Jerawat berpunya daripada kecederaan yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head) di kulit anda; ataupun akibat pertumbuhan bakteria. Untuk sebab pertama, ia boleh berpunca dari tabiat gaya hidup atau sebab lain. Ini antara cara mudah yang mungkin anda boleh gunakan kalau dah tak sabar nak kecutkan jerawat di wajah, tambahan hari persandingan semakin hampir nanti.
SAPU DENGAN UBAT GIGI
Ada mereka yang sumpah bahawa ubat gigi amat mujarab dan salah satu cara menghilangkan jerawat yang baling berkesan. Cuma sapukan ubat gigi atas jerawat!
Minyak Pati (Essential Oil)
Penggunaan minyak pati atau essential oil seperti Frankincense, peppermint, lavender, lemon, tea tree, grapeseed, Primrose dan lemongrass juga amat popular sebagai cara menghilangkan jerawat. Disebabkan oleh kepekatan essential oil, ia adalah lebih baik digunakan apabila dicairkan dengan air atau dicampur dengan minyak pembawa lain.
Minyak Argan atau Kastor
Selain daripada minyak pati, anda juga boleh menggunakan argan oil atau castor oil pada kulit muka. Biarkan selama sejam kemudian sapu bersih dengan tuala yang direndam air suam.
Garam Epsom
Campurkan satu sudu kecil garam epsom dengan air kemudian rendamkan kapas ke dalam campuran itu. Dab kapas tersebut ke atas kawasan yang berjerawat selama beberapa minit kemudian basuh muka dengan air sejuk.
Cuka Epal Sidar (Apple Cider Vinegar)
Gaulkan cuka epal sidar (Apple cider vinegar) dan air dalam nisbah 1:1 kemudian rendamkan kapas ke dalam campuran tersebut. Dengan lembut sapukan kapas tersebut ke atas kawasan berjerawat selama beberapa minit. Selepas itu basuhkan muka dengan air sejuk.
Pes Baking Soda Dan Air
Buatkan pes dengan satu sudu kecil baking soda dan air. Sapukan pes tersebut ke atas jerawat anda dan biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh muka anda dengan air suam.
Ads
Milk of Magnesia
Anda juga boleh menggunakan milk of magnesia (Magnesium Hydroxide) untuk mengeringkan jerawat anda. Cecair ini boleh dibiarkan selama beberapa jam atau semalaman.
Pil Minyak Ikan
Pil minyak ikan juga dikatakan sebagai salah satu cara penyembuhan jerawat dari dalaman. Mungkin ia kesannya tidak selaju, tetapi ia merupakan cara yang paling berkesan dalam masa jangka panjang.
Minyak Kelapa
Menurut ramai, hanya dengan urut (dalam bulatan) beberapa titis minyak kelapa ke atas kawasan jerawat amat mujarab dalam penghilangannya.
Vaseline atau Vicks Vaporub
Vaseline ataupun Vicks Vaporub juga agak popular sebenarnya sebagai cara menghilangkan jerawat. Cuma sapukannya ke atas jerawat dua kali sehari untuk beberapa jam.
Pes Bawang Putih
Tumiskan beberapa biji bawang putih dengan air sehingga ia menjadi pes. Basuhkan muka selepas 10 minit. Peringatan: Jangan gunakan bawang putih tulen (tanpa campuran air) ke atas jerawat.
Madu Tulen
Madu tulen juga merupakan salah satu ubat mujarab Sapukan madu tulen ke atas muka dan biarkannya selama 30-40 minit sebelum membasuh muka anda.
Ads
Pes Aspirin
Hancurkan beberapa biji aspirin kemudian campurkannya dengan sedikit air sehingga ia menjadi pes. Biarkan pes itu semalaman.
Ais
Letakkan ais yang dibalut dengan kain lembut ke atas jerawat untuk beberapa minit. Ini akan meredakan kesakitan dan mengeringkan jerawat.
Gel Lidah Buaya (AloeVera)
Potong daun lidah buaya (aloe vera) dan keluarkan gel di dalamnya. Ini boleh digunakan secara langsung di kawasan yang terjejas untuk merawat jerawat.
Hidrogen Peroksida (Hydrogen Peroxide)
Rendamkan kapas dalam larutan hidrogen peroksida (3%). Dalam sapuan lembut, gunakan hidrogen peroksida pada jerawat dengan menggunakan kapas. Hidrogen Perokosida boleh didapati di kedai farmasi.
Jus Lemon Segar
Perah jus lemon segar dan celupkan bola kapas di dalamnya. Dengan bola kapas, sapukan jus lemon di kawasan yang terjejas sebelum tidur.
Listerine
Letakkan bola kapas di mulut botol Listerine dan condong botol untuk mendapatkan beberapa titis Listerine pada kapas. Sapukan Listerine di kawasan yang terjejas dan biarkan ia kering. Lepas ia benar-benar kering, bilas dengan air.
Ads
Campuran Madu Dan Kayu Manis
Campurkan madu dan serbuk kayu manis untuk membuat pes. Bersihkan wajah anda dan sapukan pada jerawat. Biarkan ia semalaman. Lihat perbezaan selepas mencuci muka pada keesokan harinya.
Eye Drop
Letakkan dua hingga tiga titis ‘eye drop’ pada Q-tip. Sapukan pada jerawat dengan Q-tip. Biarkan selama 30 minit sebelum membasuhnya. Cara menghilangkan jerawat yang senang dan efektif!
Rubbing Alcohol
Rendam bola kapas dalam ‘rubbing alcohol’ dan peras lebihan. Dab bola kapas pada jerawat dan biarkan alkohol menguap secara semula jadi. Bilas alkohol selepas kira-kira 15 minit. Teknik ini tidak harus dilakukan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitive.
Kunyit
Campurkan kunyit dengan air untuk membuat tampalan halus yang akan meliputi seluruh kawasan yang terjejas untuk menghilangkan jerawat. Sapukan pes ini pada jerawat dan biarkan ia kering. Bilas pes kunyit itu selepas kira-kira 15 minit.
Telur Putih dan Buah Lemon
Pisahkan telur putih dari kuning dan tambah jus lemon. Campurkan dengan baik. Sapukan campuran di seluruh muka dengan berus. Biarkan topeng telur putih itu selama kira-kira 30 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Selepas itu bilas dengan air sejuk.
Minyak Zaitun (Oilve Oil)
Sebelum tidur, bersihkan wajah anda dan suamkan sedikit minyak zaitun. Urutkan minyak di muka anda dengan gerakan bulatan lembut selama beberapa minit. Biarkan minyak pada kulit anda semalaman.
Teh Hijau
Minum dua hingga tiga cawan teh hijau setiap hari sebagai sebuah pencegahan dan cara menghilangkan jerawat untuk selama-lamanya!
5 CARA MENAMBAH REZEKI & KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Berikut adalah beberapa cara menambah rezeki yang dianjurkan dalam al-Quran dan sunnah.
1. MULA DARI SUMBERNYA
Jika kita sentiasa berasa ‘kurang’ walaupun gaji dah banyak, periksa semula sumbernya. Adakah ia termasuk dengan sumber syubhah atau riba? Allah telah menerangkan larangan memakan riba ini kerana ia adalah perbuatan menganiaya hak orang lain. Mungkin itu sebabnya rezeki terasa sempit atau walaupun kuantitinya banyak.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba (dengan berlipat ganda) dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Surah Al-Imran: 130)
Di samping itu, jangan memandang remeh soal zakat sehingga lupa menunaikan tanggungjawab kita terhadap orang yang berhak terhadapnya.
2. MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN SESAMA MANUSIA
Walaupun sibuk bekerja siang dan malam, luangkanlah masa untuk berkasih sayang dengan pasangan dan anak-anak. Gembirakanlah mereka walaupun kita berada dalam keletihan. Jangan sampai tak ada masa menjenguk atau bertanya khabar kepada ayah, ibu, mertua, saudara-mara, dan jiran-tetangga.
Percayalah, tidak rugi kita bersilaturrahim dan menjaga hubungan sesama manusia kerana dalam sebuah hadis telah menyebutkan:
“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
3. BERSEDEKAH
Begitu banyak kelebihan sedekah yang sering kita dengar, sama ada dari sudut Islam mahupun psikologi. Menurut kajian, perbuatan memberi atau menyumbangkan harta, masa, tenaga, dan sebagainya kepada orang lain yang memerlukannya telah terbukti memberi manfaat besar terhadap manusia dari segi kesihatan mahupun emosi.
Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
4. MELAZIMI AL-QURAN
Allah menjanjikan keberkatan dunia dan akhirat kepada setiap orang Islam yang selalu meluangkan waktu membaca dan memahaminya. Ia adalah ayat-ayat dari Allah dan mukjizat yang teragung. Maka, rugilah jika kita tidak berusaha memahami isinya dan membaca ayatNya. Bacalah al-Quran setiap hari dan ajarkannya kepada anak-anak seawal usia.
Seseungguhnya, rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya akan dipenuhi dengan berkat.
Firman Allah:
“Dan (al-Qur’an) ini adalah kitab yang Kami telah turunkan yang mengandungi berkat, mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan…”
(Surah al-An’am: 92)
5. SOLAT DHUHA
Dalam sibuk memfokuskan pada kerja-kerja seharian di pejabat, menjaga anak di rumah, menyediakan makanan tengahari, terdapat satu rahsia dalam membantu anda mencapai keberkatan di dalamnya, iaitu dengan mengerjakan solat dhuha.
Terdapat banyak kelebihan luar biasa bagi solat sunat dhuha yang disebutkan dalam hadis.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu (solat dhuha), nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bosan dengan personaliti diri yang gemuk mendorong Coach Anuar untuk mengubah dirinya tampil dengan personaliti yang lebih menarik, berkeyakinan dan sihat. Akuinya yang pernah mencapai berat 112kg dengan ukur lilit pinggang 42″.
Setelah mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan seimbang, dia akhirnya berjaya membuang berat sehingga 35kg dan mengekalkan berat ideal lebih sembilan tahun. Kini dia lebih bertenaga, cergas dan bersemangat setiap hari. Ikuti perkongsian menariknya.
“Saya pernah melaluinya.. tensen beb, jalan lebih sket letih, peha bergesel, selalu moody je, nak pakai tee cantik tak boleh size dah XXL. masa tu berat saya cecah 112kg. Letih rasa dah cuba itu cuba ini, tapi tak ada yg dpt hasil berkekalan. Rupanya sy waktu tu tak faham, tak ada ILMU. Buat ikut dgr cakap orang jer..
. Selepas ikut Program spt #misikurus21hari ni masa tu di Melawati 10 tahun lalu, tahun 2008 saya belajar ILMU yang betul utk turunkan berat berat berlebihan yg dan KEKALkan berat ideal tu dah lebih 10 tahun! Alhamdulillah.
.
Skang saya nak bantu uolss yg ada cabaran mcm sy dulu. Kali ni kita buat dengan cara & ILMU yg btol!
Siapa kata nak kurus kena tahan berlapar dan menu tak menarik?
Nah tgk macam menu lunch peserta² program #misikurus21hari Coach report dalam group coaching.
Drpd menu yg derang makan, Coach akan bagi rating 1⭐ – 5⭐⭐⭐⭐⭐
Ni cth rating makanan berkhasiat dan seimbang dalam Prog Coaching nanti.
⭐⭐⭐⭐⭐
100% BEBAS MINYAK GORENGAN dan IKUT PORTION plan pemakanan peribadi.
1. Mengandungi sayuran/buah2an warna-warni (satu pertiga-setengah portion pinggan);
2. Lauk Tinggi protein (Banyak Isi) -tiada lemak/kulit ayam
3. Karbohidrat kompleks.
⭐⭐⭐⭐ HAMPIR BEBAS MINYAK GORENGAN, makanan mengandungi sedikit unsur minyak atau makanan tak ikut portion atau menggunakan karbohidrat ringkas
⭐⭐⭐ Makanan tak ikut portion atau salah satu makanan adalah bergoreng/berlemak/tinggi kalori/kuah pekat
⭐⭐ Makanan tak ikut portion atau dua makanan adalah bergoreng/berlemak/tinggi kalori/kuah pekat
⭐ Semua makanan tak ikut portion atau semua makanan adalah bergoreng/berlemak/tinggi kalori/kuah pekat
Antara menu yang disarankan:
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang bergelar isteri pastinya mendambakan kasih sayang seorang suami. Belaian cinta seorang suami dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan buat isteri sekaligus menyerikan lagi rumah tangga. Namun, adakah si suami sedar kadangkala isteri mahukan lebih dari itu? Perkara yang dimaksudkan ialah kejutan seperti hadiah.
Isteri bukan mendambakan hadiah yang mahal dan mewah. Wanita mungkin kelihatan cerewet apabila bercakap tetapi tidak bermakna mereka tidak mengambil berat soal menjaga hati dan perasaan suami. Tidak meminta bukan bererti mereka tidak mengingikannya.
Tambat hati mereka dengan memberikan hadiah paling bermakna buat isteri tersayang. Jom kita lihat 8 hadiah yang boleh mengikat ikatan suami isteri bertambah sayang!
1. HADIAH TANDA KASIH
Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan pegangan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri.
2. HADIAH MENDENGAR
Berikan hadiah ini kepada si isteri yang memerlukan dan hendaklah mendengar apa sahaja yang dikatakan. Jangan mencelah, berangan dan elakkan perancangan untuk membalas.
3. HADIAH KETAWA
Berikan sesuatu yang melucukan seperti kartun atau artikel. Mesejnya mudah “Saya suka ketawa bersama awak”.
4. HADIAH BANTUAN
Tiada salahnya membantu isteri mencuci pinggan mangkuk, membuang sampah atau menjaga anak. Si isteri pasti gembira kerana si suami membantunya.
5. HADIAH BERSENDIRIAN
Ada ketika si isteri mahu bersendirian. Peka dengan keadaan itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian dan menenangkan diri.
6. HADIAH DOA
Selalu mendoakan kesejahteraan isteri dan seluruh keluarga. Beritahu yang mereka sentiasa berada di dalam ingatan.
7. HADIAH KECERIAAN
Cuba sedaya upaya supaya sentiasa ceria apabila bersama isteri. Belajar untuk senyum dan bermuka manis sepanjang masa disisinya.
8. HADIAH SEHELAI NOTA
Nota cinta seperti sayang awak atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka dan mudah dilihat.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!