Kita selalu mendengar istilah perigi mencari timba yang membawa maksud wanita terlepbih dahulu memikat lelaki. Lazimnya, masyarakat kita selalu didedahkan dengan prinsip hanya lelaki sahaja yang boleh mengurat wanita atau dalam erti kata lain tackle.
Namun tak menjadi kesalahan sekiranya wanita terlebih dahulu cuba mendekati seorang lelaki itu. Asalkan tidak berlebihan dan menyalahi hukum agama.
Paling penting ialah tentang keyakinan seorang wanita untuk memulakan langkah untuk mendekati lelaki yang mungkin menjadi teman sehidup semati.
Namun adakah semua wanita tahu bagaimana langkah untuk memikat lelaki? Jika nak tahu, jom lihat 4 langkah bijak untuk tackle hati lelaki ini.
Situasinya cukup mudah, saat anda bertentang mata kali pertama dengan si dia contohnya di sebuah majlis perkahwinan rakan anda yang anda berdua kenal. Perasaan mula menjadi gundah gulana dan jantung mula berdegup kencang.
Bagaimana boleh anda hadapi situasi begini? Pertama sekali, anda harus tenang. Kemudian mainkan peranan anda sebagai wanita yang tidak gelojoh dan jangan sesekali lekang dari senyuman.
Kaum lelaki juga manusia biasa yang suka dipuji. Bermula dengan ucapan “hi” boleh diteruskan dengan mengambil sedikit perhatian pada penampilan mereka. Sama ada rambut yang disisir kemas, baju yang menarik perhatian atau but Dr. Martens yang dipakainya.
Dari pujian kecil ini, perbualan boleh dipanjangkan dengan bertanyakan soal kerjaya, minat atau soal Dr. Martens yang menarik minat anda tadi.
Jangan memulakan tindakan dengan cara meminta nombor telefon. Kekalkan dulu martabat anda sebagai wanita lagipun lelaki tidak suka wanita gelojoh. Susun permainan dengan bijak seperti mengikut akaun Instagram atau Twitter.
Namun ada beberapa situasi lain yang memungkinkan anda bertukar nombor telefon jika ia berkaitan kerja. Situasi begini diizinkan jika anda mahu memberi nombor telefon tapi biarlah dengan cara profesional bukan terdesak.
Lelaki mana tidak mahu mendampingi wanita cantik. Tapi hal tersebut hanya asas manusia. Wanita juga sukakan benda yang cantik bukan? Ada hal yang lebih ‘cantik’ daripada wajah yang cantik. Perkara yang dimaksudkan adalah cara pembawaan diri anda.
Syarat pertama amatlah mudah hanya dengan bermanis wajah iaitu senyum, senyum dan terus senyum. Wajah manis anda akan mendapat perhatian mana-mana lelaki jika anda pandai membawa diri dan menjaga tutur.
Tidak salah untuk sedikit loud atau mengikut terma ‘menjadi diri sendiri’ tapi harus sentiasa ingat manusia menilai daripada first impression. Jika salah percaturan belum sempat memasang jerat mangsa singgah pun tidak.