Perempuan, selalu dikaitkan dengan kuat membebel. Walaupun tidak semua, tetapi itulah perbuatan yang selalu dikaitkan dengan perempuan terutamanya yang mempunyai tanggungjawab dan keluarga.

Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan perempuan pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang pantang dibebel? Pasti panas telinga mendengar. Pasti pertanyaan ini sering bermain di fikiran lelaki, “Kenapalah awak ni suka sangat membebel?”

Baca perkongsian Muhammad Hassan ini kenapa perempuan suka membebel.

Bapak mertua saya kata. Nak tahu orang perempuan itu sihat atau tidak. Tengok mulut dia. Jika membebel,banyak bercakap itu tanda sihat. Jika diam kena buat pemeriksaan. Diam termenung itu kena jaga jaga.

Betullah bapak saya cakap. Orang perempuan dia ada kouta jumlah perkataan dia lebih banyak dari lelaki. Sebab itu bahagian Parieatal Lobe orang perempuan lebih tebal dari lelaki untuk language Processing.

Tidak peliklah jika kita suami perlu jadi pendengar yang setia. Tapi pastikan mata,badan kearah dia,nanti dia cakap kita tak fokus,sedangkan kita dah fokus pun apa yang dia cakap tu. ?

Para suami. Pastikan isteri kita banyak bercakap dan dengar sahaja bebelan dia. Kerana itu terapi untuk dia.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#HidupBapakMertua