Perkahwinan adalah soal perkongsian hidup dan tanggungjawab seorang lelaki dan juga wanita. Zaman bercinta tidak sama dengan zaman berumah tangga. Ada banyak perkara yang perlu kita pelajari tentang pasangan dan gaya hidup masing-masing.
Buat anda yang baru mendirikan rumah tangga, berikut dikongsikan antara LIMA fasa ‘struggle in marriage’ yang anda perlu lalui untuk menentukan bahawa hubungan antara suami dan isteri kuat atau tidak.
Berikut perkongsian Farhana Fakira
Sedikit perkongsian dari sharing yang saya dengar di Youtube Aiman Azlan bersama Dr. Harlina. Mereka mengupas tentang power struggle in marriage. Secara ringkasnya, dalam perkahwinan ada LIMA fasa.
1. Fasa honeymoon/fanatic
Fasa ini kita akan nampak yang indah-indah saja pada pasangan. Kentut pun wangi la nak kata time ni. Kita ni macam fan kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ni akan bertahan 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja.
2. Power struggle
Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yg paling getir, iaitu power struggle ni. Fasa ni, kita mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Mereka bincangkan dalam sesi sharing tersebut, mmg kita akan tertanya pada diri sendiri “betul ke pilihan yang aku buat ni?” Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tak lepas nak tempuh ujian di fasa ini, akan berpisah.
3. Stability
Fasa ini, kita dan pasangan lebih stabil. Sebab masa ni dah kenal habis dah. Dah tahu perangai, baik buruk masing-masing. Dan dah tahap reda dan berlapang dada.
4. Komitmen
Fasa ni, pasangan tu bersama sebab komitmen. Nak besarkan anak-anak. Nak tunggu anak-anak kerja, kahwin. Dan pelbagai lagi, semuanya atas dasar tanggungjawab. Sebab itu, ada pasangan yang bercerai, walaupun dah berpuluh tahun kahwin, sebab dah lepas fasa komitmen ni.
5. Bliss
Fasa ni merupakan fasa terakhir, di mana inilah pengakhiran yang bahagia. Pasangan yang sampai ke fasa ini, dah mencapai kebahagiaan, di mana mereka nak hidup bersama, walaupun tanpa apa-apa sebab. They just want to live together without any particular reason.
1. Yang baru kahwin, anda baru berada di fasa pertama. Enjoy the moment. But, at the same time, jangan disangkakan perkahwinan ini manis sahaja.
2. Saya sama sekali tidak judge, urusan takdir, jodoh, ajal, maut semua ini urusan Allah. Tidaklah saya mengadili mereka yang berpisah dgn pasangan, sebab tak dapat nak cope dgn power struggle. Kerana faktor perpisahan itu banyak sebabnya. Terlalu banyak. Allah knows best. Kita ni manusia biasa je yg banyak sgt jahilnya. Banyak tak faham rahsia Allah. Tapi secara umum, saja nak share 5 fasa perkahwinan oleh Dr. Harlina bila ternampak paper ni.
3. Sungguh, jodoh ini rahsia Allah. Saya doakan sahabat-sahabat yang sedang mencari jodoh, dipermudahkan urusan. Dipertemukan jodoh yang baik-baik. Lebih baik berkahwin lambat, berhati-hati, daripada tergesa-gesa, dan terpilih orang yang salah. Moga dijauhkan. Nauzubillah.
Sumber: Farhana Fakira
Kredit foto top image: Pexels