Lain orang, lain cara nak cari calon suami. Untuk seorang influencer bernama Nurin Afiqah, dia tertarik pada suaminya Fairuz kerana Nurin merasakan bahawa lelaki yang suka mengembara adalah lelaki yang mempunyai misi. Wow!
Pejam celik dah setahun lebih Nurin Afiqah dan Suami, Fairuz berkahwin. Mereka pun baharu sahaja selesai dengan majlis resepsi. Pernikahan mereka yang sudah tujuh kali bertangguh selesai dilangsungkan sehari sebelum tarikh PKP kedua berjalan dengan sangat sempurna walaupun persiapannya dalam masa yang singkat.
Influencer yang mula dikenali kerana video tariannya tular juga merupakan seorang pelakon dan penari ini begitu anggun dalam persalinan busana rekaan Fuzana Mokhtaza di hari pernikahannya.
“Ketika kami dapat tahu tarikh PKP tu, terus kami plan untuk jalankan juga majlis pernikahan. Ketika tu memang reda je kalau-kalau ramai yang tidak dapat hadir. Namun, sangat mengejutkan bila yang hadir lebih dari jangkaan kami. Syukur sangat!
Persiapan kami pun tidaklah kelam-kabut kerana saya dah tahu apa yang perlu dilakukan. Ketika itu makeup artist pun tak boleh buat job, sebab itu saya boleh dapatkan Yna Sakinah sebagai jurusolek.
Nak buat majlis kahwin ni, kita tak boleh ada ramai orang yang buat keputusan. Orang kata, bila banyak ‘kepala’, banyaklah halnya nanti. Jadi semuanya berjalan dengan sangat lancar.” kata Nurin.
Kenapa Fairuz?
Ha, Pesona Pengantin gali juga kenapa Fairuz jadi pilihan Nurin. Ini jawabnya…
“Saya kenal Fairuz melalui seorang kawan. Kami pun berkomunikasi menerusi Instagram. Bila tengok di Instagram, Fairuz kongsi gambar-gambar dia travel. Itu yang membuatkan saya tertarik pada awalnya.
Dia juga seorang lelaki yang belajar di luar negara kerana Nurin sendiri tidak berpeluang untuk belajar di luar negara. Jadi, bila dapat tahu macam tu, terus Nurin setuju!”katanya.
Walaupun kedua-duanya skeptikal tentang menjalin hubungan menerusi media sosial, namun dengan perwatakan positif yang dibawa, mereka berdua ada chemistry.
Walau apapun, segalanya sudah selesai. Ada banyak lagi kisah Nurin dan Fairuz yang Pesona Pengantin nak kongsikan. Tunggu ya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI