Sebut sahaja nama Datin Lisa Surihani, sudah terbayang wajahnya yang tersenyum manis dengan penampilan hijab menutup aurat. Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita, filem Istanbul Aku Datang yang juga isteri kepada pengarah terkemuka, Dato’ Yusry Abd Halim (Yusry KRU) ini bukan.
Mula berhijab pertengahan tahun lalu, penampilan Lisa mengenakan hijab sering menjadi perhatian ramai. Walaupun tampil tanpa solekan, wanita belahan jiwa Yusry ini tetap kelihatan anggun dan menawan.
Tampil dengan imej muslimah, Lisa kelihatan cukup sopan memakai tudung menutup dada. Walaupun sudah berhijab dan menutup aurat, ia bukanlah halangan untuk Lisa menjadi model muslimah.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, Lisa berkongsi gambar dirinya bersama beberapa orang model menggayakan hijab jenama terkemuka.
Tudung labuh menutup dada menjadikan Lisa kelihatan cukup anggun dan menawan.
Sumber: Instagram Lisa Surihani