Bukan senang nak cari lipstik tahan lama dan warna yang menarik! Jadi bagi sesiapa peminat mekap wajib cuba jenis lipstik atau liptint ini.
Nak tahu kenapa anda patut cuba lipstik kali ini?
Transfer-proof bila kering.
Waterproof dan Smudgeproof tau! Lepas minum atau makan pun, warna tetap ada di bibir.
Kemudian texture sangat best tak merekah di garisan bibir dan anda akan rasa selesa.
Kalau anda jenis bibir kering, jangan risau. Liptint ini tak akan mengeringkan bibir. Tapi kalau nak lagi selesa, kena apply lipbalm dulu dan blot it sebelum pakai mana-mana liptint atau lipstick.
Lightweight matte finish
Very pretty matte finishing dan rasa macam takda pakai apa-apa kat bibir, selesa je!
Pigmentation
Sangat pigmented! Sekali calit pun pun dah cukup, terutamanya warna gelap.
Untuk lighter shades, kalau sapu 2-3 kali pun memang akan naikkan lagi seri bibir anda yang mana warna akan jadi lebih cantik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pakai Pemerah Pipi, Pakai Sikit Pun Dah Cukup Naikkan Seri
Tak ramai perempuan yang berani pakai pemerah pipi, risau nampak terlampau bermekap dan tak pandai sapu pun boleh jadi sebab.
Sebenarnya pemerah pipi boleh membantu kulit yang kusam boleh kelihatan berseri, cuma anda kena pandai sapu dan ketahui tekniknya dulu.
Namun ada yang langsung tak berani nak pakai sebab risau nampak pelik. Sebenarnya kalau pandai sapu pemerah pipi, tetap nampak natural. Cukup oleskan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi, terus nampak segar dan berseri.
Tip Pakai Pemerah Pipi, Pakai Sikit Pun Dah Cukup Naikkan Seri
Nak pilih pemerah pipi pun kena ikut jenis kulit. Mana yang kering, berminyak atau kombinasi, supaya sesuai dan terletak di muka.
Cari pemerah pipi ikut jenis kulit
Pemerah pipi juga dihasilkan mengikut formula yang betul dengan jenis kulit kamu. Mana sesuai dipakai untuk si berminyak, sensitif, kering malah normal.
Kulit normal hingga kering: Cuba cari pemerah pipi dengan formula krim. Lapisan formula krim mampu memberi kelembapan tambahan pada kulit.
Kulit normal ke berminyak: Pilih dari formula serbuk. Jenama pilihan yang disyorkan kebanyakan jurumekap adalah Nars Blush. Ia akan bertahan lebih lama daripada pemerah pipi jenis krim.
Bagi kulit berminyak: Anda cari pemerah pipi dari formula gel (yang sukar dicampur pada kulit kering). Jenis gel yang velvety mampu membuatkan kulit kekal lembap tanpa nampak lagi berminyak.
Cara pakai pemerah pipi
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita yang bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi.
Haaa.. bila sudah tahu caranya, nanti pakai pemerah pipi tidaklah nampak terlampau merah pelik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Ini DIY Kabinet Dapur Jadi Kemas Dan Tertutup, Buat Sliding Door
Kalau anda rasa nak ubah kabinet dapur di rumah jadi kemas dan tertutup, boleh cuba idea menggunakan pintu sliding door seperti yang dikongsi lelaki ini.
Maklumlah, awal-awal kahwin semua bajet kena jimat poket. Orang kata baru nak hidup. Jadi cuba kemaskan bahagian dapur dengan DIY sliding door, barulah sedap mata memandang.
DIY Kabinet Dapur Jadi Kemas Dan Tertutup
Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
Berikut bahan-bahan yang diperlukan:
Rail langsir
Board kalis air
Handle pintu
Gam
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Penerangan lebih lengkap cara-cara membuat:
- Ukur rail langsir.
2. Lekatkan rail langsir dengan gam.
3.Masukkan board kalis air secara berhati-hati.
4.Pasangan pemegang. Siap!
Agak-agak boleh buat tak? Pasangan suami isteri yang rasa nak jimat, boleh guna idea ini sementara buat kabinet mahal. Semoga bermanfaat!
Sumber: ezharsyahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Kahwin, Pindahlah Duduk Rumah Sendiri
Perkahwinan merupakan dunia baru bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dari hari pertama bernikah, korang mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran.
Namun apabila tinggal bersama, pasangan pengantin berpeluang mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru.
Tidak dapat dinafikan, terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru. Antara faktor yang kerap dihadapi ialah masalah kewangan. Ini kerana ekonomi belum mantap dan banyak menggunakan duit masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.
Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.
Ada beberapa sebab mengapa pasangan yang sudah berkahwin digalakkan tinggal berasingan dari keluarga dan cuba melayari penghidupan baru.
1. Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.
2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.
3. Menjaga ekonomi keluarga. Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.
4. Keluarga tidak masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.
5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina.
6. Tidak akan menimbulkan konflik sesama ahli keluarga seperti kata pepatah, “jauh bau bunga dekat bau taik” yang membawa maksud jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku bila-bila masa saja, tapi bila dah tinggal berjauhan rindu dan kasih lebih mendalam pada ahli keluarga yang lain.
Namun tidak dinafikan ada juga pasangan baru berkahwin terpaksa tinggal dengan keluarga kerana menjaga kedua orang tua dan telah dipertanggungjawab untuk menjaga rumah pusaka keluarga. Dalam hal ini, pasangan ini tidak mempunyai pilihan selain tinggal bersama keluarga dan menjaga Ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka. Biasanya ini terjadi pada anak bongsu atau anak tunggal.
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI