Sebagai bakal mempelai tentu anda ingin kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih? Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk mendapatkan kebersihan tubuh yang lebih optimum.
Berikut merupakan lima rutin yang perlu anda amalkan ketika mandi agar di hari bahagia nanti anda akan tampil berseri.
LAKUKAN DRY BRUSHING
Sebelum mandi, anda digalakkan untuk melakukan dry brushing iaitu memberus tubuh badan dengan menggunakan berus lembut yang khusus untuk kulit. Kemudian baharulah anda mandi seperti biasa.
BERUS KUKU TANGAN DAN KAKI
Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini sebenarnya turut berperanan penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.
GUNA SABUN YANG MENGANDUNGI BUTIRAN SKRUB
Gunakan sabun yang mengandungi butiran skrub bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Dengan cara ini segala kekotoran dapat disingkirkan daripada kulit tubuh anda. Hasilnya kulit anda akan menjadi lebih segar dan bermaya.
PEMAKAIAN LOSEN
Untuk mengekalkan kelembapan kulit, anda digalakkan memakai losen selepas mandi. Aplikasikan losen pada tubuh selepas mengeringkan badan. Ini merupakan cara terbaik untuk anda mengenakan losen selepas mandi.
LUMUR RAMBUT DAN KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN
Untuk menyihatkan rambut, sapukan minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika dan kemudian cuci rambut dengan syampu dan lanjutkan pula dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya akan membuatkan rambut anda lebih lembut dan bersinar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI