Tentunya seorang wanita inginkan kelihatan jelita dan cantik seperti bidadari di hari bahagia mereka. Bagi sesetengah wanita, mahkota itu memainkan peranan yang penting untuk mereka dalam merealisasikan impian seperti ratu.
Walaupun ia kedegaran seperti perkara yang remeh namun, ada juga yang mengambil
penting pada bahagian mereka.Oleh kerana itu, anda yang berhasrat untuk memakai mahkota pada majlis perkahwinan anda perlu lah tahu
sedikit sebanyak inspirasi dan stail mahkota agar ia bersesuaian dengan bentuk kepala anda.
Biarlah kecil sahaja saiz mahkota yang penting nampak terletak elok di kepala anda.
Corak mahkota yang unik juga membuatkan anda akan nampak lebih menarik namun di ingatkan agar tidak memilih corak yang terlalu banyak.
Mahkota tidak seharusnya putih, anda juga boleh memilih warna lain seperti warna keemasan atau yang bersesuaian dengan busana anda.
Corak hiasan kerawang pada mahkota memberi kemanisan pada si pemakai.