Tak cuba tak tahu tapi bila cuba dan tak diterima, malu. Beria-ia kita ingat dia melayan dan berkongsi cerita tu sebenarnya dia suka kat kita, padahal kita tak tahu yang dia sebenarnya senang berkawan je dengan kita.
Lelaki bernama Amir Syahir berkongsi bagaimana perempuan nak tahu yang lelaki itu benar-benar sayang dan suka pada kita.
Jangan Bertepuk Sebelah Tangan
************************************
“Saya risau nak confess dekat dia. Saya risau kena reject.”
“Saya suka kat dia. Tapi takut dia tak suka dengan aku”
***
Apabila si gadis meluahkan rasa cinta, sayang pada lelaki yang dia suka dan jika lelaki tu memberi respon yang positif dan mempunyai perasaan yang sama, boleh teruskan usaha hingga ke jinjang pelamin.
Tetapi kalau lelaki tu memberi respon yang sebaliknya, apa kau nak buat? Si dia suruh tunggu dulu. Sampai bila? Suruh berdoa? Tapi si dia ada perasaan ke pada kau?
Bila hati dah terpaut, usahakan. Jangan biarkan terlepas ke tangan orang lain. Berkenalan dan bertaaruf dahulu. Pamerkan kasih sayang.
Kau takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Sebabnya, Allah lebih mengetahui. Berdoa dan mohonlah petunjuk daripada Allah. Semoga dia memberi yang terbaik. Apabila kau terima dia, yakinlah dengan pilihan yang telah dibuat. Malah, definisi terbaik itu juga perlu jelas.
Berkenaan proses taaruf, salah satu cara untuk tahu pilihan itu diyakini dan terbaik untuk kau ialah apababila dia dapat terima segala kekurangan kau dan juga sebaliknya kau kepada dia.
.
Kadang-kadang kau rasa macam dia suka kat kau. Tapi dia sebenarnya senang berkawan saja dengan kau. Dia hanya anggap kau sebagai kawan. Tapi kau dah jatuh hati. Kau nak tunggu dia. Kau jangan cepat perasan. Takut kau yang kecewa.
Jadi, macam mana nak tahu lelaki tu suka dan sayang ke kau? Antaranya :
1. Mengingati Latar Belakang Dan Hal Peribadi
Lelaki tu mula berusaha untuk mengingati hal peribadi kau seperti nama penuh, tarikh lahir, asal, tempat tinggal, adik beradik berapa orang, nama mak ayah. Berkemungkinan besar lelaki itu suka ke kau.
2. Selesa Berkongsi Cerita
Lelaki tu akan mula bercerita tentang hal peribadi dia, tentang keluarga dia. Dia selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Dia juga selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada dalam situasi yang sukar.
3. Mengambil Berat
Dia mula mengambil berat tentang kau. Selalu tanya sihat ke tidak, dah makan ke belum, macam mana kehidupan seharian, ada masalah ke tidak, apa yang kau suka dan apa yang kau tidak suka. Pertanyaan-pertanyaan itu tak semestinya ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka.
Mungkin dia akan cari melalui laman sosial kau atau bertanya kepada kawan-kawan baik kau.
4. Menjadi Yang Terbaik
Contohnya, kau minat mendaki gunung ataupun camping. Dia pun mula nak into ke scene yang kau suka. Dia cuba nak buat benda yang kau suka buat dengan baik dan sempurna. Dia akan cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit.
5. Stalk Laman Sosial
Dia mula add Fesbuk kau, Wechat, Twitter, Insta. Ada gambar kau dia like. Semua post kau dia like dan komen. Dia juga rapat dengan kawan-kawan perempuan kau.
6. Selalu WhatsApp
Sekarang ni WhatsApp antara medium perhubungan yang paling diminati. Jadi, dia selalu WhatsApp kau. Kalau seharian kau tak balas mesej dia akan mula kucar kacir. Kau baca tapi blue tick pun dia mula resah. Mesej pula guna Fesbuk Messenger.
.
7. Bersungguh-sungguh
Kau boleh nampak dia punya kesungguhan tu. Dia nak jadikan kau yang halal untuk dia. Dia berusaha kumpul duit belanja kahwin. Dia berusaha jumpa mak ayah kau.
***
Bila dah jodoh dan ditakdirkan bersama, Allah akan gerakkan dua hati. Bukan hati kau sorang saja. Kalau si dia tak tunjuk respon positif jangan la berharap lagi. Berhenti berharap. Mungkin kau bukan jodoh dia.
Kaum lelaki, kalau dah suka tu teruslah masuk meminang. Tak perlu berkawan lama-lama. Kalau kau suka dengan seseorang perempuan, jangan main-mainkan hati dia. Kalau suka cakap suka, kalau tak suka berterus teranglah.
Ini suruh berdoa la, suruh solat hajat la. Padahal kau langsung tak suka dan sayang dia. Sekadar teman tapi mesra.
Kaum perempuan pula, jangan nak cepat perasan sangat lelaki tu suka kau. Jangan cepat menaruh hati dan perasaan. Nanti kau juga yang merana. Biar jelas semuanya, barulah kau bagi hati kau kat dia. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI