Zaman sekarang apa-apa pun boleh jadi dalam rumah tangga, tak kisahlah walaupun benda tu hanya kecil sahaja ia mampu merosakkan hubungan anda dan si dia.
Sebab itu penting komunikasi diantara anda dan pasangan, untuk menyelesaikan masalah sebaik mungkin.
Namun, anda pernah tak berasa pelik dengan perangai isteri/suami anda? macam si dia tiba-tiba sahaja berubah? Ini mungkin ‘taktik’ pasangan kita untuk curang. Nak tahu lebih lanjut semak perkara-perkara ini.
1. Panggilan tak selalu dijawab
Selalu tiap hari call, tiba-tiba senyap sahaja tanpa khabar, sampai tak mesej seminggu. Apa dah jadi?
2. Tukar kata laluan telefon
Ads
Masa dia setia, sampai thumbprint kita pun ada dekat telefon dia. Lepas tu, dah takde atau dia tukar password secara tiba-tiba.
3. Elak untuk berjumpa
Dulu masa bercinta, sejam tak jumpa dah rindu. Tiba-tiba, kali ni bila ajak jumpa banyak alasan dia bagi. Busy kerja lah. Assignment banyak lah. Rupanya keluar dating dengan orang lain.
Ads
4. Tersasul sebut nama orang lain
Tengah-tengah call tiba-tiba tersebut nama perempuan lain. Tak rasa pelik ke? Selalu dia bahasakan diri dia “bie”, tiba-tiba jadi “b”. Walaupun perubahan yang nampak kecik tapi besar sebenarnya.
5. Selalu cari masalah dengan kita
Ads
Bila dia dah mula cari masalah dengan kita walaupun benda kecil, mesti ada sesuatu yang dia sorok. Sebab selalu dia bukan macam itu orangnya.
6. Dah tak bagi tengok gambar dalam telefon
Selalu mesti dia bagi, tiba-tiba satu hari tu dia tak bagi. Dari sini korang dah boleh rasa memang ada benda yang dia sorok dari korang.
7. Merajuk yang tak dipujuk
Ini paling sedih, selalu dia akan pujuk kita bila kita merajuk tiba-tiba sekarang bila merajuk dia dah tak layan. Pandai-pandai lah pujuk hati sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ketikanya kesibukan membuatkan kita sering terlupa untuk mengungkapkan rasa cinta terhadap pasangan. Kesibukan ini jika dibiarkan berlarutan boleh menjauhkan hubungan lantas menghambarkan rumah tangga.
Tidak perlu barang-barang mahal atau melakukan perkara yang rumit untuk membuktikan yang anda cintakan pasangan kerana dengan bahasa tubuh sahaja sudah cukup untuk anda mengungkapkan rasa cinta anda itu.
1. Berikan senyuman manis
Senyuman mampu menyempurnakan rasa bahagia dalam diri anda dan pasangan. Oleh itu berikan senyuman paling manis kepada pasangan bagi mengungkapkan perasaan cinta yang mendalam anda terhadap dirinya.
2. Ungkapkan sesuatu yang tidak terduga
Saat melakukan sesuatu yang tidak dirancang bersama pasangan, cuba ungkapkan kata-kata cinta terhadapnya. Misalnya saat isteri mencuci pinggan, apa kata suami ungkapkan rasa cinta dengan merangkul pinggang isteri dari belakang sambil mengatakan ‘I love you’ kepadanya.
3. Ada di sisinya ketika sakit
Seseorang yang sakit pasti memerlukan belaian dan perhatian yang secukupnya daripada pasangan. Apabila pasangan sakit, ambillah cuti untuk menemaninya. Walaupun mungkin dia tidur sepanjang hari, tapi sekurang-kurangnya dia akan berasa tenang apabila melihat anda berada di sampingnya ketika dia terjaga. Cara ini akan memberi semangat untuknya kembali sihat.
4. Luahkan perasaan dengan mata
Pandangan merupakan cara lain untuk berbahasa dan mengungkapkan perasaan. Tataplah matanya sedalam-dalamnya dengan penuh rasa cinta saat berbicara dengannya agar pasangan tahu bagaimana perasaan cinta anda terhadapnya.
5. Lakukan perkara yang digemarinya
Buktikan rasa cinta anda terhadap pasangan dengan menyokong setiap aktiviti dan minatnya. Lakukan bersama-sama perkara yang digemarinya walaupun mungkin anda kurang gemar dengan aktivitinya kerana sokongan yang anda berikan itu mampu membakar semangatnya.
6. Berikan pelukan hangat
Memeluk antara satu sama lain memberi banyak manfaat dalam rumah tangga. Ia mampu mengembalikan kenangan cinta anda berdua selain memberi hubungan yang lebih akrab sebagai tanda anda berdua saling menyayangi.
7. Berikan ciuman pagi
Sebaik sahaja bangun tidur, berikan ciuman penuh mesra kepada pasangan. Ciuman pagi sebelum memulakan hari merupakan cara untuk anda mengungkapkan rasa cinta. Mungkin dengan ciuman pagi ini boleh dilanjutkan pula dengan hubungan intim sebelum anda berdua memulakan kerja.
8. Sentiasa berikan pujian
Jangan kedekut untuk memberikan pujian atau ungkapan terima kasih kepada pasangan. Pujian bukan hanya untuk menyanjung hatinya tetapi juga sebagai tanda yang anda mengambil berat dengan perubahan dirinya, memberi pasangan lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dan membuatkan dia percaya anda memang mencintainya.
9. Hadiahkan bunga
Bunga sering dianggap sebagai bahasa cinta untuk menterjemahkan perasaan. Pasangan akan rasa sangat berharga menerima bunga pemberian anda, apatah lagi jika anda menghadiahkannya dengan bunga kegemarannya.
10. Hulurkan bantuan tanpa disuruh
Buat kejutan yang anda menyayangi pasangan dengan menyiapkan kerjanya secara diam. Misalnya suami membuat kejutan membersihkan rumah atau masak hidangan kegemarannya ketika isteri belum pulang dari rumah. Pasti kejutan ini membuatkan isteri rasa terharu.
11. Genggam erat tangannya
Genggamlah tangan pasangan ketika jalan bersama sebagai tanda anda berdua saling memerlukan. Ataupun genggam tangan pasangan secara senyap-senyap ketika anda berdua sedang sibuk menonton tv. Pastinya sikap spontan ini menimbulkan momen romantis untuk anda berdua menikmati waktu bersama.
12. ‘Culik’ dan beri kejutan buat pasangan
Apa kata buat kerja ‘gila’ dengan ‘menculik’ pasangan dan bawa dia ke suatu tempat yang indah tanpa perlu anda dan pasangan merancangnya terlebih dahulu. Misalnya membawa pasangan ke spa untuk pasangan mendapat rawatan tubuh atau bercuti ke tempat menarik yang berdekatan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tarikh kahwin sudah ditetapkan kini tiba masanya untuk anda dan pasangan membuat senarai barang hantaran yang perlu disediakan. Untuk memudahkan kerja dan tidak buntu, bincanglah bersama pasangan keperluan untuk barang hantaran yang dikehendaki. Tetapkan tema untuk pihak lelaki dan perempuan.
Lebih mudah jika gubahan hantaran dibuat oleh seorang tukang gubah supaya sentuhannya sama untuk pihak lelaki dan perempuan. Pesona Pengantin bantu anda untuk senaraikan barang hantaran yang sesuai untuk lelaki.
Barangan Untuk Lelaki
Kemeja/Seluar
pic-pinterest
Kain Pelikat
Dompet dan tali pinggang
Al-Quran (atau tafsir)
Kasut
Set Wangian
pic-pinterest
Buah-buahan
Gajet
pic-pinterest
Kek
Coklat/Manisan
Sejadah
Potpouri/Bunga Rampai
Tuala
Jam Tangan
pic-pinterest
* Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
Sumber : Gambar Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi wanita yang memilih untuk berada di samping lelaki berusia, lebih dewasa dan berpengalaman pastinya merupakan momen yang menyenangkan. Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan sehingga membuatkan wanita mudah tergoda dan jatuh cinta dengan mereka.
Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.
1. PENYABAR
Ramai mengatakan lelaki yang lebih berusia daripada pasangannya adalah seorang yang penyabar. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang dan lebih menghargai orang di sekitarnya. Mereka juga akan berusaha untuk mengalah demi kebaikan dirinya mahupun kebaikan pasangan.
2. SEKSI & MENAWAN
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki berusia antara 27 hingga 35 tahun merupakan lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang lebih terjamin serta stabil kewangannya.
3. ADA BANYAK PENGALAMAN
Faktor usia yang sudah matang membuatkan lelaki mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Dia juga telah banyak belajar daripada kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Malah dia juga menjadi seorang yang lebih berhati-hati dan akan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.
4. PENUH RASA HORMAT
Lelaki yang berusia dan matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat. Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman dan juga keluarga. Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan sentiasa berlaku dewasa.
5. TEGAS & DISIPLIN
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan daripada setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh, selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk membuatkan orang yang disayangi rasa selesa serta dihargai.
* Waau bagaimanapun, tidak semua lelaki berusia daripada pasangan adalah yang terbaik dan bersifat dewasa. Masih ramai lelaki muda yang turut memiliki pemikiran dewasa dan matang. Hal ini bergantung pada corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!