Masa aku belum kahwin, soalan yang selalu aku fikir ialah, “Macam mana nak kenal tu jodoh aku?”.
Rupa-rupanya jodoh tiba dengan cara yang mudah. Umpama belaian angin pantai. Kalau betul dia jodoh kau, Tuhan akan gerakkan hati kedua-duanya, bukan salah seorang sahaja.
***
Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Setiap orang pasti inginkan jodoh yang terbaik. Dalam pencarian mencari yang terbaik, perbaiki juga diri untuk menjadi seorang yang baik.
Taaruf merupakan salah satu cara untuk mengenali calon pilihan kau. Dalam peringkat ini, kau akan mula nampak kelemahan masing-masing. Antara calon yang baik ialah apabila dia sudi menerima kekurangan kau. Kau pun mesti lah nak buat perkara yang sama kepada dia.
Carilah keserasian. Dalam Islam tetapkan proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Agama menjadi faktor yang utama.
Keserasian bermaksud semua persamaan yang ada itu saling mendekatkan, semua perbezaan yang ada itu pula saling melengkapkan. Kau sendiri dapat rasa perasaan tu.
Jika dalam proses taaruf/ mengenali dia kau merasakan 10 perkara ini, mungkin dia jodoh kau. Antaranya:
.
-Kau rasa telah lama mengenali si dia.
-Kau rasa rindu ketika berjauhan dengan si dia.
-Ada ikatan yang kuat. Apa yang dia rasa kau pun rasa sama.
-Kau rasa selesa di samping si dia.
Ads
-Senang berkongsi cerita dan hal peribadi dengan si dia.
-Sesibuk mana pun kau, kau akan cipta waktu untuknya.
-Setiap perbualan dan perbincangan selalu dapat difahami dan masing-masing puas hati dengan keputusan yang dibuat.
-Selalu jujur, ikhlas dan percaya pada si dia.
-Tidak mempedulikan masa lalu masing-masing dan menerima apa adanya. Mula merancang untuk masa depan.
-Kau sentiasa sabar dengan segala kerenah si dia.
.
Lakukanlah istikharah. Mohon petunjuk Allah. Jika yakin si dia pilihan terbaik, jadikanlah si dia halal untukmu. Jika sebaliknya, tolaklah si dia dengan sebaiknya.
Lamaran bukan paksaan. Ianya satu perkara besar dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Apabila kau nak terima, terima dengan fikiran semasak-masaknya, juga kalau nak tolak, tolak setelah fikir sehabis baik.
Ads
***
Sekiranya nak menolak cinta dia, ingat lima perkara ini.
Berterus Terang
Kau berterus teranglah kalau kau rasa tak serasi dengan dia. Jangan hati kau tak suka tapi kau nak teruskan juga sebab kesiankan dia.
.
Hormati Si Dia
Kalau kau nak tolak dia, tolak baik-baik. Jangan kau nak malukan dia depan orang ramai. Jangan nak maki dia bagai. Respect dia yang selalu caring dekat kau.
.
Jangan Sesekali Gunakan Personaliti Untuk Menolak
Kau dah bercinta dengan si dia 3-4 tahun. Alih-alih tak suka sebab dirinya. Apa yang dia ada. Logik ke? Contohnya;
“Awak ni gemuklah. Saya tak suka orang gemuk.”
“Awak muka gelap la.”
Ads
“Awak terlalu baik untuk saya.”
“Keluarga saya tak suka orang Kelantan.”
Jadi, jangan gunakan personaliti atau perihal peribadi untuk menolak si dia.
.
Jangan Gunakan Dia
Kau tak cintakan dan sayangkan dia. Tapi kau gunakan dia. Bila rasa down kau cari dia. Kau nak pergi sana sini suruh dia teman. Dah taknak guna dia kau buang macam plastik sampah. Pedih hati dia kalau tahu kau hanya gunakan dia. Cuba bayangkan orang buat macam tu kat kau. Apa kau rasa?
.
Doakan Kebahagiaan Dia
Doakan agar si dia berjumpa dengan seseorang yang terbaik untuk dirinya. Doakan agar dipermudahkan segala urusan dia.
***
Masa bercinta tu jangan asyik nak relationship goals je. Bercinta sampai 3-4 tahun, 700 kali makan tempat hipster, & kedai kopi mahal, 70 kali pergi travel sana sini tapi bab kumpul duit belanja kahwin langsung tak buat.
Kau jangan acah-acah berkasih sayang, caring bagai, bercinta bagaikan nak rak tapi tak de niat nak kahwin dengan dia sebenarnya. Kesian anak dara orang woi. Kah!
SHARE l TAG jika bermanfaat. Moga manfaat
[ASY]
#AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tips pemakanan ini akan membantu anda tampil anggun pada saat penting. Tidak kira bentuk, saiz, jadual atau jenis perkahwinan, setiap pengantin layak untuk kelihatan cantik, luar dan dalam. Tertanya-tanya apa yang perlu dimakan untuk mengurangkan berat sebelum memilih gaun?
Bagaimana pula dengan makanan yang membuatkan kulit anda licin dan menyerlah, rambut yang terurus? Berpandukan pada 2 pakar nutrisi – Amy Gannon, pengawai program dan ketua jurulatih untuk eCoaching di Klinik Wellness Cleveland, dan Roby Youkilis, pengarang Go With Your Gut – untuk nasihat pakar tentang apa yang patut dimakan, dan apa yang perlu dielakkan sebelum 5 majlis penting.
Membeli Gaun Bersanding
Objektif: Untuk kelihatan ramping.
Anda mahukan yang terbaik untuk majlis anda. Untuk mencapai objektif tersebut, anda perlu mencari gaun yang sesuai untuk anda.
Steer Clear of Sodium
Cara terbaik untuk mengurangkan kekembungan dengan memeriksa pengambilan sodium. Makanan yang diproses mengandungi sodium berlebihan. Gannon mengatakan bahawa 75 peratus pengambilan di US adalah dari makanan yang dibungkus dan restoran – whoa. Periksa perkara ini dan berhati-hati apabila memesan makanan. Beli makanan yang ringkas, mengurangkan pengambilan makanan proses, dan cuba masak di rumah selalu.
Fiber
Apabila bercakap mengenai fiber, Gannon mencadangkan dengan mengambil langkah Goldilocks: terlalu banyak akan membuatkan anda tidak selalu: tetapi ia juga tidak sesuai jika terlalu sedikit. Sebelum mencuba gaun, Gannon memesan: “selain mengambil semangkuk bran cereal, yang terlalu banyak fiber, pilih yogurt greek rendah lemak bersama berries untuk campuran sesuai bagi protein dan fiber.”
Probiotik
Probiotik meransang pembesaran bakteria baik pada pencernaan anda. Makanan yang ditapai (Youkilis sukakan sauerkraut, kimchi, kombucha, kefir dan yogurt) adalah probiotik yng berkuali tinggi untuk menghilangkan keinginan, membantu sistem pencernaan, dan menyekat anda dari kekembungan selepas makan.
Chew, Chew
Jangan tinggalkan tips ringkas ini sebelum mencubanya. Youkilis mendakwa perubahan tabiat pemakanan anda boleh mengubah hubungan anda dan makanan. Perut anda tidak boleh mengunyah sendiri (disebabkan itu, kita mempunyai gigi!). Jadi apa-apa makanan yang tidak dikunyah dengan betul tidak boleh dicerna dan menyebabkan kenaikan berat badan. “Kunyah makanan anda dan buatkan perut anda lebih kurus.” Anda akan mempunyai lebih tenaga tanpa perubahan pada diet!” Jelas Youkilis.
Menyedang Baju Pengantin
Objektif: Kekalkan berat badan dan saiz badan dari penyendangan yang sebelumnya (dan elakkan perubahan pada baju).
Buat secara perlahan
Jika anda mahu badan yang kurus dan ramping, anda perlu membuatnya secara cara sihat, seimbang, dan teratur, jelas Gannon. Itu bermaksud tiada diets yang tidak betul yang perlu dibuang atau dihadkan oleh piramid makanan. Walaupun jika salah diet yang drastic tersebut berkesan, ia hanya akan mengurangkan berat badannya hanya sementara waktu (ramai yang diantaranya gagal mengekalkan penurunan tersebut). Untuk bakal pengantin, fiasco seperti ini bermaksud ribuan dollar gubahan gaun jika berat anda turun atau naik semasa majlis “fitting” tersebut.
Gambaran Penuh
Jadi, jika anda benar-benar ingin mengurangkan berat sebelum majlis bersejarah anda, anda patut mencubanya dengan perubahan yang holistik. Jangan panic – ia kedengaran drastik dan menakutkan, tetapi ia adalah tentang kombinasi untuk mencapai objektif anda. Pertama, mula dengan awal- dan berterusan. “Fokus pada makanan seimbang dengan protein, lemak sihat dan karbohidrat yang berkualiti,” Kata Gannon. “[Lihat pada] makanan seperti sayuran, buahan, kacang, biji, ayam, avocado, oat, quinoa dan susu rendah lemak.”
5 Peraturan Pemakanan
Untuk mengekalkan berat semasa ‘fitting’, ikuti 5 peraturan dari Youkili: makan semaksimun untuk 5 jenis makanan yang berbeza pada setiap hidangan. Cara ini membantu anda untuk mengelakkan kompilasi dan hidangan yang berlebihan. Anda tidak perlukan salad dengan sedozen topping, walaupun bahan tersebut bagus untuk anda. Fokus pada hidangan yang seimbang atau snek yang tidak lebih dari 5 bahan utama (minyak, herba dan rempah tidak termasuk.
