Lelaki bernama Azizul Azli Ahmad kongsi kesalahan yang sering kita lakukan bila masuk bab majlis kahwin. Kadang-kadang kita mungkin tak perasan tapi bila dah selalu, ini dah menjadi kebiasaan sampai kita anggap biasa.
#TabungKahwin.
KESALAHAN MENGURUS PERKAHWINAN.
Dalam program Tanyalah Ustaz bersama Dai Haidari sahur tadi
- Perbelanjaan kahwin mesti dari duit ibubapa kita bukan dari duit hantaran lelaki.
Jika mampu 3 talam, buat sahaja 3 talam. Jangan guna duit orang buat kenduri kesyukuran kita. -
Jangan bezakan jemputan vip dan orang biasa. Bolehkan asing tempat lelaki dan perempuan jika ada ruang, jika tiada tak mengapa.
- Wajib hadir kenduri kahwin dan bawa buah tangan
-
Sunatnya datang jumpa pengantin dan ucap selamat dan tahniah kepada pengantin
- Bagikan sumbangan pada pengantin bukan mak dan bapak pengantin.
- Doakan kebaikkan pada pengantin sebaiknya.
- Jangan kecil hati tak pangil pun tak apa. Bila dijemput wajib datang.
-
Jemputan utama ibubapa, adik beradik, kaum kerabat dekat dan jauh, diikuti jiran tertangga kanan dan kiri.
- Kita jemput, moga Allah mudahkan urusan orang agar mudah datang.
Telefon membunuh pertemuan dalam menjemput walimatulurus. Semuanya nak ringkas dan cepat. -
Kad jemputan jangan ada ayat AlQuran
- Jika kita dijemput dan nak bawak orang lain, perlu maklum kepada tuan rumah.
- Perbelanjaan walimah tanggujawab ayah dan ibu pengantin lelaki.
-
Guna duit simpanan sendiri bukan suruh buat pembiayaan bank.
- Kenduri perempuan sepatutnya lebih acara kecil dari kenduri lelaki. Di Malaysia sebaliknya berlaku.
- Tiada tarikh baik dan buruk dalam Islam.
Azizul Azli Ahmad
#KahwinSederhana
#UrusCaraIslami