Dalam keadaan cuaca panas terik, kita biasanya berasa dan keinginan sering terarah kepada minuman berais. Situasi sama turut berlaku kepada kulit apabila organ terbesar pada tubuh ini mudah menjadi kering disebabkan kehilangan air dan lembapan yang banyak.

Untuk kulit muka pula, disebabkan ia sering terdedah kepada cahaya matahari menjadikan pengeringan ketara kesannya. Ini dapat dilihat apabila kulit menggelupas, mula berkedut dan lebih merisaukan adalah jeragat yang sukar dihilangkan.

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghalang kekeringan kulit iaitu minum banyak air sekitar dua liter sehari (lebih banyak lebih baik) bagi menambah cecair yang keluar menerusi proses perkumuhan dan perpeluhan.

Selain itu, kulit perlu dibelai menggunakan pupur yang dihasilkan menggunakan bahan alami seperti timun, lemon dan oat bagi menghalang proses penuaan serta menjadikan kulit segar dan sihat.

Bagi Fyza Mohd Shah, dia hanya menggunakan tiga bahan yang mudah diperoleh dari dapur iaitu bijirin oat, timun dan lemon bagi melembapkan kulit. Sejak mengamalkannya, kulit menjadi lebih mulus dan segar. Antara kebaikan ketiga-tiga bahan ini adalah:

1. OAT

Kandungan ‘saponin’ dalam oat membantu menyingkirkan kotoran yang ada dalam liang pori. Bahan ini juga bersifat antiradang dan menyembuh. Lemaknya pula sangat berguna untuk melembapkan kulit manakala vitamin A dalam oat boleh mencerahkan tompokan hitam pada wajah serta memudarkan parut jerawat. Juga berkesan untuk mencerahkan kulit akibat kesan tompokan cahaya matahari.

IKLAN

Lembapkan Kulit Untuk Lambat Tua

2. TIMUN

Timun kaya vitamin C dan asid kafeik yang berfungsi melegakan kulit terutama mereka yang mengalami radang atau luka kecil. Bagi yang mempunyai banyak jerawat aktif, timun sangat sesuai disapu kerana ia dapat mengurangkan bengkak dan kemerah-merahan.

Selain itu, timun juga bersifat menyegar dan menyejukkan, ia juga mampu membantu mengurang lingkaran hitam bawah mata dan meredakan tompok hitam pada kantung mata. Kandungan air dalam timun juga sangat tinggi, justeru sayuran ini dapat menambah kandungan air pada kulit menjadikan kulit jadi segar, anjal dan lebih sihat.

IKLAN

Lembapkan Kulit Untuk Lambat Tua

3. LEMON

Lemon kaya vitamin C dan berfungsi mencerahkan kulit serta mengecilkan liang pori.

BAHAN-BAHAN HASIL PUPUR KULIT

IKLAN

– 1 batang timun dibuang kulitnya

– 1/2 biji lemon

– 3 hingga 4 sudu oat

Semua bahan ini dicampurkan dan dikisar menjadi pes. Sapukan pada kulit muka selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Boleh diamalkan dua atau tiga kali seminggu untuk kesan optimum.

 

SUMBER : Metro

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI