Lelaki Rendah Lebih ‘Gentlemen’? Ini 5 Kelebihan Lelaki Rendah Anda Perlu Tahu

Share

Wanita zaman kini pasti mendambakan lelaki yang tinggi sebagai pujaan hati mereka. Bagaimana pula dengan lelaki yang rendah? Jangan tak tahu sebenarnya lelaki rendah dari perempuan ini banyak kelebihannya.

Selain dikatakan sebagai lelaki rendah daripada isteri ini dimurahkan rezeki, ada juga yang berpendapat mereka ini lebih romantik daripada lelaki tinggi. Betul ke? Bagi anda yang masih belum ada pasangan ini sebab kenapa lelaki rendah sesuai dijadikan pasangan hidup.

1. Lebih menghormati wanita

Mereka ini kebiasaannya menghormati wanita dari segi kerjaya, kebijaksanaan, dan bakat yang ada. Mereka tidak mendominasikan perhubungan.

2. Seorang yang terus terang

Lelaki sebegini biasanya sikapnya lebih tegas. Sudah pasti dia tidak mahu kelihatan lebih kurang berkeyakinan daripada pasangannya. Jadi, dia perlu menonjolkan kelebihan yang dia ada.

3. Rajin

Lelaki rendah biasanya rajin bekerja dan ligat baik di mana saja. Dia tidak akan menyusahkan pasangannya. Dia akan memastikan dirinya kelihatan lebih berjaya daripada pasangannya.

4. Berkeyakinan

Lelaki sebegini lebih hebat kerana berjaya ‘menundukkan’ seorang wanita yang telah bergelar isterinya. Mereka lebih berkeyakinan apabila ingin mencapai sesuatu benda.

5. Ada kredibiliti tersendiri

Lelaki lebih rendah daripada pasangannya ini karakternya seorang yang mudah mengawal perasaan marahnya. Mereka tak mudah melenting, sebaliknya lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan kesukaran pasangan mereka.

Published by
NanyRahman