Selalu kalau orang nak move on akibat perangai ex atau bekas kekasih, semua akan ikut cara yang biasa orang kongsi. Tapi berlainan dengan lelaki ini. Cara dia mungkin orang tak boleh hadam tapi lebih buat orang rasa geram. Dia kongsi resepi nak move on tapi lawak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Kekal Rasa Cinta Pada Pasangan Hingga Akhir Hayat, Wajib Ikut 9 Rahsia Ini
Setiap pasangan mengidamkan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Oleh sebab itulah, toleransi dan saling memahami perlu ada dalam diri setiap pasangan agar rasa cinta itu sentiasa ada. Pasangan perlu belajar dan fahami diri pasangan terlebih dahulu dalam memastikan hubungan sentiasa terjaga.
Namun, pergaduhan sering terjadi dalam hubungan. Mungkin ia dianggap biasa tetapi jika ia terus dibiarkan, ia boleh merosakkan rumah tangga sekali gus menyebabkan penceraian.
Jom Pesona Pengantin kongsikan tip untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan hingga ke akhir hayat. Resipinya cukup mudah seperti berikut!
1. JADI PENDENGAR SETIA
Setiap kali sebelum tidur, apabila pasangan bercerita kisah di tempat kerja, cubalah dengar walaupun anda tidak faham apa yang cuba suami ceritakan. cuba selami isi hatinya dan cuba fahami apa yang dia ceritakan. Mungkin itu boleh meredakan masalahnya.
2. KOMUNIKASI
Apabila bercakap, jagalah pertuturan anda. Adakalanya pertuturan anda biasa sahaja namun nada suara tinggi perlu dielakkan. Jaga percakapan dan jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
3. BERKONGSI PENGALAMAN
Ia bermaksud dengan menjadikan sebahagian perjalanan hidup pasangan sebagai pengalaman anda juga. Misalnya, mengenali rakan-rakan pasangan anda. Sesekali anda boleh melepak bersama rakan suami atau isteri sambil minum kopi. Hal ini dapat membantu anda untuk mengenali pasangan dengan lebih baik.
4. MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN
Anda perlu faham apa yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan. Jika anda tidak suka sekalipun, usah menghalang dia melakukan hobi itu. Cuba faham minatnya dan dia pasti cuba fahami minat anda.
5. JAGA HUBUNGAN INTIM
Bukan hanya untuk pasangan muda, pasangan berusia 40-an ke atas juga perlu mengambil barat akan hal ini. hubungan ini penting, kerana ia dapat meningkat ketenangan dan menaikkan perasaan cinta kepada pasangan masing-masing. Apa yang penting ialah, anda perlu terus semai rasa cinta untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga hingga akhir hayat.
6. MEMBERI HADIAH
Ada pasangan yang tidak kisah mendapat hadiah atau tidak. Namun jika anda mendapat pasangan yang sudah biasa diberi hadiah tatkala tiba tarikh bermakna seperti itu, maka anda haruslah ambil berat perkara ini. Rasulullah SAW juga menyatakan memberi hadiah kepada orang lain dapat menambah kasih sayang.
7. LAYANAN MESRA
Jangan serabutkan kepala pasangan anda dengan rumah bersepah, pinggan tidak dicuci atau rumput panjang di halaman. Suami perlulah memberi kejutan dengan membantu isteri dalam menguruskan hal rumah. Luangkan masa hujung minggu mengemas rumah bersama-sama.
8. SERING MEMUJI
Tidak semestinya diluahkan, cukup dengan hanya ciuman atau bahasa tubuh anda. Cuba tunjukkan tanda ‘bagus’ ketika isteri memakai pakaian baharu. Elakkan mengutuk tetapi lebihkan memuji isteri anda.
9. JAGA PENAMPILAN
Kepada suami isteri, jaga penampilan tidak hanya ketika mahu keluar rumah kerana di rumah juga sama. In penting supaya pasangan anda tidak jemu memandang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kedua Orang Tuamu Adalah Dua Pintu Menuju Syurga, Jangan Sia-Siakan Pintu Itu
Seorang Tabi’in yang mulia Iyas bin Mu’awiyah menangis penuh keharuan ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya,
Maka dikatakan pada beliau: “Mengapa anda menangis sedemikian rupa?”
Maka beliau menjawab: “Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati. Akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga,
Maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, Aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku dapat menjaga pintu yang kedua…”
Kedua orang tua adalah dua pintu menuju syurga, yang kita dapat menikmati bau harumnya setiap pagi dan petang, Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الوالد أوسط أبواب الجنة فأضع ذلك الباب أو احففظه
“Orang tua (ibu bapa) adalah pintu syurga yang paling tengah, maka jangan sia-siakanlah pintu itu atau jagalah ia.” (HR. Tirmidzi).
Ya, pintu syurga yang paling tengah, yang paling indah, yang paling elok. Maka masihkah engkau sia-siakan pintu itu?
Bahkan engkau haramkan dirimu untuk memasukinya? Dengan mengangkat suaramu di hadapannya? Dengan membentaknya di kala tulang-tulangnya semakin lemah kerana di makan usia?
Sementara tubuhmu yang berotot mekar, dahulu telah di basuh kotoranmu dengan tangannya yang kini tak bertenaga?
Duhai sungguh ruginya…
Betapa ruginya!
Jika kau berani derhaka !
Rasulullah Shallahu ‘ alaihi wa Sallam bersabda : “Celaka,celaka,celaka!” Dikatakan pada baginda, “Siapa wahai Rasulullah?”
Maka baginda bersabda: “Siapa saja yang mendapati kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia,
Akan tetapi (keadaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga.” (HR. Muslim)
اللهم ارزقنا البر بوالدينا و اجمعنا بهم في جنات النعيم
Ya Allah, berilah kami rezeki untuk berbakti kepada kedua orang tua kami, dan kumpulkanlah kami bersama mereka di syurgaMu. Amin.
Kredit : Akhbarkini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Jimatkan Kos Kahwin, Ikut Bajet Paling Penting, Jangan Sampai ‘Terlajak’ Belanja
Bajet kahwin adalah suatu perkara yang perlu dititkberatkan agar majlis berjalan seperti yang dirancang. Namun, kos yang dikeluarkan haruslah mengikut kemampuan dan tidak terlalu membazir.
Maklumlah harga barang pada zaman sekarang ini kan agak mahal. Oleh itu, perbelanjaan untuk melangsungkan perkahwinan perlulah dikawal dan dibuat dengan teliti.
Jom ikuti 7 tip berguna yang cukup mudah ini agar anda dapat berjimat selain memastikan bajet yang dikeluarkan lebih terkawal.
1. TETAPKAN JUMLAH TETAMU
Tetapkan jumlah tetamu yang hadir supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Dengan ini, anda dapat mengira bajet untuk kos perbelanjaan makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. BUAT SECARA GOTONG-ROYONG
Gotong-royong dapat menjimatkan kos kerana anda hanya mengeluarkan wang untuk membeli bahan mentah. Selain itu, acara gotong-royong juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran anda. Sekiranya anda memilih katering, pastikan anda membuat survey bagi mendapatkan katering dengan harga yang paling berpatutan.
3. ELAK TEMPAH BAJU KAHWIN
Elakkan daripada menempah baju kahwin yang baharu kerana khidmat menyewa adalah jauh lebih murah. Lebih baik sekiranya anda menyewa sahaja baju kahwin yang termasuk dalam keseluruhan pakej seperti pelamin, hiasan meja makan, blik tidur dan lain-lain lagi.
4. ADAKAN AKAD NIKAH & RESEPSI HARI YANG SAMA
Untuk menjimatkan kos, sebaiknya majlis akad nikah dan resepsi diadakan pada hari yang sama. Contohnya, akad nikah diadakan pada sebelah pagi manakala resepsi pula diadakan pada waktu tengah hari ataupun malam. Dengan ini kos perbelanjaan dapat dikurangkan dan menjimatkan.
5. ELAK KAD PERKAHWINAN MAHAL
Jangan menempah kad perkahwinan yang terlalu mahal. Cukup sekadar sedap mata memandang dan berpatutan untuk dijadikan pilihan. Selain itu, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak perempuan dan lelaki dalam kad yang sama. Cara ini boleh menjimatkan kos dan amat praktikal.
6. PILIH BARANG HANTARAN BOLEH PAKAI
Elakkan daripada berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Cukup sekadar 5 berbalas 7. Selain itu, jangan memilih barangan yang terlalu mahal untuk dijadikan hantaran. Sebaiknya pilihlah barangan yang akan digunakan kelak.
7. PASTIKAN ADA SENARAI SEMAK
Senarai semak merupakan perkara yang paling penting bagi memastikan kos dan bajet anda berada dalam keadaan terkawal. Malalui senarai semak ini, anda boleh mengetahui jumlah yang dibelanjakan selain membantu bajet perkahwinan anda sama ada ia terlebih ataupun terkurang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI