
Lauk paling ringkas adalah lauk paling sedap. Bayangkan goreng ikan asam garam ni dan cicah dengan cabai picit, aduh tak dapat nak digambarkan kenikmatannya.
Cara buat Ikan Asam Garam ni senang sahaja. Hanya lumurkan dengan garam dan asam jawa secukupnya dan perap beberapa hari. Kalau nak masam manis, campurkan sedikit dengan gula.
“Ikan asam garam

First time makan masa mula2 kahwin dengan husband. Mak mertua ajar buat ikan ni.
Cara :
1.Basuh ikan temenung/pelaling bersih-bersih. Kemudian lumur dengan garam dan asam jawa secukupnya.
2.Perp dalam peti ais (bahagian bawah/bukan sejuk beku) untuk 2 hingga 3 hari.
3.Bila nak makan, goreng je. Tak perlu bilas asam jawa. Memang terangkat bila makan dengan nasi panas.
Tips Mak mertua saya – Kalo masa menggoreng tu ikan tak hancur, maksudnya cukup asam dan garamnya.
Selamat mencuba.
Psst- jangan salahkan saya kalo makan bertambah2, menu ni memang boleh buka selera makan.
Psst- disebabkan ramai yg nak tengok rupa ikan ni selepas digoreng, saya sertakan di sini rupa dia..jangan dinilai pada paras rupa, yang penting rasanya.
Sumber : Fatin Azmin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sup Ikan Merah Untuk Isteri Berpantang

Jom kami kongsikan resepi sup ikan oleh saudara Haerme Abd Rahman aka HangHungryChef. Memang menarik resepinya dan unik sebab ia menggunakan rebusan tulang dan rempah sup homemade (tanpa rempah instant). Kata beliau, rebusan tulang ni lah yang akan menghilangkan bau hanyir ikan dan menjadikannya lebih sedap. Jom kita sama-sama tengok resepi sup ikan beliau ini selengkapnya.

RESEPI SUP IKAN MERAH / SIAKAP SEDAP & SIMPLE
Mula-mula kita tengok bahannya dulu ya.
BAHAN-BAHAN
bawang merah
bawang putih
halia
daun sup dan daun bawang
cili padi
tomato
ikan siakap / ikan merah
limau nipis
tulang lembu 300gm
rempah sup homemade* (bahan & cara nak buat rempah sup homemade ni dekat bawah)
*BAHAN-BAHAN UNTUK REMPAH SUP HOMEMADE
biji ketumbar 1/2 sudu teh
jintan putih n manis 1/2 sudu teh
lada sulah biji dan lada hitam 1/2 sudu teh
cengkih 4 biji
daun salam 2 helai
bawang putih kering 2 ulas
halia kering 1 inci
bunga lawang 2 kuntum
– – semua bahan ini disangai dan dikisar kering ya
CARA-CARA
1. REBUS TULANG LEMBU
Pertama sekali, kita rebus dulu tulang lembu dalam periuk.
2. MASUKKAN HALIA
Kemudian masukkan halia yang dah siap diketuk.
3. TUMIS
Dalam kuali yang lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai hangus sikit. Hangus sikit sahaja ya jangan sampai rentung nanti pahit pulak sup ikan tu nanti. Seterusnya masukkan rempah sup homemade tadi. Tumis sampai garing ya.
4. MASUKKAN BAHAN TUMISAN KE DALAM SUP REBUSAN TULANG
Bila dah siap tumis tadi, pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang yang mula-mula tadi tu. Mungkin ada yang pelik sebab apa pakai tulang? Sebabnya nak potong hanyir ikan kita jap lagi. Ok bila dah masukkan tu jangan lupa tambah air sikit.
5. MASUKKAN TOMATO
Lepas tu masukkan tomato.
6. MASUKKAN DAUN SUP
Lepas tu kita bolehlah masukkan daun sup yang tersimpul rapi. Masa ni dah boleh perasakan ia secukupnya dengan garam.
7. MASUKKAN IKAN
Lepas dah perasakan tu kita bolehlah masukkan ikan. Bila masuk je ikan alam periuk, terus tutup api dapur dan tutup terus periuk tu dan tunggu 15 minit ok. Ini rahsianya nak dapatkan isi ikan yang pejal, mantap, ngam ngam je masak…
8. PERAH LIMAU
Akhir sekali, jangan ko lupa perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi potong.
Fuh, tak sabar nak makan kan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelbagai Menu Boleh Disajikan Dari Resepi Daging Cincang Ini

Isi Kandungan
ToggleResepi daging cincang ini sangatlah berbaloi untuk anda sediakan kerana ia boleh disajikan dengan pelbagai cara, selain menjimatkan masa ia antara menu sihat yang boleh anda sajikan buat anak-anak di rumah. Selamat mencuba semua!
Resepi ini hanya memerlukan setengah jam untuk disediakan dan dimasak, dan ia boleh dihidangi bersama nasi, bubur lembik, atau dengan selonggok kentang lecek yang dicampurkan mentega. Mengandungi sayur-sayuran sedap, resipi daging cincang ini sangat serba guna dah boleh diguna sebagai inti karipap yang tidak pedas, roti, pastri dan pai.
.
Bahan-bahan

.
200g daging lembu cincang
25g ubi keledek, dikupas & dipotong dadu kecil
30g ubi kentang, dikupas & dipotong dadu kecil
70g lobak merah, dikupas & dipotong dadu kecil
65g bawang merah besar, dikupas & dicincang kecil
22g bawang putih (kira-kira 4 cengkih), dikupas & dicincang kecil
5g daun bawang, dicincang kecil
5g daun sup, dicincang kecil
300ml stok ayam
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
¼ sudu kecil lada hitam
¼ sudu kecil serpihan garam laut
2 sudu besar minyak masak atau minyak zaitun
Hidangan: 4 (sebagai hidangan sampingan)
Memasak daging cincang

.
Potong ubi keledek, ubi kentang, dan lobak merah menjadi dadu kecil.
Cincang kecil bawang merah dan bawang putih, diikuti dengan daun bawang dan daun sup.

.
Panaskan minyak dalam periuk di atas suhu api yang tinggi. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga sedikit lut, kira-kira 1 hingga 2 minit.

.Seterusnya, masukkan daging lembu cincang, daun bawang dan daun sup. Kacau untuk memerangkan daging, kira-kira 30 saat.

.

.
Tambah sayur-sayuran akar yang sudah dipotong, termasuk ubi keledek, ubi kentang dan lobak merak. Kacau selama 1 hingga 2 minit. Tuangkan stok ayam ke dalam periuk, kacau.

.Taburkan lada, garam, kicap cair dan sos tiram dan kacau sehingga campur rata. Biar tutup sehingga mendidih.

.

.
Kecilkan api, keluarkan penutup dan reneh sehingga sos menjadi pekat sedikit dan hampir kering, kira-kira 10 hingga 12 minit. Kacau sekali-sekala. Pastikan ubi keledek, ubi kentang dan lobak merah dimasak sepenuhnya. Panjangkan masa masakan (dan masukkan sedikit air ke dalam periuk) jika perlu.

.
Sedia untuk dihidang!
Tip tambahan
Anda baru sedar stok ayam sudah kehabisan? Gantikan dengan air biasa. Masakan daging cincang anda masih akan lazat!
Jika anda menggunakan garam biasa dan bukannya serpihan, kurangkan jumlah garam sebanyak separuh melainkan anda suka hidangan yang benar-benar masin! Anda boleh menambah sedikit lagi garam pada hujung masakan jika anda menginginkan rasa masin yang lebih.
Resepi ini juga boleh diubah suai sebagai makanan bayi. Keluarkan kedua-dua sos, lada dan garam dan masak seperti di atas. Setelah masak, kisar sehingga halus dan kacau dengan bubur lembik.
KREDIT : Butterkicap Team
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siakap Goreng Tomyam, Menu Berbuka Ini Pasti Buat Suami Tersandar Kekenyangan

Isi Kandungan
ToggleBaru masuk hari kelima berpuasa tapi ramai isteri dah tak tahu nak masak apa untuk menu berbuka. Dah lebih sebulan duduk di rumah, semua resipi sudah dicuba.
Jika anda masih belum ada menu untuk dimasak hari ini, cubalah resipi Ikan Siakap Goreng Tomyam ini. Resipi yang cukup mudah tapi mampu buat keluarga anda tersandar kekenyangan.
Resipi ini dikongsi oleh Sheena’s Cooking Passion menerusi laman Facebook. Jom kita intai resipi ini.
Bahan untuk ikan:
Ikan siakap
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan ikan siakap yang sudah dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
2. Goreng sehingga garing dan angkat.
Bahan untuk kuah:
- 4 biji bawang merah
- 5 batang cili padi
- 2 batang cili merah
- 2 biji tomato
- 3 batang serai
- 2 helai daun limau purut
- Sedikit jus perahan limau nipis
- 3 sudu makan pes tomyam
- 2 sudu makan pes cili kering
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, serai, cili padi, tomato, cili merah dan daun limau purut.
2. Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.
4. Gaul rata dan perasakan dgn garam.
5. Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.
6. Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis. Tutup api apabila kuah mendidih.
7. Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi. Sedia dihidang. (tuang tanpa minyak)
Sumber: Sheena’s Cooking Passion
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI