Lesu Bila Berpuasa? Ini Makanan Yang Patut Diamalkan Untuk Tambah Tenaga!

Share

Bila tibanya Ramadan, perut secara tidak langsung dapat direhatkan daripada menikmati makanan. Namun begitu ketika berbuka dan bersahur anda perlulah memilih makanan yang boleh memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan sepanjang menjalankan ibadah puasa.

Beberapa disiplin diet yang boleh anda praktikkan ialah mengambil  8 jenis makanan berikut untuk kekal sihat dan bertenaga.

1. Bijirin

Amalkan makan bijirin yang mengandungi karbohidrat kompleks dan serat tinggi iaitu beras merah dan gandum. Setiap kandungannya mengandungi hanya 38 mg karbohidrat dan sangat baik untuk anda berpuasa di samping berdiet.

2. Kentang

Jika anda rasa kentang menggemukkan, sebenarnya tidak. Kentang merupakan sejenis makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dalam bentuk pati. Selain itu, kentang memiliki kandungan vitamin C, vitamin B6, zat besi dan memiliki serat yang tinggi. Maka ia baik diambil ketika puasa dan juga mereka yang ingin berdiet.

3. Roti gandum

Sepotong roti gandum mengandungi 20 gram karbohidrat. Selain itu roti gandum mengandungi vitamin, mineral dan serat yang baik untuk metabolisme tubuh. Kurangkan pengambilan roti putih yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

4. Oat

Oat mempunyai kandungan karbohidrat kompleksnya mencapai 98%. Selain itu oat juga mengandungi serat, protein, vitamin B dan zat besi yang diperlukan untuk proses metabolisme tubuh badan.

5. Putih telur

Amalkan makan putih telur di mana selain mengandungi protein, putih telur juga memiliki kandungan karbohidrat tinggi, robiflavin dan rendah lemak. Mengambil putih telur akan membuatkan anda tidak mudah merasa lapar.

6. Sayuran hijau

Sayuran hijau kaya dengan karbohidrat, ia juga memiliki kandungan serat tinggi yang sangat baik bagi melancarkan pencernaan.

7. Buah-buahan segar

Pisang: Selain sebagai penghasil vitamin B6 dan vitamin C, ianya juga mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat.

Berry: Terdapat pelbagai buah di dalam keluarga Berry iaitu strawberry, blueberry dan blackberry. Buah berry selain memiliki kandungan karbohidrat kompleks, juga mengandungi antioksidan untuk melindungi tubuh dari radikal bebas.

Tembikai: Buah tembikai memiliki kandungan vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.

8. Buah yang dikeringkan

Buah kering boleh diambil sebagai hidangan pencuci mulut setelah anda selesai berbuka puasa dan sahur. Antara buah-buahan kering yang sangat bagus dimakan ialah kurma, kismis, kiwi dan plum.

Kurma kaya dengan potasium dan beberapa zat galian yang lain. Potasium adalah elektrolit yang akan seimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutamanya sepanjang bulan Ramadhan.

  • Berbuka: 3 biji buah kurma, 1/2 cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau 1/2 cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
  • Makan Malam: 1/2 cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan sebiji buah.
  • Moreh (Makan Lewat Malam): Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.
  • 1 1/2 cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, 1/2 cawan sup sayur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong atau 1 gelas susu rendah lemak
  • 1 cawan bijiran sarapan dengan 1/2 gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong.

Kredit : lovingcarehealthylife via Ezdiet.com.my

 

Published by
Anis Nor