Ujian 2 Minit
Satu jalan terbaik untuk mengurangkan makanan ringan dengan mengikuti 2 minit arahan Youkili, yang sangat ringkas. Mahukan donut yang berlebihan di pantri pejabat? Tunggu – setkan masa (pada telefon anda, sebagai contoh) untuk 2 minit. Bayangkan makanan yang anda idamkan. Mungkin anda berpuas hati dengan secawah the hijau panas atau beberapa teguk air. Jika tempoh 2 minit sudah tamat dan anda tidak berhenti memikirkn makanan tersebut, ambil makanan tersebut dengan kuantiti yang sedikit. Dalam masa 2 minit, idaman kamu akan hilang, atau anda boleh membuat alternatif yang lebih baik.
Photo Shoot Pertunangan
Objektif: inginkan kulit yang segar, bersih dan sihat, neutral, bersinar.
Luar, Dalam
Kekalkan makanan yang kaya dengan nutrisi – tinggi antioksida, phytokimia dan lemak sihat – pada hidangan anda untuk kekal sihat, kulit yang bersih. Buah dan sayur yang segar adalah sangat bagus kerana mereka penuh dengan nutrisi dan air. Gannon mencadangkan memilih buah oren, bell pepper, brokoli dn cantaloupe yang penuh dengan Vitamin C ( penting untuk penghasilan kolagen untuk tisu dan kulit yang sihat). Makanan seperti salmon, sardin, kacang dan flaxssed kaya dengan omega-3, yang bertindak sebagai anti radang dan memberi manfaat pada kulit.
Lemak
“Badan kita perlukan lemak kerana ia bertindak sebagai metabolisma untuk nutrisi yang diterima,” Kata Youkilis. “Bonus: Lemak sihat adalah bagus untuk rambut, kulit, dan kuku, supaya anda lebih neutral dan bersinar di depan kamera.” Kini, anda tidak lagi makan kentang pada setiap hidangan – pilih lemak dari sumber yang baik, dan jangan berlebihan. Cari lemak sihat yang neutral seperti zaitun, avocado, ikan salmon, tuna, ikan kembung, kelapa dan telur.
Minuman
“Kulit yang berhidrasi adalah kulit yang cantik dan air adalah sumbernya.” Jelas Youkilis, yang menasihatkan air yang ditapis untuk hidrasi yang optimal. Mulakan hari anda dengan segelas air, kemudian minumnya sepanjang hari (8 gelas sehari). Jika anda bosan dengan air biasa, anda boleh menambah jus citrus dan daun pudina serta timun- anda adalah mixologi. Kekal hidrat adalah perkara yang ringkas danefektif yang boleh dicapai.
“Bachelorette Party”
Objektif Sebelum: kekal hidrat dan bertenaga supaya anda boleh berjaga.
Objektif Selepas: Batalkan majlis jika makanan dan minuman adalah tidak sesuai.
Alkohol
Majlis ini semestinya melibatkan beberapa cocktails. Tetapi jika anda risaukannya, cara terbaik untuk menguruskannya adalah dengan mengambil minuman tanpa alcohol. Gannon juga mencadangkan beberapa tips mudah: “Minum air sebelum, semasa dan selepas keluar: cuba wine spritzer atau minuman yang boleh digantikan dengan alcohol: dan ambil hidangan yang sihat bersama protein sebelum tidur.” Jangan risau, tip terakhir tidak akan membuatkan anda selesa- ia akan menunjukkan penyerapan alcohol pada ssstem anda.
Buangan pada waktu pagi
Perkara pertama: Mula hari anda dengan secawan air besar untuk mengembalikan hidrasi. “Saya mencadangkan lemon untuk meransangkan system pencernaan untuk membuang sisa buangan yang disimpan.” Jelas Youkili.
Detox
Jika anda ingin makan pada keesokan harinya, pilih makanan yang kaya dan memuaskan, tetapi dibungkus dengan bahan yang baik ( jangan memilih bacon, telur dan keju-maaf!). “Omelet yang dihiasi dengan sepotong avocado, pankek dengan buahan, atau sayuran bersama ubi dan telur adalah memuaskan dan mengembalikan tenaga anda. Jelas Gannon. Bagaimana anda tergamak mengatakan tidak?
Hijau dan Bersih
Kami tahu- perkara pertama yang anda mahukan adalah tequila dan bukanlah semangkuk bayam dan kale. Tetapi dengar apa kata Youkilis: “sayuran bagus untuk detoks hati, darah dan system pernafasan dan ianya kaya dengan kalsium, magnesium, iron, potassium, fosforus, zink and vitamins A, C, E and K. ia juga mengandungi fiber yang banyak dan klorofil. Tambahkan avocado atau minyak zaitun untuk memaksimakan penyerapan nutrisi.” Jadi anda boleh tambahkan sayuran pada: omelette, smoothie atau salad makanan tengah hari atau malam.
