Semua orang mengidamkan cinta yang sempurna. Lelaki sejati sedikit sukar untuk melahirkan rasa cinta, apatah lagi memupuknya. Mengapa? Perihal komitmen. Susah untuk bergelar ‘the perfect boyfriend.’ Namun jika anda merasakan diri sudah dilamun cinta, jangan sesekali melepaskannya. Ingatkan diri berkali-kali dengan peraturan‘The 4 Cs’: create, confess, confidence dan calm.
#1 Create. Semudah mencipta momen indah dan romantis tanpa perlu berbelanja besar atau membuat kejutan melampau. Jangan sehingga membodohkan diri sendiri. The smallest gestures will do semudah mengungkapkan ‘I Love U’ menerusi telefon pintar. Panjangkan momen sebegini dengan ungkapan cinta yang lain pada masa-masa akan datang. Ia pastinya memberikan kesan mendalam terhadap si dia yang cukup sentimental dan rasa dihargai.
Ads
#2 Confess. Masih ingat kali pertama anda mengungkapkan ‘Saya CintaKan Awak’ pada hari pertama bertemu dengannya? Seorang gentleman biasanya akan mengungkapkan sesuatu yang melebarkan senyuman pada wajah si dia. Gunakan kata-kata manis dan bukannya janji-janji manis! Memuji paras rupa atau bagaimana si dia melengkapkan hari anda sudah memadai. Cara paling berkesan untuk melahirkan aura dalam mencipta enigma positif antara dua pihak.
Ads
#3 Confidence. Wanita biasanya ‘delicate’ dan ‘fragile’ setiap masa, luaran dan dalaman, bagaikan kaca mudah pecah jika tidak dijaga dengan betul. Anda perlu menjadi ketua dalam kebanyakan benda. Jika si dia kerap membandingkan anda dengan abang atau rakan-rakan lelakinya yang lain, laugh it off dan senyum sahaja. Jangan sesekali rasa tergugat dan cepat berasa marah kerana anda kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Tidak perlu buktikan kebolehan diri kerana ia akan datang dengan sendirinya. Percayalah!
Ads
#4 Calm. Bersiap sedia untuk mendengar segala permasalahan si dia. Tidak kira sama ada permasalahan besar atau pun kecil. Paling penting? Anda juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi segala perasaan emosi yang bakal diluahkan. Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadapnya jika perkara sebegini terjadi. Become the better man and a good listener. Anda mungkin tidak dapat menyelesaikan permasalahan si dia. Si dia meluahkan kepada anda dengan satu sebab… Kerana anda sahaja teman teristimewa yang dipilih oleh si dia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sekadar membayangkan soal indah-indah tetapi sepatutnya berbincanglah kehidupan selepas kahwin secara lebih jelas agar tahu arah tuju nak membina sebuah keluarga.
Bak kata Puan Normaliza Mahadi, pastikan ada pesetujuan dua pihak dan anda betul-betul mengenali si dia. Jemput baca lebih jauh tentang isu ini…
Bincanglah Kehidupan Selepas Kahwin
Ini nasihat kepada adik-adik yang telah ada pasangan dan merancang ingin berkahwin.
Sebelum kahwin sila pastikan satu perbincangan menyeluruh telah dibuat tentang perkahwinan. Bukan tentang nak honeymoon di mana, pelamin colour apa, baju sedondon tempah kat mana, apa doorgift nak bagi orang atau macam mana nak impress tetamu yang diundang. Bukan!
Perbincangan ini meliputi:
1. Kewangan. Gaji bakal suami dan isteri. Tanggungan bulanan masing-masing. Bakal suami nanti kena tanggung apa. Bakal isteri perlu bantu apa. Ceritalah pasal duit. Mengaku sahaja apa yang ada. Jangan membohong atau cuba melindungi kemampuan kewangan.
Lelaki kena jadi jantan yang menyara keluarga. Jangan biarkan isteri menampung perbelanjaan yang sepatutnya disara oleh suami. Dan lelaki kena ada kredibiliti mengajar perempuan hidup dibawah kemampuan suami. Mesti.
Bakal isteri boleh ada gaji 3 kali ganda gaji dari suami. Tetapi suami masih perlu bayar rumah, makanan dan pakaian keluarga. Inilah yang menjadikan lelaki sebagai ketua dalam keluarga. Sebab dia berkuasa kepada tempat tinggal, makan dan pakaian keluarganya. Bila berkuasa, barulah boleh mendidik dengan yakin.
Saya biasa mendengar cerita lelaki dihalau keluar dari rumah bila bergaduh. No! Bila bergaduh atau bersengketa dalam rumah yang dibiayai lelaki, suami akan lebih lelaki dan berkemampuan untuk menyelesaikan isu dengan lebih efectif.
Namun, kuasa ini bukanlah bermaksud boleh pukul atau maki hamun isteri jauh sekali menghalau isteri jika bersengketa.
Gaji isteri yang banyak bolehlah digunakan oleh isteri untuk membeli mesin basuh canggih, mesin dryer, thermomix, renovate dapur, beli TV sebesar padang bola dan bla bla.
2. Berbincang tentang penginapan, hala tuju pekerjaan, bilangan anak, perancangan hujung minggu, keperluan me time, pembahagian kerja rumah jika keduanya bekerja dan juga isteri tidak bekerja dan expectation kepada pasangan.
Berbincanglah
“Setiap hujung minggu abang perlu balik jumpa mak sebab mak dah tua”
“Saya ok aje abang balik rumah mak setiap hujung minggu. Abang ok ke jika 2 minggu saya ikut abang balik, seminggu saya balik sendiri ke rumah mak saya dan seminggu lagi jika keadaan mengizinkan abang ikut saya balik rumah mak?”
Perbincangan seperti ini sangat diperlukan. Bukan yang meliuk lintuk menyatakan cinta katak tu.
Elakkan Yang Pernah Memukul
3. Jika sebelum kahwin telah dipukul, mendapat tahu pasangan mengambil bahan terlarang, masih melakukan perkara maksiat seperti melangani pelacur, ketagih porno, gay, berhutang kepada ah long, rupanya pernah berkahwin tetapi menyorokkan, kaki maki hamun sama ada dalam media sosial ataupun verbal sewaktu bergaduh, bakal mak bapak mertua tak suka dan sebagainya. Mohonlah tanggungkan perkahwinan ataupun terus batalkan. Tak payahlah rasa yang nanti kahwin semua ni akan berubah. Janganlah jadi bodoh ya.
4. Belajarlah tentang perkahwinan. Baca buku. Hadir kelas. Dengar ceramah agama. Kedua pihak kena jadi manusia yang ready mahu memikul tanggung jawab.
Dah kahwin nanti keputusan kena buat dengan dua pihak. Bukan panggil mak bapak masuk campur. Kalau tak ready, tak payah kahwin.
5. Tinggalkanlah bekas tunang, bekas teman lelaki, bekas teman wanita, abang angkat, adik angat dan sebagainya.
Mereka ini bakal memecahbelahkan kasih sayang suami isteri. Mereka juga bakal menimbulkan sengketa. Tinggalkan.
Bukan satu dua kes penceraian disebabkan oleh pihak ketiga yang telah berada sangat awal sebelum perkahwinan.
6. Dan sangat penting kedua bakal suami dan isteri berusaha menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. Belajarlah AlQuran dan Hadith. Tadabur AlQuran. Fahamlah agama yang tulen.
Perkahwinan ni banyak sangat cabarannya di zaman ini. Dengan hanya berpegang kepada Allah dan Rasulullah SAW, ramai yang survive dalam perkahwinan.
Daripada ‘Aisyah R.A beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku.”
Hadith ini kedengaran simple tapi sangat susah untuk dilaksanakan. Nak berbuat baik kepada ahli keluarga sendirilah yang sukar. Buat baik pada orang adalah sesenang kacang. Sebab itulah Rasulullah mendahului dan mencontohinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang miliki saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesonakan saat bergelar raja sehari. Masalah yang sering dialami bagi mereka adalah gaya atau busana paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Lima tip atau cara ini membantu wanita plus size agar tampak langsing dan menyerlah di majlis kahwin.
1. Potongan Baju
Pemilihan busana dengan cetusan sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihlah sama ada bukaannya hanya melewati paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Busana akan tampak lebih indah dengan disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda Perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bercorak
Sekiranya anda memilih fabrik atau busana yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya pilihlah busana bermotif garis-garis vertikal, ini secara tidak langsung menampakkan tubuh gempal lebih tinggi dan ramping. Biasan garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
3. Aksesori Yang Sesuai
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori, tas dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan agar anda tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yan terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau gunakan kasut dari jenis wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang yang bertubuh gempal.
4. Pilih Fabrik Yang Betul
Dari segi pemilihan fabrik pula, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat. Elakkan daripada memilih fabrik jenis jersi atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Sesuai Dengan Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih busana bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Sebagaimana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh beragam. Oleh itu, pemilihan busana yang sesuai dan tepat turut menentukan kecantikan dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menggunakan satu jenis bunga sahaja iaitu ‘baby breath’ tetap menampakkan hantaran mewah dan eksklusif. Penggunaan bekas berwarna perak menimbulkan kesan keabadian cinta yang tersendiri.
Info:
‘Baby breath’ sering ditanam sebagai tanaman hias dan tumbuh baik sebagai tanaman pekarangan. Ia juga berharga sebagai bunga yang dapat menyerikan jambangan bunga besar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!