Selepas berkahwin mesti pasangan ada pasang niat untuk terus mendapatkan cahaya mata kerana cahaya mata itulah pelengkap sesebuah keluarga. Pasti suami andalah orang pertama yang paling teruja bila dapat tahu anda mengandung bukan?
Tetapi, ada juga pasangan yang masih belum sedia menimang cahaya mata. Bagi anda yang benar-benar bersedia untuk hamil, ini adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu.
1. Ambil langkah awal pra-konsepsi
Untuk menjamin kehamilan yang sihat, berjumpa lah dengan doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda. Ambil vitamin pranatal yang mengandungi folat untuk mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub saraf.
2. Melakukan hubungan intim pada waktu yang tepat
Pentingnya untuk mengetahui kitaran haid anda. Kebanyakkan pasangan tidak berpeluang untuk hamil meskipun kerap melakukan hubungan intim. Waktu paling sesuai adalah kira-kira tiga hari proses ovulasi sedang berlaku. Antara petanda yang perlu anda ambil tahu adalah perubahan mukus pada serviks anda.
3. Mengamalkan gaya hidup sihat
Makan makanan yang bernutrisi tinggi, mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dengan kerap dan buang tabiat tidak sihat seperti merokok. Hadkan juga pengambilan kafein kepada hanya 200 mg sehari. Kopi yang diambil secara berlebihan boleh membawa kepada masalah kesuburan.
4. Berhenti ambil kontraseptif seawal mungkin
Kebanyakkan ibu bapa lupa untuk berhenti mengambil kontraseptif atau pil perancang keluarga sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari ovulasi berlaku. Pengambilan pil perancang boleh memberi kesan sampingan kepada kesuburan.
5. Amalkan pengambilan asid folik dalam diet harian
Asid folik sebagai langkah perlindungan untuk kesihatan bayi dan juga membantu pembentukkan sel-sel darah merah. Dos yang diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf hanyalah 400 mg atau 0.4 mg sehari, tidak melebihi 5 mg sehari. Jika hamil terus ambil asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan pertama kehamilan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI