Merupakan sambutan kali keempat,  larian anjuran bersama ‘Ice Watch’ dan The Marathon Company kembali bagi menutup kalendar tahun 2019 ini.

Dinamakan ‘Ice Watch Light Up Your Day Run 2019’ (IWLUYDR2019) larian akan berlangsung dengan ‘flag off’ pada pukul 7 pagi bertempat di IOI City Mall, Putrajaya selaku penaja lokasi pada 8 Disember depan.

Seperti biasa orang ramai boleh memilih untuk menyertainya dalam dua kategori samada 5km Fun Run yang boleh disertai kanak-kanak berusia dari 5 tahun atau 10km bagi pelari profesional mahu pun amatur.

Larian Ice Watch 2019, Pendaftaran Telah Dibuka

Menghadiri majlis pengumumannya di Magnum Cafe, IOI City Mall Purajaya baru-baru ini, Pengarah Time Zone Malaysia, Mirzan Meer turut melancarkan edisi khas jam tangan Ice Watch terbaharu yang direka sempena larian di bawah koleksi ‘Ice on Fire’.

Dicipta dalam empat rekaan berona Merah yang melambangkan ‘api’, anda boleh memilih antara warna Fire, Red, Chilli, atau Red Glow yang dilengkapi dengan strap silokon rona merah atau putih.

IKLAN

Larian Ice Watch 2019, Pendaftaran Telah Dibuka

Berharga RM339, jam tangan berfesyen buatan Belgium ini bakal menjadi hadiah percuma bagi pemenang dalam cabutan bertuah yang akan diadakan kepada kesemua pelari yang berdaftar malah diberikan percuma kepada pelari yang membuat pendaftaran pada kategori VIP.

“Kami memperkenalkan ‘Ice on Fire’ sebagai koleksi khas umtuk dipakai di pergelangan tangan setiap pelari bagi menyuntik semangat dan energi yang membara pada diri masing-masing,” ujar Mirzan Meer ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Ice on Fire’ dan larian IWLUYRD2019 berkenaan.

IKLAN

Tambahnya, yang penting, objektif larian bertujuan mendidik masyarakat agar menjalani kehidupan sihat sekali gus merapatkan hubungan kekeluargaan serta harmoni di kalangan komuniti.

Larian Ice Watch 2019, Pendaftaran Telah Dibuka

“Kami mahu pastikan anda gembira apabila menyertai larian sebegini pada hujung minggu,” sambung Mirzan.

IKLAN

Turut bersama pada majlis pelancaran, Pengarah projek The Marathon Company, Hafiz Md Khas (dua dari kiri), Datuk Meer Habib, Pengerusi Kumpulan HABIB dan Chris Chong selalu Pengurus Besar IOI City Mall (kanan).

Gimik pelancaran menyaksikan Mirzan bersama Hafiz Md Khas menandatangani contoh ‘medal’ pada poster.

Jadi, bagi mereka yang berhasrat menyertai Larian IWLUYDR2019 boleh memilih untuk mendaftarkan diri mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 1 November ini.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI