Dalam setiap perkahwinan, asam garam rumahtangga umpama alah bisa tegal biasa. Tetapi bila sentuh tentang perpisahan, tidak ada siapa yang mahu ia terjadi. Untuk apa bertemu jika perpisahan yang terjadi?
Namun cekalnya seorang wanita bergelar isteri untuk terus bangkit dari kesedihan tidak boleh dipertikaikan. Tabahnya hati Hasmawatie untuk melihat dugaan yang Allah turunkan ini pasti mempunyai hikmah bukan kaleng-kaleng orang yang bisa menghadapinya.
“Terima Kasih kepada yang komen mesej directly indirectly dm fb ig wasap.. tanya khabar saya ok ke tak ? Haykal macam mana? Kami baik baik je. Happy dalam kehidupan kami sendiri. InsyaAllah saya amik semua nasihat yang baik-baik.
Saya redha dan percaya ada sesuatu yg Allah sedang susun kan untuk saya dan Haykal. Saya sentiasa percaya ada hikmahNya tu.
Menurut status di laman facebook milik Hasmawatie, sekembalinya dia ke tanah air selepas bercuti ke luar negara bersama anaknya Haykal, dia dihujani dengan notifikasi bertalu-talu. Bekas isteri kepada Pakar Pelaburan Saham, Dato Dr Nazri Khan (DDNK) pulang sehari selepas selesai majlis perkahwinan DDNK.
Percutian yang sudah dirancang awal untuk memenuhi ruang cuti sekolah summer break Haykal digunakan untuk menjelajah bumi Eropah.
“Adoi abaikan muka yang penat sebab bangun seawal pagi perjalanan 7 jam dan telah selamat tiba di Qatar, 12 jam transit di Qatar dan akan tiba di Munich, Germany 6 jam kemudian nanti. Percutian yang dah dirancang dengan Haykal 2 minggu lalu sempena summer break sepanjang August Sept ni. Yeaa perancangan 3 minggu penghijrahan dan penjelajahan untuk menikmati kebesaran ilahi di bumi Eropah. Doakan kami dipermudahkan urusan na. Oh lupa kami bertiga.. dengan kakak Eisya.”
Tidak dinafikan, zahirnya seorang wanita yang sedang berhadapan dengan dugaan ini terlihat masih mampu ukir senyuman. Namun hatinya tidak ada sesiapa yang tahu. Ogos lalu, ikatan kasih selama 20 tahun akhirnya terlerai.