Bila nak kahwin, macam-macamlah kena prepare termasuk barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang nak dibawa masa akad nikah nanti. Kalau ikut adat orang dulu, cukuplah bagi buah-buahan dan coklat, sepersalinan baju, seperangkat alat solat dan sebagainya. Namun berlainan dengan lelaki ini, dia menghadiahkan senaskah Al- Quran yang ditulisnya sendiri.
” Haritu aku ada shoot member aku nikah. Apa yg buat aku kagum dgn dia ni, hantaran yang dia bagi adalah senaskah Al-Quran yang dia tulis sendiri ! Ambil masa 3 tahun untuk tulis Al-Quran tu masa dia belajar dulu. And now dia bg kt isteri dia
Semoga kekal hingga Syurga.”
Sumber : Twitter Raja Nazrin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Tip Hias Bilik Tidur Simple Tapi Cantik Buat Pengantin Baru
Kamar tidur merupakan sebuah bilik di mana biasanya kita menggunakan masa yang banyak di dalamnya. Buat pengantin baharu yang masih di alam bulan madu tentunya ruang ini menjadi sudut untuk memadu kasih selain merupakan ruang peribadi untuk kalian berdua menyalurkan rasa cinta.
Dalam masa yang sama juga selain untuk tidur, kamar utama juga merupakan tempat yang paling selesa daripada bilik rumah yang lain. Akan tetapi kebanyakan kamar tidur mempunyai saiz yang sangat terhad. Apabila penataan kamar tidur tidak sesuai ia akan memberi kesan kamar tidur terasa lebih sempit dan tidak selesa. Oleh itu, amat penting untuk menyusun atur semula bilik tidur anda agar ia mampu memberikan magis yang tersendiri.
Sebenarnya banyak cara menata kamar tidur secara sederhana bagi memberikan kelesaan kepada pemilik kamar. Berikut lima cara yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur semula bilik tidur agar menjadi lebih selesa semasa anda berada di dalamnya.
Pilih Kertas Dinding Berbanding Cat
Anda boleh menggunakan kertas dinding pada kamar tidur anda. Paling utama, buat pilihan yang tepat atau pilih kertas dinding sesuai dengan selera anda. Penggunaan kertas dinding sangat disarankan daripada menggunakan cat kerana harga kertas dinding jauh lebih murah jika dibandingkan dengan cat. Selain itu motif daripada kertas dinding saat ini juga sudah banyak dan pilihan warnanya pun berbeza-beza.
Langsir
Pilihlah langsir jendela yang sesuai dengan reka bentuk kamar tidur anda. Penggunaan langsir yang tidak sesuai akan memberi kesan yang tidak selesa, maka dari itu reka bentuk yang sesuai sangat diperlukan. Dengan reka bentuk dan juga warna yang sesuai akan memberikan kesan moden pada kamar tidur anda.
Bidai
Terdapat berbagai jenis bidai antaranya bidai gulung, bidai menegak, bidai kayu atau buluh, bidai aluminium dan langsir Roman Blind (langsir bidai). Anda boleh memilih bidai yang sesuai dengan citarasa anda. Paling penting, ia selesa dan sedap mata memandang.
Ubah Atau Perbaiki Perabot Sedia Ada
Ubah atau perbaiki perabot yang ada pada kamar tidur anda. Pilihlah perabot yang mempunyai ukuran sedikit lebih kecil agar kamar tidur anda mempunyai kesan yang lebih luas. Penataan perabot pada kamar tidur anda harus sesuai agar tidak mengganggu aktiviti anda. Penempatan yang baik juga boleh memberi kesan mewah pada kamar tidur anda.
Pindah Barang
Pindahkan barang yang tidak berguna dari kamar tidur. Apabila mempunyai kamar dengan saiz yang sedikit terhad, barangan yang terkumpul boleh membuatkan keadaan menjadi tidak selesa.
Inilah lima tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur kamar tidur anda agar menjadi lebih selesa walaupun mempunyai saiz keluasan yang terhad.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bunga Telur, Masih Ada Yang Buat Tak?
Selain door gift, bunga telur juga sering diberi kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan. Ianya adalah tradisi sejak dahulu lagi dan masih digunakan hingga ke hari ini. Bunga telur juga menjadi door gift yang popular kerana ia tidak menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi dan ianya mudah dibuat. Hiasan dan corak bunga telur boleh dipilih mengikut kesusaian dan kerativiti anda mengikut cita rasa sendiri.
Tapi, sejak dua menjak ini bunga telur dilihat jarang di beri kepada tetamu kerana Ia adalah simbolik dalam majlis perkahwinan melayu. Terdapat pelbagai jenis bunga telur boleh didapati seperti bunga telur bertangkai ataupun tidak.
