Mahu Rezeki Melekat Seperti Magnet, Bahagiakanlah Isterimu

Share

Benarkah anggapan bahawa dengan membuat isteri bahagia, boleh menyebabkan rezeki suami melimpah ruah? Apakah kaitannya rezeki yang murah dengan isteri yang bahagia?

Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang sentiasa bersyukur.

Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.

Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar.

Contohnya ketika suami hilang mata pencarian, isteri yang bahagia perasaannya akan tetap bersama dan menyokong suami agar terus bangkit dari kejatuhannya.

Akhir sekali, isteri-isteri yang bahagia pastinya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bahagia dan insan berguna. Rezeki akan datang dari setiap anak yang lahir. Bukan sahaja berupa wang dan kekayaan, malahan anak-anak yang soleh dan solehah jua merupakan rezeki yang tidak ternilai.

Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami dan anggota keluarga yang lain agar memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri.

Published by
webadmin