
Benarkah anggapan bahawa dengan membuat isteri bahagia, boleh menyebabkan rezeki suami melimpah ruah? Apakah kaitannya rezeki yang murah dengan isteri yang bahagia?
Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.
Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar. Contohnya ketika suami hilang mata pencarian, isteri yang bahagia perasaannya akan tetap bersama dan menyokong suami agar terus bangkit dari kejatuhannya.
Akhir sekali, isteri-isteri yang bahagia pastinya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bahagia dan insan berguna. Rezeki akan datang dari setiap anak yang lahir. Bukan sahaja berupa wang dan kekayaan, malahan anak-anak yang soleh dan solehah jua merupakan rezeki yang tidak ternilai.
Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami dan anggota keluarga yang lain agar memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilangkan Panau Badan Yang Semakin Membiak, Inilah Cara Mudah Dan Murah

Apakah ciri-ciri panau?
Antara ciri-ciri panau yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah tompok-tompok jelas dan pucat yang berwarna putih, coklat, perang, hitam atau merah jambu.
Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala akan bercantum menyebabkannya menjadi lebih besar dan luas.
Ia kebiasaannya akan menyerang bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak seperti muka, leher, kulit kepala, dada serta belakang badan.
Kebiasaannya, penderita jangkitan panau ini akan berasa gatal pada kawasan kulit yang mengalami panau.
Apakah punca berlakunya panau?
Terdapat beberapa punca berlakunya panau, termasuklah:
Kulit berminyak
Penghasilan peluh yang berlebihan
Sistem imun tidak kuat
Cuaca panas dan lembab
Kerap memakai pakaian yang lembab atau basah
Kurang menjaga kebersihan diri
Kelenjar adrenal telah dibuang
Bagaimanakah merawat panau?
Panau boleh dirawat dengan menggunakan ubat sapu atau ubat makan iaitu:
Losyen 2.5% selenium sulphide
Propylene glycol
Whitfield’s ointment
Krim terbinafine
Kumpulan azole: clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole
Selain itu, terdapat 6 tip menghilangkan berkesan menghilangkan panau iaitu:
1. Bawang putih
Bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan panau kerana ia bersifat anti kulat.
Caranya, hanya perlu sapukan ia pada kawasan yang dijangkiti atau makan secara mentah.
2. Yogurt
Yogurt merupakan agen yang sangat bagus dalam mematikan kulat.
Oleh itu, ia sangat berkesan dalam menghilangkan panau.
Caranya, jadikan yogurt ini sebagai masker dan tampalkan ia pada kawasan yang berpanau.
3. Mentega, serbuk kunyit & serbuk cedana
Bahan-bahan yang sangat terkenal dalam petua penjagaan kulit ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan panau.
Caranya, campurkan bahan-bahan ini menjadi ‘masker’ sama seperti yogurt dan tampalkan ia pada kawasan yang dijangkiti.
4. Limau & kapur
Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu meneutralkan kadar pH pada kulit.
Oleh itu, ia sangat berkesan menghilangkan panau.
Caranya, campurkan limau dan kapur ini kemudian titiskan atau sapukan ia pada kawasan panau.
5. Ambil vitamin
Anda sangat disarankan untuk mengambil vitamin C yang ternyata bagus untuk kulit ini untuk menghilangkan panau.
Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen lain seperti alfalfa untuk menguatkan sistem imun dalam badan anda.
6. Jaga kebersihan diri
Paling penting, anda perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.
Jika anda seorang yang aktif dan banyak berpeluh, pastikan anda kerap mandi bagi menghalang setiap pertumbuhan kulat pada kulit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadi Isteri Biarlah Tahu Menjaga Aib, Tak Pasal-Pasal Suami Kena Tanggung Dosa

Soalan: Adakah sahih suami akan menanggung segala dosa isterinya?
Jawapan:
Di dalam al-Quran banyak ayat yang memerintahkan agar setiap daripada manusia itu menjaga diri mereka dan juga orang-orang yang berada di sekitar mereka daripada melakukan maksiat atau dosa. Antara firman Allah SWT yang menceritakan perkara tersebut adalah:
- Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
al-Tahrim:6
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.”
Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan serta menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat dan ahli keluarga mereka dengan cara menasihati mereka, menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munkar. Di samping itu, Imam al-Qurthubi menukilkan daripada pendapat Qatadah dan Mujahid bahawa maksud memelihara diri adalah memelihara diri dengan menjaga tingkahlaku dan memelihara ahli keluarga pula adalah dengan menasihati mereka. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 476/14]
Berdasarkan soalan di atas, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggung dosa orang lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا
al-An’am:164
Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.”
Imam al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa ayat ini menceritakan perihal hari Kiamat ketika berlakunya pembalasan, hukuman dan pengadilan daripada Allah SWT. Selain itu, setiap jiwa itu akan diberi ganjaran berdasarkan setiap amalannya. Jika baik amalannya, maka baiklah pembalasannya. Dan jika buruk amalannya, maka buruklah pembalasannya. Ini kerana, setiap jiwa (manusia) itu tidak akan memikul kesalahan (dosa) orang lain. Hal ini membuktikan akan keadilan Allah SWT sepertimana firman Allah SWT: [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 383-384/3]
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ وَإِن تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَىٰ حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ
Fatir:18
Maksudnya: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.”
Melihat kepada ayat dan kenyataan daripada Imam Ibn Kathir di atas, jelas menunjukkan di dalam syara’ bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah baligh (mukallaf), dosanya itu akan ditanggung oleh dirinya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya. Adapun, suami itu atau sesiapa sahaja akan berdosa bila mana dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya seperti menasihati isteri dalam perkara yang ma’ruf dan menghalangnya daripada melakukan perkara yang munkar. Perkara ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadith iaitu:
- Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” [Riwayat Muslim (1829)]
Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan pemimpin di dalam hadith ini sebagaimana yang dikatakan oleh ulama’ adalah seorang penjaga yang telah diamanahkan dan beriltizam dalam memperbaikkan setiap perkara yang dilakukan terutama orang yang berada dibawah penjagaannya. Jika terdapat kekurangan terhadap orang berada dibawah penjagaannya, maka dia dipertanggungjawabkan untuk mengadilinya (jika berlaku kezaliman) serta menguruskan keperluan yang diperlukannya (orang yang berada di bawah) sama ada perkara itu melibatkan agama, dunia atau mana-mana perkara yang berkaitannya. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 213/12]
Selain itu juga, di dalam al-Quran terdapat firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita. Antaranya:
- Firman Allah SWT:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
al-Nisa’:34
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”
Kata Syeikh al-Sa’di, maksud lelaki adalah pemimpin di dalam ayat ini adalah kaum lelaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang mereka daripada melakukan perkara maksiat. Ayat ini menunjukkan tanggungjawab kaum lelaki (suami) terhadap wanita (isteri) dalam memastikan mereka menjalankannya hak-hak tersebut. [Lihat: Taysir al-Karim, 177]
Bagi menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa si suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya jika si suami itu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Adapun, jika si isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur (dinasihati) atau si isteri melakukan maksiat di belakang suami (tanpa pengetahuan suami) maka si isteri itu tetap berdosa dan suami tidak akan sama sekali menanggung dosa-dosa tersebut. Ini kerana, tanggungjawab adalah untuk menasihati isteri kerana ia merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan perkara itulah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak jika si suami cuai dalam mendirikan hal tersebut. Untuk itu, kami tegaskan bahawa kenyataan bahawa suami akan menanggung segala dosa isteri adalah tidak benar kerana ia bertentangan dengan dalil-dalil yang telah kami sebutkan di atas.
Penutup
Kesimpulannya, setiap insan (mukallaf) akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita isteri-isteri yang solehah dan menjadikan keluarga yang terbina itu penuh dengan sakinah (ketenangan), rahmah (rahmat) dan mawaddah (kasih sayang). Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Sebab Kenapa Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik

Bagi anda yang mendapat pasangan yang keras kepala bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana mereka ini tidak akan mudah menyerah kepada apa sahaja yang mereka inginkan. Memang ternyata seorang wanita yang berhati keras adalah calon yang terbaik untuk di jadikan isteri. Ini antara sebab dan alasannya.
1. Dia tahu apa yang diinginkan
Wanita keras kepala benar-benar tahu apa yang mereka mahu dan mempunyai kemahuan yang besar untuk meraihnya. Mereka juga tegas dengan apa yang dirasakan apabila tersangkut dengan orang yang dicintai dan tidak mudah menyerah.
2. Dapat mengawal emosinya
Sememangnya wanita adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Wanita yang keras kepala akan lebih bersemangat dan akan berjuang mati-matian untuk mendapatkannya. Biarpun wanita adalah seorang yang sangat emosional, namun mereka sering berfikir secara positif.
3. Dia akan mendorong agar menjadi lebih baik
Kadangkala orang lain lebih tahu apa yang terbaik untuk anda berbanding anda sendiri. Tidak kira dari segi keselamatan, kesihatan, mahupun kebahagiaan. Dia akan terus menjadi seorang yang sentiasa menyokong anda dari belakang walaupun anda di landa dalam pelbagai situasi.
4. Dia adalah seorang yang tabah
Wanita bersifat keras kepala ada alasannya. Kerana dia telah berjuang begitu keras untuk sesuatu yang dimilikinya sekarang ataupun mungkin dia telah memperjuangkan sesuatu pada masa lalunya yang tidak begitu mudah.
5. Dia jujur
Wanita sebegini bukan jenis yang mudah tunduk dan patuh. Dia bukan orang yang akan menurut kepada anda kerana ketakutan, kasihan, atau lemah. Apabila dia tidak bersependapat dengan anda, dia akan berterus-terang dengan anda dan jujur mengenainya.
6. Dia percaya diri
Oleh kerana dia keras kepala, dia sering mempercayai dirinya terhadap apa jua yang di lakukan. Anda juga harus yakin dan mempercayai terhadap dirinya.
7. Dia ghairah
Beremosional tidak bermakna ia mempunyai keinginan dan impiannya sendiri. Keinginan dan impian inilah yang membuat ghairah, termaksud anda. Dia bukanlah seorang yang mudah menyerah kerana nasibnya. Perjuangannya akan memberikan perkara yang luar biasa yang anda sendiri tidak akan jangka.
8. Dia sangat peduli
Ia keras kepala untuk anda, tetapi ia akan membuat anda sentiasa menjadi keutamaannya. Dia akan tetap mencintai anda, bahkan ketika dia marah atau membuat anda kecewa.
Sumber : baituljannah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI