Selepas bertungkus lumus merancang majlis hari bahagia, pastinya anda dan pasangan mengharapkan agar segala persiapan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Bagi memastikan majlis yang diraikan ini meninggalkan momen paling bahagia dalam hidup anda berdua, SBXS Pantai Timur kongsikan 25 perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan anda menjalani majlis dengan penuh gembira.
**************************************
Anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokan harinya.
Bangunlah awal solat Subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk permudahkan segala urusan majlis.
Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan.
Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktunya. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dan lain-lain.
Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap poket. Jadi, lantik seorang bestman untuk bantu mengingatkan anda perkara-perkara sebegini.
Ketika memakai makeup, pakai t-shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkena bahan-bahan makeup. Akan tetapi janganlah memakai t-shirt lusuh yang buruk, kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup. Tidak manislah jika kelihatan t-shirt tidur yang berlubang dan lusuh. Untuk lebih selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda telah salin ke baju pengantin.
Perkara ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang amat sweet daripada bakal suami atau isteri pada pagi hari nikah.
Kenapa adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk membincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat dan buat perkara-perkara nakal prank ke pasangan pengantin.
Jika anda menempah kasut baharu, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukanlah satu perkara yang best.
Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi janganlah pula menyembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botol minyak wangi supaya jika baunya hampir pudar boleh menyemburnya kembali.
Bridesmaids, inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda ialah golongan terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.
Dalam blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam survival kit. Jangan lupa survival kit yang amat penting dan berguna itu.
Ambil beberapa keping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up seperti tuan puteri.
Selain mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang bridesmaid untuk menjawab calls. Kerana pasti ramai yang akan menelefon untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya fokus, bersiap-sedia untuk berkahwin!
Siapa tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi pengantin lelaki perlu lafazkan akad depan khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.
Sebelum berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah, berhenti seketika, tarik nafas panjang dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna ini.
Curi masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradab.
Pada hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.
Pasti semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda. Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang hadir membawa doa kebahagiaan rumah tangga yang bakal anda bina.
Seperti yang telah disenaraikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.
Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah Inggeris “Beauty is Pain”. Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit akibat memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.
Di setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin “catch-up”. Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang bridesmaid untuk datang menyelamatkan anda daripada berdiri berjam-jam berborak dengan seorang tetamu tersebut.
Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baharu, mereka tetap diutamakan.
Haish… Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini amat messy. Jika boleh elakkan ye!
Akhir sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, pas kan senarai ini 2-3 hari sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.
Selamat Pengantin Baru! Moga Majlis Anda Berjalan Dengan Lancar.