Siapa yang tidak inginkan hubungan cinta itu berkekalan sehingga ke jinjang pelamin? Sebut sahaja pasal kahwin, pasti ramai yang masih bujang mengimpikannya. Namun, perlu diingatkan dalam pada kita nak berkahwin tu kita kena fikir masak-masak adakah kita sudah bersedia?

Sedia untuk jalankan tanggungjawab sepenuhnya? kerana berkahwin ini bukan benda yang mudah. Anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kahwin ni bukan macam ‘couple’ dulu-dulu dah. Kerana dialah insan yang anda pilih untuk sehidup semati.

Bagi lelaki, tanggungjawab amat berat kerana anda adalah ketua keluarga. Anda yang akan membentuk bagaimana keluarga anda nanti. Jadi, ianya bukan perkara yang mudah. Oleh itu, untuk menjadi ketua keluarga yang bagus, haruslah mengubah tabiat-tabiat lama anda. Apa dia? lihat dibawah ini.

Untuk Lelaki, Kalau Ada Niat Nak Kahwin, Tolong ‘Buang’ Tabiat Lama Anda

Solat

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu. Tapi, kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga itu takkan dapat bertahan lama, sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.

Kerja

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, kemudian menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut cita rasa anda sendiri, tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.

Perangai bujang

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan. Contohnya, merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya. Maka, kita perlu ubah semua ini, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, kleuar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam, didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.

Untuk Lelaki, Kalau Ada Niat Nak Kahwin, Tolong ‘Buang’ Tabiat Lama Anda

Belajar mengemas

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri shaja. kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, bila dah selalu buat tu percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebyk 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja rumah.

Ads

Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan

Sekarang, sebelum kahwin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”. Tapi, bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi. Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t.

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga.

 

 

Ads

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Peguam Syarie Khidmat Masyarakat

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI