Letak Ubat Gigi Dan ‘Eye Drop’ Untuk Kecutkan Jerawat Satu Malam

Share

Cara Menghilangkan Jerawat Semalaman

Jerawat berpunya daripada kecederaan yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head) di kulit anda; ataupun akibat pertumbuhan bakteria. Untuk sebab pertama, ia boleh berpunca dari tabiat gaya hidup atau sebab lain. Ini antara cara mudah yang mungkin anda boleh gunakan kalau dah tak sabar nak kecutkan jerawat di wajah, tambahan hari persandingan semakin hampir nanti.

SAPU DENGAN UBAT GIGI

Ada mereka yang sumpah bahawa ubat gigi amat mujarab dan salah satu cara menghilangkan jerawat yang baling berkesan. Cuma sapukan ubat gigi atas jerawat!

Minyak Pati (Essential Oil)

Penggunaan minyak pati atau essential oil seperti Frankincense, peppermint, lavender, lemon, tea tree, grapeseed, Primrose dan lemongrass juga amat popular sebagai cara menghilangkan jerawat. Disebabkan oleh kepekatan essential oil, ia adalah lebih baik digunakan apabila dicairkan dengan air atau dicampur dengan minyak pembawa lain.

Minyak Argan atau Kastor

Selain daripada minyak pati, anda juga boleh menggunakan argan oil atau castor oil pada kulit muka. Biarkan selama sejam kemudian sapu bersih dengan tuala yang direndam air suam.

Garam Epsom

Campurkan satu sudu kecil garam epsom dengan air kemudian rendamkan kapas ke dalam campuran itu. Dab kapas tersebut ke atas kawasan yang berjerawat selama beberapa minit kemudian basuh muka dengan air sejuk.

Cuka Epal Sidar (Apple Cider Vinegar)

Gaulkan cuka epal sidar (Apple cider vinegar) dan air dalam nisbah 1:1 kemudian rendamkan kapas ke dalam campuran tersebut. Dengan lembut sapukan kapas tersebut ke atas kawasan berjerawat selama beberapa minit. Selepas itu basuhkan muka dengan air sejuk.

Pes Baking Soda Dan Air

Buatkan pes dengan satu sudu kecil baking soda dan air. Sapukan pes tersebut ke atas jerawat anda dan biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh muka anda dengan air suam.

Milk of Magnesia

Anda juga boleh menggunakan milk of magnesia (Magnesium Hydroxide) untuk mengeringkan jerawat anda. Cecair ini boleh dibiarkan selama beberapa jam atau semalaman.

Pil Minyak Ikan

Pil minyak ikan juga dikatakan sebagai salah satu cara penyembuhan jerawat dari dalaman. Mungkin ia kesannya tidak selaju, tetapi ia merupakan cara yang paling berkesan dalam masa jangka panjang.

Minyak Kelapa

Menurut ramai, hanya dengan urut (dalam bulatan) beberapa titis minyak kelapa ke atas kawasan jerawat amat mujarab dalam penghilangannya.

Vaseline atau Vicks Vaporub

Vaseline ataupun Vicks Vaporub juga agak popular sebenarnya sebagai cara menghilangkan jerawat. Cuma sapukannya ke atas jerawat dua kali sehari untuk beberapa jam.

Pes Bawang Putih

Tumiskan beberapa biji bawang putih dengan air sehingga ia menjadi pes. Basuhkan muka selepas 10 minit. Peringatan: Jangan gunakan bawang putih tulen (tanpa campuran air) ke atas jerawat.

Madu Tulen

Madu tulen juga merupakan salah satu ubat mujarab Sapukan madu tulen ke atas muka dan biarkannya selama 30-40 minit sebelum membasuh muka anda.

Pes Aspirin

Hancurkan beberapa biji aspirin kemudian campurkannya dengan sedikit air sehingga ia menjadi pes. Biarkan pes itu semalaman.

Ais

Letakkan ais yang dibalut dengan kain lembut ke atas jerawat untuk beberapa minit. Ini akan meredakan kesakitan dan mengeringkan jerawat.

Gel Lidah Buaya (AloeVera)

Potong daun lidah buaya (aloe vera) dan keluarkan gel di dalamnya. Ini boleh digunakan secara langsung di kawasan yang terjejas untuk merawat jerawat.

Hidrogen Peroksida (Hydrogen Peroxide)

Rendamkan kapas dalam larutan hidrogen peroksida (3%). Dalam sapuan lembut, gunakan hidrogen peroksida pada jerawat dengan menggunakan kapas. Hidrogen Perokosida boleh didapati di kedai farmasi.

Jus Lemon Segar

Perah jus lemon segar dan celupkan bola kapas di dalamnya. Dengan bola kapas, sapukan jus lemon di kawasan yang terjejas sebelum tidur.

Listerine

Letakkan bola kapas di mulut botol Listerine dan condong botol untuk mendapatkan beberapa titis Listerine pada kapas. Sapukan Listerine di kawasan yang terjejas dan biarkan ia kering. Lepas ia benar-benar kering, bilas dengan air.

Campuran Madu Dan Kayu Manis

Campurkan madu dan serbuk kayu manis untuk membuat pes. Bersihkan wajah anda dan sapukan pada jerawat. Biarkan ia semalaman. Lihat perbezaan selepas mencuci muka pada keesokan harinya.

Eye Drop

Letakkan dua hingga tiga titis ‘eye drop’ pada Q-tip. Sapukan pada jerawat dengan Q-tip. Biarkan selama 30 minit sebelum membasuhnya. Cara menghilangkan jerawat yang senang dan efektif!

Rubbing Alcohol

Rendam bola kapas dalam ‘rubbing alcohol’ dan peras lebihan. Dab bola kapas pada jerawat dan biarkan alkohol menguap secara semula jadi. Bilas alkohol selepas kira-kira 15 minit. Teknik ini tidak harus dilakukan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitive.

Kunyit

Campurkan kunyit dengan air untuk membuat tampalan halus yang akan meliputi seluruh kawasan yang terjejas untuk menghilangkan jerawat. Sapukan pes ini pada jerawat dan biarkan ia kering. Bilas pes kunyit itu selepas kira-kira 15 minit.

Telur Putih dan Buah Lemon

Pisahkan telur putih dari kuning dan tambah jus lemon. Campurkan dengan baik. Sapukan campuran di seluruh muka dengan berus. Biarkan topeng telur putih itu selama kira-kira 30 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Selepas itu bilas dengan air sejuk.

Minyak Zaitun (Oilve Oil)

Sebelum tidur, bersihkan wajah anda dan suamkan sedikit minyak zaitun. Urutkan minyak di muka anda dengan gerakan bulatan lembut selama beberapa minit. Biarkan minyak pada kulit anda semalaman.

Teh Hijau

Minum dua hingga tiga cawan teh hijau setiap hari sebagai sebuah pencegahan dan cara menghilangkan jerawat untuk selama-lamanya!

Sumber: Style Craze

Published by
Kim