jarak jauh anda tidak berpeluang untuk berjumpa mahupun bertentang mata. Sebab itu, cara yang paling mudah adalah dengan berkomunikasi. Dengan teknologi pada zaman sekarang segala jenis perhubungan menjadi mudah. Ambil sedikit waktu untuk si dia dan berkomunikasi demi menjaga keutuhan sesebuah hubungan.
4. Bertolak-ansur
Ramai orang yang bercinta tetapi tidak mengamalkan perkara ini. Sebenarnya pentingya sikap bertolak ansur ini dalam sesebuah hubungan kerana ianya mampu mengakibatkan berlakunya perbalahan meskipun berpunca dari perkara yang kecil sahaja. Itulah pentingnya wujud sikap bertolak ansur dalam setiap hubungan.
5. Jangan terlalu kuat cemburu
Tidak ada salahnya untuk memiliki perasaan cemburu dalam diri setiap manusia. Namun cara mereka mengendalikan perasaan ini yang memainkan peranan penting. Bagi mereka yang sedang melalui perhubungan jarak jauh, jauhilah dari sikap cemburu buta. Hal ini juga dapat membuatkan pasangan anda berasa jemu dengan sikap anda lantas mereka memilih untuk mengakhiri hubungan itu.
6. Luahkan Perasaan Anda
Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!