Senggugut adalah keadaan rasa sakit serta rasa tidak selesa di bahagian abdomen yang dihadapi oleh ramai kaum wanita ketika didatangi haid. Ada juga di kalangan wanita yang mengalami kembung perut dan sakit kepala bagi sesetengah wanita. Keadaan ini bermula sebelum kedatangan haid.
Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang. Ada wanita yang mengalami kesakitan terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian atau terpaksa berbaring sepanjang masa.
Berikut petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut seperti yang dikongsikan oleh Sumaiyah Abdullah. Moga bermanfaat.
PETUA HILANGKAN SENGGUGUT
Siapa pernah kena serangan senggugut, dia tau la betapa azabnya untuk melepasi tempoh haid setiap bulan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah dan bawak pengsan tau. Teruk sangat. Menangis tak berlagu la jawabnya.
Kali ni ciksu nak share, petua untuk redakan sakit senggugut dan lawaskan pengeluaran darah haid.
Bahan-bahannya barang dari dapur sahaja:
8 batang serai dan diketuk-ketuk
1 ketul halia sebesar ibu jari
1 sudu besar habatussauda
1-2 sudu besar madu
4 gelas air
CARA MEMBUAT:
1. Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
2. Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.
KHASIAT SERAI
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
KHASIAT HALIA
Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
KHASIAT HABATUSSAUDA
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid.
Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan. Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.
*Elakkan minuman berais untuk kesan optimum.
Boleh juga mandi dengan air suam. Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.
Sumber kredit: Sumaiyah Abdullah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI