Jika sebelum ini min sudah kongsikan beberapa tips yang korang kena tahu sewaktu membuat kek, kali ini penjelasan lebih terperinci bagaimana seharusnya langkah yang diperlukan sebelum, sewaktu dan selepas membakar kek supaya mendapat hasil yang terbaik.
1. WARNA JADI GELAP
Selalunya ia mengikut perangai ketuhar masing-masing. Ketuhar kecil harus menggunakan suhu rendah kerana ia cepat panas. Jika resipi menggunakan suhu 170C selama 30 hingga 40 minit, oven kecil boleh menggunakan suhu 150C dan lebihkan masa satu jam atau sehingga masak. Jangan sesekali buka ketuhar untuk periksa sama ada kek sudah masak atau belum. Hanya ketuk pintu oven, jika bahagian tengah kek sudah tidak bergoyang, maknanya kek sudah boleh dikeluarkan.
Dan boleh letakkan baking tray di rak paling atas dan kek diletakkan di bahagian paling bawah. Bakar menggunakan api atas bawah. Baking tray diletakkan untuk mengelakkan permukaan kek menjadi gelap
Contoh, selalunya dalam oven akan ada dua baking tray dan wire rack. Kek dilerakkan atas wire rak di bahagian bawah, manakala baking tray diletakkan di atas sekali.
2. CORAK HILANG KE TENGAH
Ads
Salah satu punca corak hilang ke tengah ialah kerana ketuhar terlalu panas. Preheat ketuhar selama tiga hingga lima minit sahaja, tidak perlu lama.
3. CORAK KEMBANG
Corak menjadi kembang kerana adunan tidak gebu elok dan adunan cair. Jadi untuk mengelakkannya, pastilan adunan betul-betul kembang. Untuk tahu jika adunan sudah kembang, angkat mixer dan adunan akan lambat jatuh.
Dan lukisan di atas kek tidak perlu tebal. Lukisan yang tebal jugak boleh menjadi punca corak mengembang.
Ads
4. JENIS PEWARNA
Untuk melukis di atas kek, gunakan oil dan water based. Elakkan guna pewarna serbuk kerana kebanyakannya ada rasa pahit. Pilih pewarna terang seperti bright red, apple green, lemon yellow.
5. LUKIS GUNA APA?
Ads
Gunakan adunan kek yang sama dan cuma tambahkan pewarna. Masukkan ke dalam piping bag dahulu dan lukis corak. Potong halus di bahagian hujung piping bag jika nak lukis corak yang kecil, barulah corak tidak kembang.
6. KEK MENDAP LEPAS KELUARKAN DARI OVEN
Kek mendap maksudnya kek kurang masak dan kena tambahkan lagi waktu membakar. Kalau bahagian atas sudah garing lepas tambah masa, lain kali nak buat kena adjust suhu lain.
Selalunya saya tidak pakai baking paper sebab mahu bahagian tepi kek garing sikit. Jadi saya hanya sapu marjerin dekat loyang. Selepas keluarkan daripada oven, hentak-hentak sikit terus sisip tepi dan terbalikkan atas redai. Tidak perlu lama, terbalikkan tak perlu sampai 1 minit pun sebab ini kek marble span. Selepas terbalikkan sekejap, terbalikkan permukaan kek ke atas semula.
Akhir sekali, untuk mengelakkan penggunaan pewarna yang banyak, biarkan kek kosong tanpa warna. Biarkan corak atas sahaja yang berwarna.
Sumber : Ainna Rozimi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak tahu dah nak masak apa untuk suami dan anak-anak di rumah, kadang-kadang sampai sudah habis idea nak masak apa pula. Apa kata kali ini anda buat Muffin Larva Coklat pula! Resepi ini dikongsi Zahiri Mansor. Nak buat pun senang, tak perlu pakai mixer! Semoga perkongsian resepi ini boleh mencerikan hari anda sekeluarga.
Bahan yang diperlukan untuk Resipi Muffin Larva Coklat Cadbury
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
250 gram butter yang dicairkan
2 cawan susu full cream
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
coklat chip
Mudah je nak buat resipi muffin larva coklat
Pertama sekali anda kena pukul telur dengan gula dulu. Kemudian masukkan esen vanila dan butter yang sudah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati semuanya.
Kacau sehingga sebati
Langkah seterusnya adalah masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder ke dalam acuan tadi. Kacau bahan-bahan sekali lagi. Kemudian, masukkan susu full cream dan teruskan kacau bahan tersebut.
Boleh letak Cadburry
Akhir sekali, bahan-bahan yang sudah digaul sebati itu masukkan ke dalam cup kertas. Cadburry itu tambahan saja. Tak letak pun boleh. Untuk topping tabur choc chips, barulah ngam!
Hasilnya…
Inilah hasilnya… rasa coklat Cadburry akan meleleh di dalam mulut anda. Memang sedap! Cuba resipi ini dan nikmati bersama keluarga tersayang.
Dekorasi untuk majis kahwin pastinya memerlukan bajet yang besar. Jika anda ingin berjimat, serikan dekorasi di ruang photo booth atau pintu gerbang dengan chalkboard buatan sendiri. Malah chalkboard juga boleh dipelbagaikan sebagai latar belakang pelamin.
Selagi boleh berjimat kan lebih baik. Lagipun jika nak membeli pasti harganya mahal, jadi kalau buat sendiri kosnya super duper murah. Cara nak membuatnya juga sungguh mudah iaitu dengan mengubah suai bingkai gambar terpakai. Malah chalkboard unik ini juga tampak lebih personalize.
Langkah 1: Keluarkan gambar yang sedia ada di dalam bingkai menggunakan playar.
Langkah 2: Bersihkan sekeliling bingkai tersebut dengan kertas pasir agar ia licin.
Langkah 3: Semburkan bingkai dengan cat sembur dengan jarak anda sekurang-kurangnya 12 inci daripada bingkai yang anda cat. Semburkan secara rata dan licin untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Ulangi proses semburan sebanyak dua lapisan untuk memastikan kesemua bahagian bingkai dilitupi dengan cat.
Langkah 4: Kemudian semburkan pula dengan cat sembur yang khusus untuk chalkboard. Sebelum menyembur, pastikan anda goncang cat tersebut sekurang-kurangnya selama 2 minit agar semburan lebih lancar. Semburkan pada permukaan yang akan dijadikan chalkboard atau anda boleh gunakan sahaja gambar yang ada pada bingkai gambar tadi. Sembur beberapa lapisan agar ia rata dan menutupi kesemua bahagian.
Langkah 5: Pastikan cat kering dan biarkan selama 24 jam. Setelah kering, contengkan kapur di atas permukaan chalkboard, kemudian padam menggunakan tisu.
Langkah 6: Pasangkan chalkboard pada bingkai dan kini ia sudah siap untuk digunakan.
PKP ternyata menyerlahkan bakat anda sebagai seorang chef. Mana tidaknya, apa sahaja resipi yang sedang viral di laman sosial pasti akan dicuba. Sebenarnya seronok kan bila dapat masak pelbagai hidangan buat suami dan anak-anak?
Kali ini, kami ingin berkongsi resipi ringkas aiskrim homemade yang mampu menambat hati suami dan anak-anak anda. Jika anda penggemar aiskrim, wajib untuk anda cuba resipi ini. Dah tak perlu beli di kedai, boleh buat sendiri di rumah. Lebih puas hati.
Resipi ini dikongsi oleh Eyta Mazlie menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN) di Facebook. Jom kita lihat resipinya.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair/susu kotak (saya guna susu tepung anak dibancuh dengan setin air masak)
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan
1 penutup esen vanila
1 sb ovallet (saya lebihkan 2 sudu besar)
Cara membuat:
Mix semua bahan sampai gebu
Masuk dalam bekas
Bekukan dalam freezer
Nota:
Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja bahan-bahan.
Ini base untuk aiskrim vanila. Kalau suka perisa lain boleh letak apa-apa perisa yang anda suka.
Untuk aiskrim ni, saya warnakan untuk nampak lebih menarik.
Saya guna susu Everyday, jadi orang dewasa pun boleh minum. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna bahan apa ada kat dapur saja.
Sebaiknya buat waktu malam supaya esok boleh terus makan.