Air Sebagai Medium Penyembuhan
Islam mengiktiraf bahawa air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang mathur dari hadis merupakan sebahagian dari kaedah rawatan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri menggunakan air yang didoakan sebagai ikhtiar untuk penyembuhan. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud dalam kitab Sunan Ibnu Majah:
“Ketika Rasulullah sedang sujud dalam solatnya, jari beliau disengat kala jengking. Setelah selesai solat, baginda bersabda: “Semoga Allah melaknat kala jengking yang menganggu nabi atau selainnya.’ Lalu baginda mengambil bekas yang berisi air dan garam. Kemudian beliau meletakkan bahagian tangan yang tersengat kala jengking dalam larutan air dan garam (merendamnya), seraya membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, sampai beliau merasa tenang.”
Diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Nabi SAW pernah memerintahkan agar ditulis beberapa potongan ayat dari Al-Quran pada bekas minuman yang bersih lalu diberi minum dan mandi kepada wanita yang sukar untuk bersalin. Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Sahal bin Hanif r.a. yang terkena penyakit pandangan mata (‘ain). Apabila diadukan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW memerintahkan agar sahabat tersebut dimandikan dengan air yang ditadah dari wudu orang yang mengenakan ‘ain itu.
MENJAMPI AIR MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN
Menjampi air menggunakan ayat al-Quran adalah digalakkan. Antara amalan orang-orang alim terdahulu ialah membacakan surah Yasin pada air pada setiap malam Jumaat. Ini kerana Al-Quran mengandungi keberkatan, dan keberkatannya ini meliputi apa sahaja yang berada di sekelilingnya sama ada daripada air atau lain-lain. Maka air tersebut menjadi berkat dengan keberkatan al-Quran, dan dengan keberkatan ini mudah-mudahan ia menjadi penyembuhan dengan izin Allah Yang Maha Esa. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 82:
”Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran,ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.”
Cara-cara membuat air penawar.
1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya.
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.
Surah-surah yang dibaca.
Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
Baca Al-Fatihah – 10x.
Baca Ayatul Kursi – 1x.
Baca Surah Al-Ikhlas – 3x.
Baca Surah Al-Falak – 1x.
Baca Surah An Naas – 1x.
Baca Surah Yunus – 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
Zikir "Ya-Naafi" – 100x.
Penutup – Salawat Nabi 10x.
Maksudnya:
Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.
Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Sila tinggalkan komen anda. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca.