Tak cuba tak tahu tapi bila cuba dan tak diterima, malu. Beria-ia kita ingat dia melayan dan berkongsi cerita tu sebenarnya dia suka kat kita, padahal kita tak tahu yang dia sebenarnya senang berkawan je dengan kita.
Lelaki bernama Amir Syahir berkongsi bagaimana perempuan nak tahu yang lelaki itu benar-benar sayang dan suka pada kita.
Jangan Bertepuk Sebelah Tangan
************************************
“Saya risau nak confess dekat dia. Saya risau kena reject.”
“Saya suka kat dia. Tapi takut dia tak suka dengan aku”
***
Apabila si gadis meluahkan rasa cinta, sayang pada lelaki yang dia suka dan jika lelaki tu memberi respon yang positif dan mempunyai perasaan yang sama, boleh teruskan usaha hingga ke jinjang pelamin.
Tetapi kalau lelaki tu memberi respon yang sebaliknya, apa kau nak buat? Si dia suruh tunggu dulu. Sampai bila? Suruh berdoa? Tapi si dia ada perasaan ke pada kau?
Bila hati dah terpaut, usahakan. Jangan biarkan terlepas ke tangan orang lain. Berkenalan dan bertaaruf dahulu. Pamerkan kasih sayang.
Kau takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Sebabnya, Allah lebih mengetahui. Berdoa dan mohonlah petunjuk daripada Allah. Semoga dia memberi yang terbaik. Apabila kau terima dia, yakinlah dengan pilihan yang telah dibuat. Malah, definisi terbaik itu juga perlu jelas.
Berkenaan proses taaruf, salah satu cara untuk tahu pilihan itu diyakini dan terbaik untuk kau ialah apababila dia dapat terima segala kekurangan kau dan juga sebaliknya kau kepada dia.
.
Ads
Kadang-kadang kau rasa macam dia suka kat kau. Tapi dia sebenarnya senang berkawan saja dengan kau. Dia hanya anggap kau sebagai kawan. Tapi kau dah jatuh hati. Kau nak tunggu dia. Kau jangan cepat perasan. Takut kau yang kecewa.
Jadi, macam mana nak tahu lelaki tu suka dan sayang ke kau? Antaranya :
1. Mengingati Latar Belakang Dan Hal Peribadi
Lelaki tu mula berusaha untuk mengingati hal peribadi kau seperti nama penuh, tarikh lahir, asal, tempat tinggal, adik beradik berapa orang, nama mak ayah. Berkemungkinan besar lelaki itu suka ke kau.
2. Selesa Berkongsi Cerita
Lelaki tu akan mula bercerita tentang hal peribadi dia, tentang keluarga dia. Dia selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Dia juga selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada dalam situasi yang sukar.
3. Mengambil Berat
Ads
Dia mula mengambil berat tentang kau. Selalu tanya sihat ke tidak, dah makan ke belum, macam mana kehidupan seharian, ada masalah ke tidak, apa yang kau suka dan apa yang kau tidak suka. Pertanyaan-pertanyaan itu tak semestinya ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka.
Mungkin dia akan cari melalui laman sosial kau atau bertanya kepada kawan-kawan baik kau.
4. Menjadi Yang Terbaik
Contohnya, kau minat mendaki gunung ataupun camping. Dia pun mula nak into ke scene yang kau suka. Dia cuba nak buat benda yang kau suka buat dengan baik dan sempurna. Dia akan cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit.
5. Stalk Laman Sosial
Dia mula add Fesbuk kau, Wechat, Twitter, Insta. Ada gambar kau dia like. Semua post kau dia like dan komen. Dia juga rapat dengan kawan-kawan perempuan kau.
6. Selalu WhatsApp
Ads
Sekarang ni WhatsApp antara medium perhubungan yang paling diminati. Jadi, dia selalu WhatsApp kau. Kalau seharian kau tak balas mesej dia akan mula kucar kacir. Kau baca tapi blue tick pun dia mula resah. Mesej pula guna Fesbuk Messenger.
.
7. Bersungguh-sungguh
Kau boleh nampak dia punya kesungguhan tu. Dia nak jadikan kau yang halal untuk dia. Dia berusaha kumpul duit belanja kahwin. Dia berusaha jumpa mak ayah kau.
***
Bila dah jodoh dan ditakdirkan bersama, Allah akan gerakkan dua hati. Bukan hati kau sorang saja. Kalau si dia tak tunjuk respon positif jangan la berharap lagi. Berhenti berharap. Mungkin kau bukan jodoh dia.
Kaum lelaki, kalau dah suka tu teruslah masuk meminang. Tak perlu berkawan lama-lama. Kalau kau suka dengan seseorang perempuan, jangan main-mainkan hati dia. Kalau suka cakap suka, kalau tak suka berterus teranglah.
Ini suruh berdoa la, suruh solat hajat la. Padahal kau langsung tak suka dan sayang dia. Sekadar teman tapi mesra.
Kaum perempuan pula, jangan nak cepat perasan sangat lelaki tu suka kau. Jangan cepat menaruh hati dan perasaan. Nanti kau juga yang merana. Biar jelas semuanya, barulah kau bagi hati kau kat dia. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana cik suami berehat enak di depan televisyen tanpa berbuat apa? Timbul juga di benak rasa geram kerana tidak ada rasa ingin membantu anda yang sudah berpenat seharian di rumah. Baca perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang kenapa lelaki bersikap malas.
***************************************************************************************************************************
Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki.
Hormon ini bukan saja penting bagi meyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki,tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing,menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.
Hormone testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya,malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya,tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga,
Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.
Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosteroneyang semakin meningkat dalam tubuhnya.
Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun.Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.
Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu.
Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.
Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna.
Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.
”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”
Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.
Bagaimana isteri boleh membantu suami?
Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya.
”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”
Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nada yang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya. Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah.
Allah saja yang lebih tahu..
Ini perkongsian resepi mudah untuk mereka yang baru berkahwin, sesuai untuk bekal suami nanti. Jom share resepi ini yang dikongsikan oleh saudari Fiza ini.
Pagi tadi buat pie crackers berinti daging utk jamuan di ofis..alhamdulillah laku keras ? resepi arwah mak..lama sangat dah tak buat ni semenjak mak meninggal..dulu mak suka makan yg berinti sardin ? makan cicah dengan sos cili pun sedap ni..
~Resepi~
Inti:
Sardin @ daging cincang tumis dgn bawang besar + cili. Tambah perasa ikut selera masing2.
Siapa yang tak nak kahwin kan? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan.
Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum?
Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal.
Kami kongsikan kepada anda 𝟏𝟎 𝙏𝙞𝙥𝙨 𝙈𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙆𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡 𝙍𝙈𝟐𝟎,𝟎𝟎𝟎 bagi yang nak sangat kahwin tapi masih tak cukup duit!
1. BUAT TABUNG KAHWIN SIAP-SIAP 💰
Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.
2. TETAPKAN MATLAMAT TEMPOH SIMPANAN 💰
Katakan korang perlukan RM20,000 sbg duit perkahwinan korang dalam tempoh 3 tahun akan datang. So korang perlu menyimpan sebanyak RM556 sebulan selama 36 bulan.
556×36 = RM20,016
3. BIAR SUSAH SAMA-SAMA 💰
Lelaki dan perempuan anda perlu lah “susah senang dan sama-sama”. Kepada perempuan, buktikan kepada lelaki yang korang adalah perempuan bukan perempuan biasa-biasa.
Kalau majlis korang rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000.
4. KALAU TERPAKSA PINJAM BANK, MAKNANYA KORANG TAK MAMPU LAGI 💰
Kalau korang terpaksa ambil personal loan untuk beli sesuatu, sebenarnya korang belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagi untuk berkahwin. Nak kahwin guna je memana duit yang ada.
5. LETAK DUIT SIMPANAN DITEMPAT YG KALIS INFLASI DAN SUSAH UNTUK DIBELANJAKAN 💰
Benda ni senang je, letak je di dalam Tabung Haji, Asb Financing dan Emas.
6. LUPAKAN CREDIT CARD 💰
Kalau korang mempunyai credit card, sila potong kepada dua. Belajar untuk hidup bersederhana sebelum kahwin, baru bakal bapa mertua akan yakin kat korang.
7. JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PENDAPATAN JE 💰
Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, buat part-time, Grabcar dan lain-lain.
8. DISIPLIN DALAM MENYIMPAN 💰
Kalau korang rasa tidak mempunyai disiplin untuk menyimpan. Sila paksa diri korang untuk berbuat demikian.
Nak kahwin, kena lah berkorban. Mana ada orang kahwin pakai air liur, lain lah kalau mak ayah sponsor 100%. Haaaa
9. JANGAN BEBANKAN DIRI DENGAN HUTANG 💰
Kalau korang dah memang dah janji untuk bercinta sehidup semati. Jangan bebankan hidup pasangan korang selepas kahwin.
Beli kereta dan buat majlis perkahwinan mengikut kemampuan, bukannya berlumba majlis siapa yang paling grand.
10. MULAKAN DARI SEKARANG 💰
Jangan asyik tabur janji manis dekat pasangan kalau nak kumpul duit kahwin pun masih merangkak.
Korang kena ingat, komitmen selepas korang berkahwin lagi gila-gila. Ini perkara serius yang korang wajib ambil berat.
Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tak, itu rahsia Allah.
Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
Sumber : awantona
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!