Lelaki Ini Kongsi 7 Pengajaran Yang Kita Boleh Ambil Dari Kisah ‘Isteri Kaabah’ Baru-Baru Ini

Share

Kes Daie Farhan yang kecoh teruk ni banyak juga pengajaran yang kita boleh ambil.

1. Bila dilamar berkali-kali, iman ustaz pun teruji. Jadi yang masih bujang, cubalah tanpa putus asa. Mana tahu cubaan ke 19 berjaya.

2. Cuba elakkan melamar suami orang. Satu Malaysia tak suka dengan sikap itu. Melainkan isteri pertama itu sendiri yang melamar kita, itu lain cerita.

3. Jika jodoh tidak panjang, selesaikan dengan cara baik dan berdepan. Sebagai mana kita masuk untuk meminta, seperti itu juga kita pulang si dia sepatutnya. Dengan penuh hormat dan adab.

4. Kerana orang agama bergelar PU, Daie dan ustaz buat kontroversi dengan isu 18-19, wanita Kaabah dan cerai saat isteri hamil, golongan agamawan diperlekehkan dan dipandang serong.

5. Tanah suci Mekah dijadikan asbab untuk menerima lamaran. Seolahnya apa jua lamaran di tanah suci patut kita terima. Sedangkan ia berbalik pada hati kita dan setinggi mana setia yang tersisa.

6. Ramai orang berlebihan dalam mengulas isu ini termasuk orang agama (terutamanya perempuan). Emosi dan perasaan diutamakan sehingga ada memaki hamun secara terus sedangkan jalan teguran yang lebih baik itu terbuka luas.

Ingat, kita juga ada keluarga. Ada suami, ada isteri, ada anak-anak, ada adik-beradik. Perkara yang sama tidak mustahil terkena pada keluarga kita juga. Berpada dalam menegur dan mengkritik.

7. Paling bagus, ramai yang dapat ilmu munakahat tentang hukum cerai isteri masa hamil, cerai isteri melalui aplikasi wasap dan hukum isteri melarang suami kahwin lain.

Rujuk kenyataan mufti Wilayah di pautan berikut :

ULANGSIAR

13 Disember 2018
AL-KAFI #956: HUKUM MENCERAIKAN ISTERI KETIKA HAMIL
https://muftiwp.gov.my/…/2871-al-kafi-955-hukum-menceraikan…

31 December 2018
AL-KAFI #1014: CERAI MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP
https://muftiwp.gov.my/…/2967-al-kafi-1014-cerai-menggunaka…

15 Oktober 2019
AL-KAFI #1398 : HUKUM ISTERI MELARANG SUAMI BERKAHWIN LAIN
https://muftiwp.gov.my/…/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri-mel…

Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

#DoneIntoScene
#MFS

Kredit : Mohd Fadli Salleh

Published by
Bella