Magnet Pelekat Bahagia Ada Pada 15 Tip Mudah Ini, Syaratnya Kena Rajin Amalkan Selalu

Share

Rumah tangga yang dibina dengan tolenrasi dan saling memahami antara satu sama lain boleh menjadi magnet pelekat bahagia. Ia penting bagi merapatkan hubungan suami isteri sekali gus mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Kemesraan perlu dikekalkan agar hubungan yang dibina tidak hambar sehingga membawa kepada perselisihan faham ataupun kasih menjadi semakin pudar yang akhirnya menjurus kepada penceraian. Tidak kira pasangan lama ataupun baharu, setiap pasangan berhak untuk mendapatkan kasih sayang dan bajai rumah tangga dengan kebahagiaan.

Jika anda sayangkan pasangan, lakukan 15 tip mudah ini untuknya. Pasti rumah tangga anda berdua kekal romantis dan bahagia seperti baharu berumah tangga

1. Walau apa yang terjadi, jangan pernah berhenti untuk berdoa kepada Tuhan agar diberi rumah tangga yang diberkati dan sentiasa disayangi pasangan.

2. Tingkatkan romantis dengan sama-sama menyediakan juadah makanan dan saling makan bersuapan dengan pasangan.

3. Usah lokek untuk memuji pasangan agar dia tahu anda prihatin terhadapnya sekali gus meningkatkan rasa perhargaan anda buat pasangan.

4. Beralah dan segera memujuk pasangan jika berlaku perselisihan faham serta jangan biarkan anda berdua tak bertegur sapa dalam tempoh yang lama.

5. Ucapan terima kasih walaupun nampak simple tapi buat pasangan rasa dihargai dan berbesar hati.

6. Simbahi kasih sayang dengan sentiasa mengungkapkan kata-kata romantik kerana ‘ yang sentiasa ada taman mampu menyemarakkan lagi rumah tangga.

7. Peluklah pasangan tujuh kali sehari kerana ia mampu memupuk kemesraan dan mengukuhkan anda berdua dalam satu ikatan yang erat.

8. Jangan halang atau ganggu pasangan melakukan hobi yang digemarinya dan beri sokongan buatnya walaupun anda sekadar menemani.

9. Duduk berdua dalam rumah bukan alasan untuk anda tidak mahu bersiap dan berpenampilan kemas dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Ia penting agar pasangan tak jemu memandang anda.

10. Jagalah maruah pasangan dan jangan aibkan pasangan ketika di hadapan keluarga atau rakan-rakannya.

11. Belikan hadiah yang pasangan boleh guna setiap hari seperti beg tangan, kasut, pakaian atau dompet agar anda tahu yang pasangan menghargai pemberian tersebut.

12. Jadilah seorang pendengar yang baik dan jangan jemu untuk menadah telinga anda mendengar segala keluhan atau ceritanya walaupun ia agak membosankan.

13. Bijaklah mengambil hati pasangan dengan sentiasa mempamerkan keprihatinan anda kepadanya seperti menegur pasangan, “Kenapa nampak letih hari ni? atau “Sudah makan?”.

14. Usah membebel jika pasangan sesat ketika memandu dan jangan ganggu pemanduannya untuk dia ikut jalan pintas yang anda tahu.

15. Fahami jika pasangan ingin bersendirian jika berdepan dengan masalah, janji dia maklumkan kepada anda tempoh yang dia perlukan untuk bersendirian.

Published by
Fadhli Ismail