Sumber : storywedding
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal pengantin semua dah siap sedia ke segala persiapan untuk berkahwin? Kalau sudah, anda memang seorang yang teratur. Tapi jangan siapkan persiapan barang perkahwinan sahaja. Persiapan diri juga perlu.
Persiapan diri anda sebelum bernikah, anda kena tahu apa yang perlu anda lakukam sebelum, semasa dan selepas bernikah. Senang sahaja. Ikut sahaja langkah ini okay!
SEBELUM AKAD NIKAH
Datang awal ke tempat akad nikah supaya anda lebih bersedia.
Pastikan bawa kad pengenalan dan mas kahwin.
Ambil wuduk.
Sagu hati kepada tok kadi dan saksi jangan lupa. Survey sekali berapa harganya.
Relaks, senyum, tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
SEMASA AKAD NIKAH
Dengar dengan teliti khutbah nikah yang dibaca oleh tok kadi sebelum pernikahan bermula.
Saat paling mendebarkan bila upacara akad nikah bermula.
Bacaan taklik. Isteri perlu dengar betul-betul lafaz taklik ini dan suami perlu fahami apa yang dilafazkannya.
Jangan lupa berikan sagu hati kepada tok kadi dan 2 orang saksi tadi.
SELEPAS AKAD NIKAH
Solat sunat selepas nikah dahulu.
Penyerahan mas kahwin.
Upacara pembatalan air sembahyang – sarung cincin, gelang, rantai, atau barang-barang lain.
Bersalaman dan isteri mencium tangan suami.
Bersalaman dengan ahli keluarga lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat pasangan pengantin, kalau nak bahagia dalam perkahwinan, jangan lupa minta restu mak ayah. Jangan sesekali pandang remeh soal ini, berkat itu penting.
Nak fahami lebih jauh soal ini, jemput baca perkongsian daripada Puan Rohana Saad, betapa pentingnya restu orang tua.
Nak Bahagia Dalam Perkahwinan
Pinjaman yang paling berharga dalam Dunia ini ialah ALLAH pinjamkan mak dan ayah untuk kita selagi ada hayat mereka. Bayangkan ketika kita sedang sibuk buat kerja mencari makan dan keperluan hidup, tiba-tiba kita dapat panggilan dari kampung memberitahu mak ayah kita sedang nazak. Apa agaknya yang kita akan lakukan?
Sudah pastinya kita akan terus tinggalkan kerja masing-masing walau sepenting mana sekali pun kerja yang sedang dilakukan. Itu ertinya, tak ada yang lebih penting selain dari menghadirkan diri untuk melihat mak ayah kita. Ramai di antara kita baru sedar untuk membalas jasa bila mak ayah dah tak ada.
Minta Restu Mak Ayah
Bukan mudah nak balas jasa mak ayah. Mungkin hakikat sebenarnya, kita tak akan mampu membalas jasa mereka walau dengan apa cara sekalipun. Oleh itu, usaha balas jasa mak ayah perlulah dijadikan satu usaha yang berterusan sehinggalah samada kita sendiri atau mereka menghembuskan nafas yang terakhir di muka bumi ini.
Kita tidak akan pernah faham perasaan mak ayah kita sehinggalah kita sendiri menjadi seorang mak atau ayah. Masa kita kecik selalu mintak duit mak ayah nak beli itu ini. Sebab kita tak tahu lagi betapa susahnya nak cari duit. Bila dah bekerja sendiri, baru faham bukan senang nak cari duit. So, kalau dah gaji jangan lupa mak ayah kat rumah.
Walaupun gaji kecil, jangan kedekut keluarkan duit untuk mak ayah setiap bulan. Itu punca rezeki melimpah ruah tanpa di sangka. Utamakan mak ayah, mereka sentiasa ada waktu semua orang tinggalkan kita. Nak bahagia Dunia Akhirat, bahagiakan mak ayah. Nak bahagia dalam perkahwinan, minta restu mak ayah. Nak duit gaji sentiasa mencukupi, berikan sedikit pada mak ayah.
Baik buruk kita pun, masih ada orang sayangkan kita. Siapa lagi kalau bukan mak ayah kita. Tak akan ada orang yang sayang kita bersungguh-sungguh, selain mak ayah kita sayangkan kita. Layan mak ayah kita baik-baik. Esok lusa bila kita dah ada anak, macam mana kita layan mak ayah kita, macam itulah anak kita layan kita nanti.
Semoga ketenangan sentiasa menjadi milik kita semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!