Ramai rasanya lelaki akan gugup bila mahu berjumpa dengan bakal mentua, mungkin anda juga pernah mengalaminya. Rasa gugup disebabkan kerana risau sama ada mentua suka atau tidak pada dirinya.
Jika kelakuan anda baik dan niat yang ikhlas mahu memperisterikan kekasih anda, mesti bakal mentua akan menerimanya. Namun, bagi lelaki sebelum berjumpa dengan bakal mentua anda, ikut beberapa tips berguna ini untuk hilangkan rasa gugup dalam diri.
1. Pakai pakaian kemas
Mahu berjumpa dengan bakal mentua, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan juga sopan. Jangan melawat rumah mentua dengan hanya memakai seluar pendek. Selebihnya, biarlah bakal mentua menjemput anda masuk ke rumah. Anda boleh memakai pakaian yang sesuai seperti baju kemeja atau t-shirt berkolar dan padankan dengan seluar panjang atau jeans.
2. Ketahui minat dan hobi bakal bapa mentua
Ini adalah satu perkara anda perlu ketahui dari bakal isteri anda. Mungkin bakal mentua meminati sukan seperti bola sepak atau badminton, cubalah membuka topik ini untuk memudahkan mencipta perbualan.
3. Datang secara rasmi. Jadi seperti hero
Beritahulah pasangan anda, anda akan datang. Minta pendapatnya mengenai tarikh terbaik. Pastikan ketika anda datang, acara itu adalah untuk anda sahaja. Bukannya kebetulan dengan majlis perkahwinan abangnya, kenduri, rumah terbuka hari raya, hari jadi adiknya dan lain-lain.
4. Mulakan perbualan
Jangan tengok TV sangat. Jadikan TV bahan berbual tidak mengapa. Soalan yang biasanya saya akan guna sebagai mukadimah adalah, “Pakcik sihat? Pakcik dah lama duduk sini”. etika berbual, jangan tunjuk pandai. Biarkan bakal mertua anda banyak bercerita. Jika dia tidak bercerita banyak, tanya banyak sehingga beliau bercerita banyak.
5. Jadi diri sendiri
Ketahuilah, setiap lelaki pasti bimbang apabila pertama kali bertemu bakal mentua, tetapi jangan pula sampai tidak bercakap atau cuba membuat cerita bukan-bukan tentang latar belakang diri anda untuk memberi impresi yang baik kepadanya. Jujurlah pada diri sendiri kerana kejujuran membawa kepada kebaikan. Tidak perlu jadi hipokrit kerana ianya menjengkelkan.
6. Bersikap matang
Jika anda menjawab soalan yang diberikan oleh bakal mentua, jawablah dengan teliti dan jangan pula berseloroh berjenaka atau bermain-main. Dia masih tidak mengenali diri anda dan bukanlah kawan baiknya. Bersikap matang dan berikan jawapan yang rasional.