Lelaki ! Sebelum Bernikah Pastikan Semua Benda Ini Berada Dalam ‘List’ Anda

Share

Persiapan perkahwinan bukan sahaja wajib dilakukan oleh pengantin perempuan, tetapi pengantin lelaki juga tidak terkecuali. Tips yang perlu anda ambil tahu bagi menghadapi saat indah bergelar suami kepada sang ratu yang bertakhta di hati.

Mungkin tips-tips yang kami ingin kongsikan dengan anda sesuatu yang biasa sahaja. Tetapi masih ada yang memandang rendah pada tips ini. Jadi apakah yang perlu bagi bakal pengantin lelaki di luar sana perlu ambil berat dalam persediaan menjelang saat diijabkabul?

1) Sediakan sapu tangan

Bukan apa, bila hati dah berdebar, sudah semestinya peluh membasahi diri. Lupakan kipas dan aircond, kerana semestinya anda akan berpeluh. Ditambah cahaya lampu pelamin lagi. Jadi, sediakanlah sapu tangan untuk lap peluh jantan anda itu. Atau anda juga boleh ingatkan pengapit anda bawakan tisu ke, mana lah tahu kalau sapu tangan anda tadi sudah basah habis.

2) Bawa bersama pen

Jangan lupa untuk bawa bersama pen. Pen itu pula bawa yang cantik cantik sikit. Jangan pula anda bawa pen yang dakwat nya hidup segan mati tak mahu. Tunjukkan anda sudah bersedia. Nanti kalau photographer ambil gambar anda, lihat lah juga pen yang cantik.

3) Duit upah jurunikah dan saksi

Ini antara persediaan yang penting yang perlu anda ambil tahu. Pastikan duitnya sudah anda terlebih dahulu letak di dalam sampul. Adab kita, supaya nampak lebih sopan dan beradap. Jangan pula anda tak bagi pak imam duit atau masa itu baru lah anda mencari untuk pinjam duit dengan orang!

4) Pakai stoking

Kenapa perlu pakai stoking? Ini untung nampak anda lebih berketrampilan, kemas dan elegan. Tips memilih stoking adalah warna dan corak. Jangan pula anda pilih untuk pakai stoking warnanya terang benderang. Sampai lima batu pun dah nampak. Pilih warna yang selamat seperti hitam, coklat, atau kelabu. Kalau nak lagi selamat, beli sahaja yang baru.

5) Kasut yang bersih

Bersanding, duduk berdua di atas pelamin tersergam nan indah. Tapi hilang indahnya jika anda memakai kasut yang alahai seperti baru lepas main bola dalam hujan. Pastikan kasut anda cantik, kemas, bersih, berkilat. Barulah indah anda dan pasangan di atas pelamin.

6) Pakaian dalam (singlet)

Jika baju yang dipakai anda tidak kira lah untuk sanding ke, akad nikah ke, warnanya adalah putih, pastikan anda memakai singlet. Bukan apa, kalau anda peluh, boleh lah singlet serap peluh anda. Tanpa singlet, habis basah lecun pula baju melayu tu nanti. Ini adalah hari bahagia anda, dan anda adalah raja sehari. Kesempurnaan akan terjadi dengan kepekaan dari anda.

Published by
NanyRahman