Selalu kita baca tentang perkongsian bagaimana nak bahagiakan isteri. Kali ini, lelaki bernama Muhammad Ahmad kongsi, jika seorang isteri mahu disayangi suami, ini yang patut isteri lakukan untuk bahagiakan mereka.

Isteri jika mahu sentiasa di sayangi. Selalulah setiap kali makan suapkan nasi untuk suami, suapkan yang terbaik buat suami. Barulah suami rasa rindu apabila berjauhan.

Bila isteri mulakan Insyaallah satu peringatan buat suami. Dulu saya segan juga makan bersuap depan mertua. Tapi sekarang dimana-mana pun kita buat amalan ini. Barulah mertua rasa senang hati sebab ada insan yang jaga dengan baik anak mereka.

Ads

Kadang-kadang bila isteri minum air, saya akan minum dari gelas yang sama dan tempat dimana bekas isteri minum. Sebab ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rupanya dengan amalan begini hubungan suami isteri akan lebih bahagia dan disayangi.

Bahagia ini perlu diusaha, perlu dipupuk dan disemai dengan cara yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Barulah bahagia itu dapat dengan cara yang betul. Ramai yang berusaha untuk bahagia, tapi jika bukan cara Nabi Muhammad s.a.w bahagia ini akan sia-sia.

Ads

Bahagia itu buatkan kita sentiasa rindu dan doakan buat si dia. Buatkan kita makin dengan kepada Allah. Apabila kita bahagia anak-anak turut bahagia, orang di sekeliling kita juga turut bahagia.

Ads

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebatDariAllah

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI