Ramai yang mengidamkan mempunyai hubungan yang baik dengan mentua. Yang menantu pun berusahalah mengambil hati mentua supaya disayangi bukan sahaja mentua tetapi ipar duai. Jangan tak tahu, ada yang sanggup menghabiskan duit demi ‘membeli’ jiwa mentua tau!
Masih ingat lagi kali pertama bertemu mentua? Mesti dada berdebar-debar bukan?
Sekarang, itu sudah tinggal jadi kenangan. Anda kini sudah berstatus menantu. Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi.
Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar. Tapi hari ini, bila kita sebagai menantu yang dimasukkan dalam group family, sebenarnya kita masih perlu berhati-hati dan beringat. Kenapa? Ini perkongsian dari Firdaus Shakirin agar para menantu tahu batas supaya tidak terguris hati.
Macam mana nak bawa diri bila di add dalam group keluarga?
“Pembawakan diri dlm group keluarga mertua…”
Kebanyakan kita ni, menantu kan…? Jika ikut nowadays punya trend, once u married to someone, u will be added into their family group (maybe ada yg tak)…
Most of the time, kebanyakan menantu ni byk yg silent reader (blue) …response hanya bila diperlukan sahaja…
Jika hari ini anda di-add masuk ke dlm group tersebut, maka make sure anda menilai dulu cara dan bagaimana mereka membawa diri masing2 dlm group tersebut…pandang kiri kanan depan belakang atas bawah…
Jgn lebih sudu dari kuah…
Jgn terlebih peramah atau terlebih aktif dlm group family tu…akan ada yg kurang senang dan kurang terbuka dgn sikap dan cara kita tu…penerimaan makhluk2 yg berada dlm group tu berbeza…ada adik pasangan, abg pasangan, kakak pasangan, ayah mertua, ibu mertua, biras dan sebagainya…
Mereka mgkin akan mengata di belakang kita apabila mereka xbleh terima kita seadanya…worst case, diorang akan create another group TANPA KITA…
Saya pun menantu, nasihat saya jika anda ingin duduk ditempat yg selesa didalam alam rumahtangga, tak nak serabut kepala, maka make sure anda play safe je dlm group tu…
Suam2 kuku atau sejuk terus pun ok, tapi jgn smpai beku…klu group keluarga sendiri, bru kita riuh rendah sbb keluarga kita kenal perangai kita mcm mna…
Jgn tunjuk kat keluarga mertua sbb kita ni tetap org LUAR walaupun berada DALAM group tersebut…
Nota kaki :
Klu di add – Safety 1st
Klu x di add – Thanks God
Klu di remove – Thanks God Again
Klu nak left – Make sure tak jd apa2 konflik…
Gambar hiasan : Tangkap Pictures