Setiap pasangan mendambakan hubungan yang halal sebagai pasangan suami isteri. Kalau boleh biarlah perkenalan anda itu tidak berlangsung begitu lama. Fasa perkenalan ini adalah peringkat untuk mengenali hati budi masing-masing.

Namun ada juga wanita yang berhadapan dengan jawapan yang tidak pasti dari lelaki sebaik membicarakan soal perkahwinan, banyak berdolak dalik dan enggan memberi jawapan yang pasti sejauh mana perhubungan itu berakhir. Malah ada juga yang cuba menukar topik perbincangan kepada topik lain…

Andai perkara ini berlaku bermakna si lelaki belum bersedia untuk menggalas komitmennya pada sebuah perkahwinan. Teruskan membaca artikel pada kali ini untuk mengetahui tahap serius seorang lelaki terhadap perhubungannya.

Macam Mana Nak Tahu Jika Si Lelaki Sudah Bersedia Untuk Berkahwin?
Kredit: CST Production

TIDAK SERIUS

1) Mereka akan sering teragak-agak apabila disoal mengenai perkahwinan

Apabila si wanita berbicara tentang soal perkahwinan, pasti si dia teragak-agak untuk memberi jawapan atau respons. Malah ada juga yang cuba menukar topik perbincangan kepada topik lain. Yang langsung tidak ada kaitan dengan apa yang disoal oleh si wanita. Ada yang memberikan jawapan seperti “nantilah kita fikirkan”. Sedangkan hubungan mereka sudah bertahun terbina. Wanita mana yang mampu bertahan dengan sikap itu?

2) Mereka memberi jawapan “masih belum terfikir lagi”

Ads

Apabila si wanita membuka topik berkaitan pertunangan mahupun pernikahan, pasti si dia memberikan jawapan seperti“terlalu awal lagi, saya pun belum terfikir..” Ini jelas menunjukkan bahawa si dia belum ada perancangan untuk bertunang apatah lagi berkahwin.

3) Mereka memberi alasan “belum bersedia, masih muda”

Wanita mana sahaja yang tidak kecewa apabila hubungan yang dibina sudah hampir 5 tahun tetapi masih belum berakhir dengan sebuah pernikahan? Apabila disoal mengenai hubungan mereka, si lelaki membalasnya dengan jawapan ‘saya belum bersedia dan masih muda untuk mendirikan rumah tangga’.

Ads

Ianya jelas menunjukkan bahawa si lelaki tidak pernah memikirkan tentang soal kahwin. Terutama dalam masa terdekat ini. Mungkin mereka masih belum bersedia dari segi zahir mahupun batin tetapi kalau sudah lama hubungan terjalin, ianya seperti sia-sia sahaja.

SERIUS

1) Tanpa ragu-ragu mereka terus menjawab ‘bila-bila pun boleh’

Pantang diajukan soalan tentang perkahwinan, si lelaki terus sahaja menjawab ‘bila-bila pun boleh’ dengan reaksi yang penuh yakin. Atau juga mereka membalasnya dengan ‘bila saya boleh melamar awak?’ Ini jelas menunjukkan si dia benar-benar sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Si dia sudah bersedia untuk menyerahkan seluruh komitmennya kepada sebuah perkahwinan.

Ads

2) Si dia sudah sibuk memikirkan tentang masa depan

Masa depan yang dimaksudkan adalah kehidupan menuju ke sebuah perkahwinan atau selepas berumah tangga kelak. Sama ada perbelanjaan semasa kahwin ataupun mengenai perancangan misi dan visi kehidupan selepas berumah tangga. Mungkin dari segi kewangan dan sebagainya.

Ini bermaksud si dia sudah benar-benar memikirkan tentang soal perkahwinan. Lebih-lebih lagi tanggungjawab sebagai seorang suami adalah memberikan nafkah kepada isterinya. Nafkah yang dimaksudkan adalah termasuk dengan nafkah zahir dan juga batin. Tanpa persediaan itu, maka mustahillah untuk mereka bergelar seorang suami.

KESIMPULAN

Sekiranya anda sudah kenal pasti bahawa si lelaki tidak serius untuk bernikah, anda haruslah berterus terang kepadanya. Sampaikan apa yang tersirat dalam benak kepala anda dan tengok pada reaksi atau respons si dia. Sekiranya masih sama dan tidak nampak sebarang usaha yang cuba dilakukan, maka terus teranglah. Minta hubungan yang terbina itu diakhiri supaya anda dan si dia tidak membuang masa terhadap hubungan yang entah bagaimana penghujungnya.

Sumber: baitulmuslim.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI