Kalian hidup dengan suami yang panas baran. Ada sahaja benda jadi punca suami marah-marah. Buatkan kalian jadi tertekan dan tak tenang.
Tips ini untuk kalian.
1. Berfikiran positif dan terus tenang.
Sifat marah merupanya sebab untuk suami berfikir luar batas logik. Termasuk untuk setiap apa yang dia akan katakan. Kadang suami akan mula meleret ke cerita perkara yang tak berkaitan pun.
Untuk situasi ini, isteri memang kena tahan diri daripada terikut sama naik berang. Kalian kena terus tenang untuk kekalkan kalian positif. Maka kalian akan terus rasional untuk bercakap atau pun memujuk suami semula.
Pilihan kata-kata kalian masih dalam susunan yang baik dan tidak berjela pula apabila kalian bercakap. Jadi kena terus tenang ya.
2. Beri lebih perhatian.
Iya para isteri sekalian. Huhu. Suami ini kadang dalam rock dan rupa ala-ala gangster itu, tersemar dalam diri dia sifat nak bermanja. Dah dengan siapa lagi ye dak? Dengan kau lah isteri dia.
Bila anak dah ramai, kita lebihkan anak-anak sudut masa dan bercerita. Suami tinggal sendiri. Kejayaan dia di pejabat tak ada pujian daripada isteri, kekusutan di pejabat tak ada telinga isteri yang nak mendengar atau mungkin dia baru lepas kena maki dengan bos, tapi isteri tak beri sokongan. Sebab isteri tak tahu cerita.
Jadi cepatlah suami tu naik angin. Dia kan ego. Kahkah. Maka kalian kena beri lebih sikit tumpuan. Tak ada kekerasan yang tenang dengan kekerasan juga. Mesti dengan kelembutan.
Tumpuan isteri itu sebenarnya sinar yang boleh melembutkan kerasnya ego suami.
3. Jauhkan punca kemarahan suami.
Ini kalau kalian dah berkahwin lama lah. Biasanya isteri akan tahu apa yang buatkan suami tak senang dan akhirnya marah-marah.
Contohnya waktu suami nak berehat anak-anak bising. Jadi kalian arahkan anak-anak bermain dalam bilik sekejap sementara ayahnya berehat. Suami dah habis berehat, panggil semula anak-anak tadi.
4. Berhenti merajuk. Hmmm.. atau kurangkan merajuk.
Haa.. ini juga 1 perkara. Biasalah perempuan kan? Nak buang macam mana sikap merajuk tu. Tapi kalau dah terlalu kerap sampai hal-hal remeh pun nak merajuk tak bercakap bagai, pujuk pun tak jalan, akhirnya suami pula yang jadi marah.
Kita hidup dah lama, hidup pula bersama dah lama. Mengalah adalah 1 perkara yang buatkan kita boleh elakkan sifat kuat merajuk. Merajuk memang biasa berlaku bila kehendak kita tak tertunai. Bila tak dapat, kita nak tunjuk gaya protes, maka merajuklah paling efektif.
Namun bila nak makin berusia, merajuk kadang boleh jadi menjengkelkan. Anak dah berderet, tapi mak mulut muncung selalu. Bila tanya kenapa mak, oh mak merajuk sebab tak dapat makan masi lauk tempe goreng. Aduhh.
Daripada rajuk yang entah apa-apa, akhirnya jadi punca pergaduhan besar. Maka, belajar mengalah dan kurangkan merajuk ya! Huhu.
5. Pilih masa yang baik untuk menegur.
Macam aku dah sebut tadi, biasanya suami panas baran ini kerana mereka masih ada ego yang tinggi. Jadi mereka ini tak suka dinasihati atau orang tegur-tegur. Lagi lah yang nak tegur tu isteri.
Namun mereka masih lagi boleh terima dan dilunakkan jika kena masa dan tempatnya. Sesuai waktu kalian suami isteri berdua sahaja, tak ada orang lain yang mendengar. Waktu yang suami sedang sangat tenang, tidak penat dan dia tidak serabut.
Waktu pergi bercuti, sedang makan berdua di restoran yang tenteram atau ketika kalian sedang berehat. Cuba bercakap dengan nada yang paling lembut dan ayat yang paling romantik. Kah!
6. Banyakkan berdoa dan mengadu pada Tuhan.
Puan sekalian, sungguh suami itu payah untuk kita ubah. Yang akan mengubah dia cuma Allah. Maka atas setiap yang kita hadapi, ceritalah pada Dia. Tidak di media social.
Doa dan dekatkan diri dengan Tuhan sahaja merupakan cara menangani ego suami yang paling berkesan. Doakan suami kita menjadi suami yang sangat pandai mengurus diri lahir dan rohani. Yang akhirnya menjadi pemimpin buat kita dan anak-anak.
Yakinlah yang Tuhan tak akan sia-siakan doa seorang isteri yang mahukan kebaikan terhasil daripada suaminya sendiri. Demi rumahtangga yang mereka bina bersama.
Sekian. Moga rumahtangga kalian kekal selamanya. Amin.
Firdaus Mokhtar,
Baran juga. Allahu.