Pengantin Perempuan Biasa Nak Mas Kahwin Barang Kemas, Wanita Ni Nak Kain Kafan

Share

Kebiasaannya mas kahwin yang diberikan oleh bakal suami kepada isterinya ialah seperti barang kemas dan wang tunai. Berbeza dengan seorang pengantin perempuan yang memilih kain kafan sebagai mas kahwin.

Kisah pengantin perempuan yang meminta mas kahwin kain kafan ini dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @panggilaku_panda. Dalam muat naiknya, dia merakamkan detik pengantin membuat persetujuan diberikan.

Menerusi video yang dimuat naik itu, kedengaran pengantin lelaki menyebut mahar perkahwinan berupa kain kafan serta wang tunai berjumlah 1.58 juta rupiah (RM753). Kelihatan juga pengantin perempuan memakai persalinan serba putih.

@panggilaku_panda seperangkat kain kafan,mengingatkan kita pada kematian😑 #lombokviral #fyp #kawinviral #maharkainkafan ♬ suara asli – it’s Me

Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak 2.58 juta rupiah (RM753) dibayar tunai.

Difahamkan, pemilik video terbabit, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin itu adalah ibu saudaranya.

Pengantin perempuan itu sendiri yang mahukan mas kahwin kain kafan. Meskipun ditawarkan mas kawin yang lain oleh suaminya namun dia enggan.

Yang ditawarkan hanyalah kesenangan dunia dan kain kafan mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan ikatan cinta sampai ajal yang memisahkan kita.

Meskipun semua ahli keluarga terkejut dan tidak bersetuju dengan permintaan pengantin perempuan itu namun pengantin perempuan tetap mahukan mahar tersebut.

Sumber: TikTok panggilaku_panda wolipop.detik.com Kredit foto (top image): Mohd Thalha via Penduduk Jalan Kebun, Klang 

Published by
Hasliza