Seorang anak perempuan juga mempunyai tanggungjawab yang besar selepas mereka bernikah. Bukan hanya menurut suami sahaja. Janganlah terus dilupakan ibu bapa bila sudah mendirikan rumah tangga.
Ingat jika anda masih mempunyai ibu bapa maka mereka masih dalam tanggungjawab anda. Berikan apa yang anda mampu untuk membahagia mereka. Barulah rezeki masuk dan berkat!
Walaupun sudah berkahwin, anda tetap perlu menghormati ibu bapa anda.
Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk memberi keselesaan kepada ibu bapa. Jadi, hulurkanlah sedikit bantuan jika mereka memerlukan.
Jaga nama baik dan maruah keluarga agar nama baik mereka terpelihara.
Berkahwin tidak bermakna anda lupakan mereka. Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa anda.
Elak tinggikan suara pada mereka. Jaga adab ketika bercakap dengan mereka. Gunakan nada yang baik.
Jangan sesekali susahkan orang tua anda. Ringankan beban mereka dengan membantu apa yang patut.
Teruskan memberi layanan yang mesra dan istimewa kepada mereka.
Mereka tetap manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Jangan cepat menghukum!
Jangan lupa sentiasa doa kesejahteraan mereka setiap kali selepas solat.