Tarikh 23 Februari 2012 merupakan hari bersejarah buat Datuk Yusry Abdul Halim dan isteri tercinta, Datin Lisa Surihani. Mana tidaknya, pada tarikh ini pada tahun 2012, mereka sah bergelar suami isteri.
Dengan sekali lafaz, Yusry yang ketika itu berusia 39 tahun bergelar suami kepada Lisa yang baru mencecah usia 26 tahun. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya.
Dalam satu hantaran dilaman Instagramnya, Lisa Surihani berkongsi kegembiraannya menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11 tahun.
11 today. Alhamdulillah. Selamat Hari Kita, sayang. Love you.
Ringkas dan penuh makna. Itulah yang ditulis di ruangan kapsyen berserta gambarnya bersama Yusry.
Perkongsian Lisa mendapat respon daripada rakan-rakan artis dan juga warga maya. Ramai yang mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.
Berikut antara komen-komen rakan artis:
Manakala berikut komen-komen daripada warga maya:
Untuk info, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 8 tahun, Yusof Leonne, 5 tahun dan Yunos Laith, 7 bulan.
Sumber: Instagram Lisa Surihani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awie Bakal Timang Anak Ketujuh, Lebih Prihatin Bila Dah Berusia
Tumpang bahagia melihat rezeki penyanyi dan pelakon, Awie yang bakal timang anak ketujuh dalam usia 55 tahun.
Mungkin ada yang menganggap apabila mengasuh anak pada usia semakin lanjut ia memenatkan.
Apatah lagi mahu melihat anak itu besar kelak, sedangkan pada usia itu kita sudah boleh berehat daripada melayan anak kecil. Apa pun, tanggapannya, ia bergantung pada empunya diri bagaimana menerima situasi tersebut.
Datuk Awie, 55, yang bakal menimang anak ketujuh menganggap dikurniakan anak pada usia lanjut satu cabaran buatnya agar kekal menjaga kesihatan.
Selepas Jatuh Sakit
Awie yang juga penyanyi Wings berkata, tidak patut baginya atau sesiapa saja yang seusianya akan mendapat anak tetapi selepas itu jatuh sakit.
“Kasihanlah pada isteri dan anak-anak. Ini saya fikir-fikir, Allah bagi saya cabaran ini untuk saya jaga kesihatan elok-elok supaya dapat membesarkan anak-anak dengan sihat dan baik. Kalau tidak macam aniaya isteri.
“Orang ingat saya dapat cucu, rupa-rupanya dapat anak. Saya cuma reda. Lagipun ini isteri saya yang baru (ketiga). Dia pun baru ada seorang anak dan dia pun nak anak.
“Dia pun beritahu dengan anak-anak yang lain nak seorang lagi, mungkin dapat ‘pair’ perempuan pula kerana yang sekarang lelaki,” katanya.
Doakan Anak Perempuan
Menurutnya dia meminta isterinya, Sharifah Ladyana, 36, berusaha merealisasikan impiannya ini.
“Insya-Allah, doalah ini anak perempuan untuk dia. Kalau nak dikatakan anak-anak saya yang besar boleh bantu jaga pun tak juga kerana seorang dah di luar negara.
“Seorang lagi nanti pun akan ke luar negara juga. Tinggallah saya dan anak-anak kecil. Dua lelaki dah duduk luar (asrama). Tinggallah saya dengan yang kecil. Lagi dua tinggal dengan ibunya.
“Saya kalau tiada kerja akan bantu isteri. Tapi kalau ada persembahan saya kena tidur cukup-cukup. Misalnya kalau ada latihan untuk konsert, saya akan tidur berasingan,” katanya.
Kini Lebih Prihatin Pada Anak
Awie berkata, seiring dengan pertambahan usia, dia kini lebih prihatin terhadap anak berbanding dulu.
“Dulu muda lagi dan saya tak nampak. Kadang-kadang buat perkara bukan-bukan. Benda yang tak sepatutnya kita keluar pun kita keluar kononnya ada kerja, walhal tak perlu pun. Tapi sekarang kalau tak tengok anak, tak boleh.
“Kadang-kadang berpisah tiga empat hari pun boleh meleleh air mata. Saya lebih fokus. Dulu keluar sebulan pergi penggambaran boleh buat bodoh saja. Macam tiada anak. Itu beza umur,” katanya.
Memetik laporan berita online, Awie baru-baru ini teruja mengumumkan kehamilan isterinya. Dalam perkembangan berkaitan, Awie melahirkan kesyukuran kerana tiket Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini sudah dijual sebanyak 80 peratus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Tahun Kenal, AIZAT AMDAN & ELYSSA ALIA Dah ‘Off Market’! Sah Bergelar Suami Isteri.
Dua minggu lalu penyanyi dan pelakon, Aizat Amdan dengan terbuka telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Elyssa Alia Illias dan awal pagi tadi, mereka sah bergelar suami isteri selepas tiga tahun berkenalan.
Pasangan ini dinikahkan bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dengan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan. Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
Merpati dua sejoli ini yang mengenakan rekaan dari jenama Altelia Amani tampak begitu cantik dan segak. Dilatari dekorasi pelamin dengan konsep bunga-bunga vintaj hasil sentuhan KL Wedding Ministry, A-Park Puchong menjadi lokasi majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua ini bersyukur kerana telah kini mereka melalui fasa baharu dalam hidup.
“Selepas ini, apa sahaja tindakan tidak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu minta persetujuan bersama.”katanya.
Menurut sumber dari Media Hiburan, pasangan ini akan berangkat ke Los Angeles pada Spetember nanti untuk menguruskan hal kerja dan terus menyambung perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu. Wow! Jarang sekali kita dengar pasangan pengantin memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu. Tak sabar nak lihat foto-foto mereka nanti.
Tahniah Aizat dan Elyssa. Selamat melayari bahtera perkahwinan…
Kredit foto: Instagram Aizat Amdan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Banner PROMOSI DIRI, Lelaki Bujang Tawar Elaun RM10,000 Untuk Cari Jodoh.
Tular beberapa hari lepas di media sosial apabila seorang lelaki bentang banner untuk mencari jodoh. Bukan sahaja banner malah pemuda itu turut memberikan risalah kepada orang ramai agar niatnya itu mendapat ‘perhatian’ ramai.
Siapa yang ada keberanian untuk buat macam ni dan sanggup tebal muka untuk mencari jodoh? Menggunakan nama Ariff Peter di media sosial, pemuda berusia 26 tahun ini turut menawarkan elaun sebanyak RM10,000 kepada wanita yang berjaya menjadi suri hatinya.
Melalui temubual yang diadakan dengan beberapa stesen radio, Ariff menyatakan hasratnya untuk mencari kekasih selepas terlalu banyak kali dikecewakan. Meletakkan beberapa ciri-ciri tertentu untuk bakal isteri, Ariff akui tidak terlalu memilih.
Menyinggah di laman Instagramnya, Ariff merupakan sudah lama kehilangan ibu tersayang. Jika orang lain mempunyai ibu untuk mencarikan jodoh, namun Ariff perlu berusaha sendiri untuk mencari teman hidup. Dan ini cara terakhir untuk memastikan hasratnya tercapai.
TIP CARI JODOH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI