Lepas Berpisah, Nafkah Anak Tanggungjawab Suami. Bukan Main ‘HALAL’ Semua Benda.

Share

Terlalu banyak kes bekas suami mengabaikan nafkah anak. Alasannya, kewangan tak stabil lepas berkahwin baru dan paling sedih bila bekas suami gunakan alasan ‘lupa’. Apa hak bekas isteri untuk tuntut hak anak? Ini yang anda patut tahu. 

 

Melalui perkongsian Norashikin Mohd Rusli, perkiraan nafkah untuk anak-anak perlu dibuat dengan penuh perincian. Setiap perbelanjaan anak-anak diambil kira secara keseluruhan.

 

Ikutkan zaman sekarang, perbelanjaan untuk persekolahan pun boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Belum termasuk sambutan keraian di sekolah yang memerlukan ibu bapa membekalkan makanan dan persiapan dari segi pakaian bertema. Itu semua termasuk dalam perbelanjaan.

 

 NAFKAH 

Ayah berkira nafkah anak? 

Buat tuntutan nafkah anak di mahkamah syariah segera. 

Nafkah anak ni termasuk makan minum, tempat tinggal, persekolahan dan pakaian anak sebab itu sememangnya keperluan anak. 

Anak 3 orang? Buat kiraan keperluan setiap anak tersebut. 

Masukkan perincian untuk keperluan setiap bulan.  

Barang basah,  

Belanja sekolah,  

Van sekolah,  

Kelengkapan peribadi,  

Tuisyen,  

Tempat tinggal,  

Dan lain-lain ikut pada keperluan anak. Kalau anak kecil masukkan susu dan Pampers. 

Setiap anak mungkin tidak sama keperluannya, yang sorang sekolah menengah, sorang sekolah rendah, sorang baby. Setiap seorang tak sama, jadi masukkan perincian tersebut supaya detail. Asingkan setiap anak. 3 orang anak, jadi 3 perincian. 

Tempat tinggal pula bagaimana nak kira sebab ibu duduk sekali. Ok begini kiraannya. 

Jika rumah tersebut sewa rm600 sebulan bahagikan ikut kepala. Anak 3 orang dan ibu 1 orang. Jumlah 4 orang. 

Rm600 ÷ 4 orang = rm150/kepala. Mudah kan kiraan? Tu belum lagi bil utiliti. 

3 orang anak yang bersekolah bagi sebulan rm300 langsung tak munasabah. Ayah tak mampu? Ayah sihat tubuh badan bukan sakit terlantar yang tak mampu bekerja lebih kuat. 

Nasihat saya untuk ibu pada situasi begini, buat tuntutan nafkah anak segera di mahkamah syariah!!!!!! 

Kerana apa? Dapatkan perintah mahkamah segera supaya boleh tuntut sebagai hutang kemudian hari. Sebelumnya ada perintah, jika ayah tak beri nafkah anak tidak boleh claim sebagai hutang ya. Please take noted para ibu. 

P/s :: bekerja lah lebih kuat untuk anak2 yang sedang membesar. Kelak anak2 akan lebih menghargai pengorbanan ayah. 

Sekian. 

Edit : masukkan juga dalam tuntutan, nafkah tahunan. Persekolahan dan perayaan Aidilfitri. Ikut pada keperluan persiapan untuk anak2. 

 

Kredit : Norashikin Mohd Rusli 

Group : Tuntutan Nafkah Anak 

 

Published by
Anis Nor