Sakitnya bila putus cinta. Walaupun hanya baru kenal dua atau tiga bulan, sakit ditinggalkan kekasih sangat dalam lukanya. Ada orang kata, wanita lebih kecewa bila ditinggalkan kekasih tetapi hakikatnya lelaki pun simpan rasa kecewa tau. Malah, mereka dikatakan lebih susah nak move on!
Jangan bimbang. Anda bukan keseorangan. Ramai lagi lelaki di luar sana yang merasai kekecewaan dan pernah berada dalam keadaan itu. kata orang, been there, done that. Gitu! Apakata anda cuba beberapa cara ini untuk pulihkan semula semangat yang hilang itu.
Dekatkan diri dengan Allah
Allah sentiasa ada bersama kita. Walaupun masa tengah bersenang-lenang dan berbahagia dengan pasangan tu anda lupa padaNya tetapi pintu taubat sentiasa terbuka. Perbanyakkan istighfar dan solat sunat untuk mencari ketenangan. Anda perlu ingat, terlalu sayang pada manusia, harta benda dan pangkat hanyalah sementara. Tetapi kasih sayang pada Allah itu abadi.
Menangis
Siapa kata lelaki tak boleh menangis? Sedih dan tangisan itu adalah luahan emosi seseorang manusia. Jangan terlalu memendam kesedihan kerana rasa malu atau terlalu ego untuk melepaskan perasaan itu kerana ia akan memakan diri.
Beri masa
Jangan tergopoh-gopoh untuk memulakan perhubungan lain atau lari dari amsalah. Beri masa untuk diri anda bertenang dahulu sebelum memulakan perhubungan yang baru. Sayangilah diri anda yang sedang sakit itu.
Jangan toleh ke belakang
Bila dah bercinta, mesti banyak barang-barang kenangan yang disimpan. Lelaki tak macam perempuan, simpan benda yang sekecil-kecilnya seperti tiket wayang. Mungkin hadiah pemberian dari bekas kekasih boleh di serahkan semula kepada tuan empunya badan atau dibuang. Seandainya boleh digunakan, berikan kepada orang yang lebih memerlukan.
Networking
Carilah lebih ramai kawan. Jangan terus buat jadi kekasih. Pantau dahulu perkenalan anda. kenal sebanyak mana kawan tanpa memberikan harapan untuk hubungan yang serius melainkan anda benar-benar sudah bersedia.
Hobi
Masing-masing ada hobi sendiri. Mungkin ketika dalam perhubungan, hobi anda terpaksa disekat kerana minat bekas kekasih tidak sama dengan minat anda.
Bercuti
Waktu sekarang ini kita tak boleh nak merentas negeri untuk bercuti. Tetapi boleh juga kita menginap di mana-mana hotel atau beli dahulu tiket untuk ke taman rekriasi dan taman tema. Macam KAT SINI. Anda mesti takkan rugi!