Semuanya cantik-cantik belaka !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelamin Bertema Bangunan & Senibina Morrocan Serta Teknologi ‘Project Mapping’ Beri Kejutan Di Majlis Resepsi Dynas Mokhtar & Shazrik Din
Bertempat di di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur berlangsung meriah majlis resepsi pelakon, pengacara dan usahawan terkemuka, Dynas Mokhtar dan Shazrik Din. Tambah mengagumkan apabila majlis gilang gemilang itu disempurnakan dekorasinya oleh syarikat pengaturcara inovatif yang pakar dalam bidang dekorasi dan teknologi, WilQadry.
WilQadry adalah syarikat kreatif dan pengurusan acara yang berpakaran dalam bidang teknologi dan mempunyai pelbagai fungsi dalam pelbagai konsep acara seperti Perkahwinan, Gaya hidup, Hiburan dan Korporat.
Kekuatan WilQadry terletak pada namanya yang menggabungkan perkataan ‘will’, yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu serta nama pengasas syarikat, Sharifah Rohaidah Al Qadry, di mana nama ‘Qadry’ membawa maksud ‘ketepatan’. Latar belakangnya dalam seni bina dan kejuruteraan melonjak minatnya untuk menerapkan prinsip yang sama di dalam industri aturcara dengan menekankan kemajuan teknologi semasa untuk menyampaikan detik-detik dan pengalaman acara yang sukar dilupakan.
Pesona Pengantin berkesempatan menemubual Pengurus Projek Wilqadry , Jeff Anuar tentang pelamin dan dekorasi yang dipersembahkan.
Konsep pelamin
Berkonsepkan less is more pelamin bertema Morrocan Building and Architecture dicetuskan. Pelamin berbentuk seperti Morrocan Building dan mempunyai ‘tunnel’ di bahagian tengah pelamin ini diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi ‘Project Mapping’. Ia juga disempurnakan oleh penggunaan props yang bersaizkan 12 kaki tinggi untuk menampilkan mood seni bina Morrocan di atas pelamin.
Konsep dekorasi
WilQadry mengetengahkan konsep kegemaran Dynas bertemakan hijau alam semula jadi. Penggunaan daun Eucalyptus, Baby Breath, tulip dan orkid menjadi hiasan dekorasi segar di setiap meja makan tetamu. Manakala bunga tulip dan orkid di meja makan utama.
“ Idea tercetus bila saya, selaku Pengurus Project bersama Pengarah Urusan, Puan Sharifah serta rakan baik Mohammad Syafiq sebagai pereka props pelamin bergabung kepakaran yang berbeza untuk menubuhkan satu syarikat yang boleh merangkumi empat jenis perkhidmatan iaitu entertainment, lifestyle,wedding dan corporate. Majlis resepsi Dynas merupakan our first baby project untuk syarikat Wilqadry Group. Kami diberi kepercayaan untuk menguruskan majlis resepsinya tanpa ragu-ragu walaupun masih baru dalam dunia Wedding Planner.
Apakah idea dari pihak pengantin sendiri?
“Idea untuk majlis resepsi secara keseluruhan dari Wilqadry dan kami cuma mengikut subject matter yang Dynas dan pasangan telah pilih dan kami cuma innovate into something minimal mengikut konsep company dengan penggunaan Lighting, Mapping dan Projector. Ternyata ia mendapat perhatian Dynas dan Rik. Penggunaan Mapping di pelamin dan kek juga menjadi satu tarikan dalam konsep ini.”
Gabungan warna yang diketengahkan ?
Black and gold adalah pilihan warna Dynas. Manakala gabungan copper leaf di dais utama . Eucalyptus berwarna hijau dan daun yang disembur warna Copper menjadi statement dalam hiasan pilihan Dynas.
Elemen surprise ditampilkan
“ Ya betul, elemen surprise dicetuskan di pelamin di mana lampu dan penggunaan Mapping project di pelamin dan kek di atas pelamin. Dekorasi berkonsepkan minimal dan less in more adalah signature Wilqadry. Kemungkinan selepas ni ‘Cake Berlampu’ akan kembali beraksi untuk setiap event kami.
Sumber rujukan untuk ilham pelamin dan dekorasi
Rujukan lebih kepada Dubai dan Morrocan look. Kami dari Wilqadry gemarkan scenery dan Architecture. Kami juga gemarkan dekorasi yang ringkas dan classy.
Jenis-jenis bunga
Antara jenis bunga yang digunakan sebagai dekorasi ialah Hydrangea, hyacinth, tulips, pingpong, phaelonopsis, babies breath, rose dan eucalyptus
Kolaborasi kreatif WilQadry bersama Dynas Mokhtar dan Shazrik Din dalam menjayakan majlis yang indah ini membawa kekuatan dinamik selebriti yang mampu melontarkan nama WilQadry ke persada industri pengurusan acara di Malaysia.
Sumber : pic lifestyleweddings.com
video : Jeff Anuar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI